Monday, January 19, 2009

SENI BUDAYA

OMAR KHAYAM

KARYANYA MELAMBANGKAN ISLAM

Oleh: Mokhtar Petah

Sesiapa yang bercita - cita menjadi penyair atau penyajak yang baik, mesti menghayati semua ayat bersajak dalasm Quran, melihag unggas terbang dari kaugt ke gunung, si miskin di batas tani dan si kaya di pintu kubur dan si mualim hingga kepada pelacur hina.

Penyair yang berangan – angan; tidak jejak kebumi dan cetek pengetahuan, sama dengan seekor burung terbang di udara tanpa sepasang kaki. Penyair yang kukuh peribadinya, ialah yang berani dan menggedungkan ilhamnya untuk orang lain agar mengubah peribadi mengiku para nabi.

Penyair Parsi (kini Iran), Umat Khayam (18 Mei 1048 -4 Disember 1131).

Dia dri keluarga yanmg mahi bertukang. Khayam pada namanya, bererti tukang kayu atau tukang kayu untuk ranjang tempat manusia tidur.

Dia adalah penyair melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan dariQuran, Hadis dan pengajaran dan falsafah dari para ilmuan Islam. Dia penyair yang melahirkan karyanya melambangkan agama Islam dan kebesaran Tuhan Pencipta alam.

Umat Khayam, nama penuhnya, Ghiyasuddin Abdul Fath Umar bin Ibrahim Khayam. Lahifr di Nisyapur, timur laut Parsi. Dia mengaku dirinya murid Ibni Sina (iaitu dari karyanya) yang teloah wafat pada masa Umar Khayan masih kenak - kanak.

Kerana dia seorang penyair yang bertahan dalam Islam, maka dia tidak disukai oleh para penulis dan penyair pada zaman permulaan dan pertengahan zaman dia berkarya.Lebih-lebih lagi dia tidak bersifat penghampu Raja dan mereka yang memerintah.

Namanya sebangai penyair ditekan oleh berbagai – bagia pihak, termasuk para penulis dan penyair sezaman dengannya. Namanya menjadi masyhur setelah sajak - sajaknya dip0erkenalkan oleh para penulis di luar Parsi setelah lama dia meninggal dunia.

Penyair Scotland, Edward FitzGerald (1809 – 1883),telah menterjemah secara bebas sajak – sajak Umar Khayan ke dalam bahasa Inggeris. Hasil terjemahannya telah menarik perhaitan peminas sajak dan pembaca moden, di Barat.

Edward FitzGerald telah menggunakan naskah – nakahaah sajak Umar Khayam dari perputrakaan Oxford 158 sajak, mansukrip Quseley dan Culcutta 516 sajak dan Qusely 140 sajak lagi. Semua sajaknya jenis atau kaedah Ruba’iyah, empat baris.

Sebelum sajak – sajak terjemahan dibuku dan diedarkan di Barat, bukan sahaja dia tidak dikebali oleh para pemiant sasterad Barat dan Timur, bahkan para peminat sastera di negaranya tidak mengenalinya sebagai penyair, termasuk penulis dan penyair setempat dengannya, iaitu Nizami Arudi Samarqandi.

Umar Khayam sama dengan sebilangan penulis di negara ini yang tidak menjadi tukang hampu. Mereka diketepikan dan ada golongan memandang mereka sebagai musuh orang ramai dan kerajaan.

Setelah menimba ilmu pengetahuan di kampung halamnya, Umar Khayam telah berhijrah ke Samarkand. Dia sana dia telah menambahkan pengetahuannya dan menulis sebahagian dari kaya besarnya, terutama mengenai huraian dalam ilmu Al Jabar. Dia juga ahli astronomi.

Sebelum berangkat menunai fardu haji dan menuntut di Makah, Umar Khayan telah bekerja

Bersama rakan – rakanya yang berpengetahuan sama dengannya, dia telah membangun sebuah observatorium, di Asfahan, pada tahun 1074. Kira – kira empat tahun kemudian, dia telah memperbaharui kelendar Jalali yang diguna pakai di Parsi (Iran) hingga pada masa ini.

Kira – kira 50 tahun setelah Umar Khayan kembali ke alam baqa, namanya menjadi masyhur dan sajak – sajaknya dibaca dan dipuja oleh para peminat sastera di Barat dan Timur.

