Wednesday, January 28, 2009

UMNO

Puteri, Putera disyor dibubarkan elak politik wang

KUALA LUMPUR: Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, mencadangkan sayap parti, Puteri dan biro Putera dibubarkan bagi mengelak gejala politik wang.

Sambil menyifatkan Umno perlu distrukturkan semula, beliau berkata, kewujudan Putera dan Puteri melemahkan Umno kerana lebih banyak pemilihan, lebih banyak gejala terutama politik wang melanda parti.

Dalam sidang akhbarnya di sini, pagi ini, beliau berkata ahli kedua-dua pergerakan itu seharusnya memberi tumpuan kepada pelajaran berbanding politik kerana masih muda dan belum sesuai untuk berpolitik.

(Berita ini diambil dari Berita Harian on line, 28 Januari 2009)



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.