KETUANAN MELAYU
Perlembagaan Negara;
Islam, agama negara bertuah.
Betapa kita laksanakan tugas ini,
Quran dan nabi kita simpangkan?
Perlembagaan mentakrifkan,
Melayu, bertutur bahasanya,
Islam agama anutannya.
Siapa kini menentang takrif itu?
152 dalam Perlembagaan berdaulat,
Bahasa Melayu - bahasa kebangsaan,
Bahasa negara keramat.
Siapakah pemusnahnya?
Ada pemimpin – wazir tidak percaya diri,
Bacul berkris di gelanggang,
Melutut di kaki keturunan pendatang,
Laksana abdi tanpa peribadi.
Kini kita masih mengkaji,
Ada menepuk dada, jadi pemimpin,
Laungan membakar bulan,
Tetapi dada sarang nafsu cuma.
Orang Melayu menjerit,
Maraung ke langit tua,
Tegak ketuanan Melayu;
Siapa pengkhianatnya?
Jika Melayu bercita mulia,
Perkasakan bangsa di bumi sendiri,
Ilmu di dada hendaknya padat;
Bersatu Melayu seluruh baka.
Insaf laksana mangsa perang,
Allah, Quran, rasul dilupa jangan,
Bina Negara Islam di bumi ini,
Kukuh iman tegarkan jihad diri.
Seberang Takir , Terengganu ……… Mokhtar Petah
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.