(sambungandari minggu lalu)
WARTAWAN PUNCA PERGOLAKAN
Oleh: Mokhtar Petah
Pada umumnya wartawan dan penulis menjadi guru kepada
Dalam negara – negara maju, seseorang rakyat – lelaki dan perempuan – dipandang mundur fikiran dan cetek pengetahuan amnya, jika dia tidak tahu nama wartawan dan penulis yang sering menulis dalam akhbar dan buku.
Saya teringat akan pada satu malam, majlis membaca puisi di rumah PENA, di Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka,
PENULIS MANIS
Salah seorang dari dua penulis terkenal itu memperkenalkan saya kepada penulis manis itu. Dengan senyum dia berkata, “ … saya tak kenal, tak pernah dengar nama …”
Lantas penulis terkenal itu berkata kepadanya, “ Awak ni penulis apa, kawan kita ni, dah menulis semernjak tahun 50 - an, awak tak kenal, tak tau nama dia …”
Gadis itu sengeh. Wajahnya terkuas warna menandakan dia berasa malu.
Maknanya, dalam mana negara maju, wartawan dan penulis yang banyak menulis dikenali oleh orang ramai. Hal itu di sebabkan mereka banyak membaca buku dan akhbar.
PERDANA MENTERI
Wartawan dan penulis mesti memerhati ke dalam kerajaan atau pemerintah. Apa perdana menteri dan para meneterinya buat. Apa penanggungjawab kerajaan atau memerintah bertindak. Adakah berlaku kecurangan. Rasuah dan sebagainya.
Jika berlaku kecurangan bongkarkan dengan tulisan, walaupun menteri itu rakan rapa kita.
Begitu juga, jika mereka menjalankan tanggungjawab dengan baik, maka tulislah kebaikan mereka itu agar diketahui oleh orang ramai.
TUKANG KARUT
Di sinilah wujud wartawan dan penulis mempunyai tanggungjawab kepada negara dan bekerjasama dengan pihak krajaan atau pemerinah.
Terdapat juga wartawan dan penulis yang menjadi tukang karut.Mereka menulis artikel dan buku mengikut perasaan. Dengar cakap – cakap orang ketaih tea tarik di warong – warong dan cakap – di kaki
Tulisan mereka tidak ada fakta, tidak ada rujukan atau punca sebenar. Mereka menulis dengan tujuan untuk melariskan buku, majalah atau
PENULIS UPAHAN
Di negara – negara maju ada pula wartawan dan penulis yang bekerja untuk pihak lain, misalnya pihak yang hendak menghancurkan sesebuah negara.
Cara ini dilakukan oleh pihak negara Amerika Syarikat . Menggunakan wartawan dan penulis upahan mereka untuk menulis - mengda-adakan – keburukan pemimpin negara - negara berkenaan.
Apabila tulisan mereka tersibar luas dan orang ramai menjadi bimbang, maka Amerika Syarikat mengikut kuasa dan nafsu yang ada pada sang Presiden, tanpa belas kasihan negara - negara itu diserang, pemimpinnya dibunuh dan sebilangan rakyatnya dikorbankan.
Perbuatan ini telah berlaku ke atas
Entah benar atau tidak, seorang profesor Barat ada berkata, bahawa dalam setiap 100 wartawan dan penulis Amerika Syarikat yang bertugas di negara – negara maju atau negara rantau komunis dan sosialis, sekurang – kurangnya 30 orang menjadi penyuluh atau tali barut Centeral Intelligence Agency (CIA) (ditubuhkan pada tahun 1947).
Wartawan dan penulis di negara kita ini diharapkan menjadi manusia pengkritik dn pembina kerajaan dan rakyat. Bekerja dengan bermoral dan beretika. Bertegak pada kebenaran walaupun pahit!
(besambung pada Sabtu hadapan).
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.