Umar Khayam diakui sebagai seorang ahli flasafah kebangsaan dan Hujjatul Hak (penegak kebenaran). Sejak zaman muda hingga ke akhir hayatnya, Umar Khayan berpegang dan mengamalkan tasawuf. Pendapat dan amalan Umar Khayam; untuk mendekan diri dengan Allah, hanya dengan tasawuf.

Sajak –sajak yang dihasilkan oleh Umar Khayam berkaedah atau cara

rubaei , iaitu empat baris bagi satu – satu rangkaian. Dia dia telah menulis sajak – sajaknya dalam bahasa Parsi dan bahasa Arab.

Sajak – sajak Umar Khayan kelihatan seperti kaedah atau cara ayat –ayat Quran dalam surah Asyu’ra dan Al Waqi’ah.

Asy Syu’ra:

Yulqunas sam’a wa aktharuhum kaazibun,

Wasy syuu’raau yattabi’unahumul ghawuun,

Ala tara annahum fi kulli wadin yahiimuun,

Wa annahum yquluuna maala tasf’aluun.

- 223 – 226.

Al Waqi’ah:

Wahurun ‘ain,

ka amthalil lu’luil maknun,

Jazaan bimaa kanuu ya’amalun,

La yasma’uu fiha laghwan wala ta’thimaa.

- 22 – 25.

Biar tulisan ini tidak memanjang. Kita hayati beberapa sajak karya Umat Khayan – ilmuan, ahli faksafah, ulul albab – Intekektual Isla, ahli tasau dam sasterawan Islam, seperti berikut ini:

Aku tak kekal di taman dunia ini,

Betapa keliru menyi8ngkirkan anggur dan cinta,

Mungkin dua kekal atau dicipta untuk sementara,

Sekali aku melangkah (pergi), masalah tetap tidak terungkap.

Lihat sajak yang berkias antara seirng yang melakukan maksiat dengan seorang yang diloihat manusia seorng taat kepada Allah (mualim)

Seorng mualim berkata kepada pelacur, “Kau ini mabuk,

Tiap kali berpelukan dengan lelaki yang berlainan.”

Jawab pelacur, “Ya, aku adalah aku seperti katamu,

Adakah kau seperti yang kaubayangkan?

Banyuak sajakUmar Khmayam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris yang dimuat dalam buku The Rubai’yat of Umar Khaayam , oleh Pater Avery dan John Heath – Stukbbs.

Manakala Ali Dashi dan A.Ja.Aljaberry telah menerjemahkan ke dalam bahasa lain.

Meneurut para oenyueldik sastera dunia, bahawa sajak – sajak Umar Khayan ada beberapa unsur atau tujuan, di antaranya:

* Unsur Ketukhanan Yang Maha Asa.

* Unsur1 kegembiraan.

* Unsur kegetiran dunia.

* Unsur cinta

* Kematian.

Sila perhatikan sebagai seorang penyair atau sasterawan akan saja k sajak Umar Khayan berikut ini, nescaya akan terasa akan kekazatan ruh insniah dan keintelktualan sebagai manusia yang mencintai kemanusia sejagat.

Tuhuh yang tinggal di pusara malaikat ini,

Menjadikan si bijak bingung dalam tidak kepastian,

Pada tali kepandaian jangan sampai hilang pegangan,

Sebab Kekuasaan yang menjadi beruputar tidak henti henti.

Mereka yanjg arif lingkaran ilmu dan istiadat,

Adalah pelita bagi penuntut dan umat,

Namun mereja sendiri tidak daya menghindar dari gelap,

Mereka mendongeng, lalu tidur dengan lelap.

Rasa sayang yang mesti kita serukan,

Tersekat oleh udara yanjg sakit,

Ah rasa pilu, duka ooleh kerdip matanya,

Rasa dingin tidak menyusut juga, kita lenyap.

Di Malaysia ramai penyair atau penyajak, tetapi amat kurang individu dalam bidang seni ini yang berani atau suka menulis saja atau syair yang berunsurkan Islam seperti Umar Khaya, Iqbal dan beberapa orang lagi. Krisis dalam dunia sastera Melayi ini disebabkan Dewan Bahasan dan Pustaka dan Radio dan Telivisyen Malaysia (RTM) dan media – media lainh di bumi Melayu ini lebih mementingkan kebendaan dari keruhanian apa lagilah yang berjiwa Islamiah.
Anda penulis jenis apa?

(Artikel ini disiarkan dalam SIASAH 18 – 24 Januari 2009, halaman 28 – Seni Budaya, Editor, Petah Shahrir Aidid.)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.