Saturday, January 24, 2009

SAJAK

RASUAH

(I)

Qarun, hartawan zaman silam,

Takbur riak ingkarkan Tuhan,

Marasuah Musa Rasul mulia,

Gagalnya ditimpa kutukan,

Dalam bumi tubuhnya terbenam.

Harta Qarun di seuruh dunia,

Ditinggal merata tanpa tuan,

Jadi cerita legenda Melayu,

Tempayan pedena di lubuk sungai,

Isinya emas permata brenilai.

(II)

Kerajaan Saba kaya makmur,

Maharaninya, Balkis sembah suria,

Seruan Sulaiman ditolak mentah,

dihulur rasuah harta dan jelitawan,

Sulaiman menolak dengan hikmat.

Iman dan cinta mengatasi takhta,

Nabi Sulaiman kekasih idaman,

Istananya melayang ke Palestina,

Balakis tunduk penuh taqwa

Bersuamikan Sulaiman Nabi Allah

(III)

Muhammad Rasul akhir zaman,

Para pembesar Quraisy musyrikin,

Menawar kedudukan wali Mekah

Harta bertimbun,puluhan gadis jelita,

jika rasul berpaling tadah,

Muhammad menolak dalam senyuman,

Sabdannya, “Tuhan satu agong sifatnya”,

Kufur dan Islam jauh baza,

Pemberi rasuah dilaknat Allah,

Musyrikin gagal dalam bebal.

(IV)

Melayu kini mengejar kuasa,

Tanpa hitungan nilai diri,

Laksana pemburu haiwan liar,

Mengejar kerusi tempa nama,

Pelurunya politik wang.

Amalannya dilaknat Tuhan,

Bala mengekor siang malam,

Anggota SPR bermata lapan,

Dibantu insan cintakan negara,

politikus rasuah jadi haiwan buruan.

Sungai Petani ………………….Mokhtar Petah

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.