Friday, January 16, 2009

SAINS POLITIK


NEGARA ISLAM

PAKAI KHALIFAH ATAU PRESIDEN

Oleh:Mokhtar Petah

(Sambungan dari minggu lalu)

Pemerintahan Negara Islam tidak bersistem Persekutuan (Fedration) tetapi bersistem Kesatuan (Union). Ketua Negara - Presiden atan pemimpin tertinggi mempunyai kusa penuh ke atas seluruh negara.Semua negeri di bawah Negara Islam mengikut satu perintah sahaja, iaitu perintan Presiden atau pemimpin tertinggi.
Sistem Persekutuan (Fedration) seperti negara kita kini, tidak dipakai bagi Negara Islam. Negara Persekutuan (Fedration) mempunyai banyak karenah, di antara kuasa negeri atau raja negeri yang tidak boleh diambil tahu atau dikuasai oleh ketua Negara. Malaysia sebagai contoh, kuasa Raja negeri tidak di bawah kuasa Perdana Menteri, di antaranya:

1 - Hal Ehwal Agama Islam, termasuk masjid, surau,

tanah wakaf, tanah baitul mal, sekolah agama, zakat

dan fitrah dan fatwa hukum agama Islam.

2 - Tanah negeri (state land), perhutanan, sungai, batu

batan dan pasir.

PEMERINTAH PUSAT
Semua kepentingan negeri tidak ada dalam kuasa pemerintah pusat. Sistem ini mengikut sistem Inggeris dan menyebabkan suka menyatu padukan antara negeri – negeri dalam negara yang bersiustem Persekutuan.
Maka, jika Malaysia hendak berubah kepada Negara Islam sebenar, iaitu seperti yang dijalankan oleh Nabi Muhammad dan kemudian oleh para khalifah, maka banyak perkara mesti diubah dan dilaksanakan.
Negara Islam pimpinan Nabi Muhammad dan kemudia para khlifah bersifat republik , iaitu negara rakyat yang seorang dari rakyat juga menjadi ketua rakyat dan negara. Ketua rakyat tidak ada kebesaran di segi keturunan dan adat pusaka seperti yang dipakai oleh para Sultan dan Raja yang memimpinh kerajaan monarke.

JAWATAN TERTINGGI
Seorang rakyat yang beragama Islam, berkelayakan dan dipilih oleh rakyat boleh menjadi pemimpin negara, iaitu Presiden atau nama lain bagi jawatan tertinggi.
Pemimpin Negara menjalankan pemeriuntah mengikut perlembagaan dan perundangan Islam, iaitu yang bedasarkan Quran, Sunnah dan Ijma ulama (kumpulan ulama - mereka yang pakar atau ahli dalam bidang – bidang tertentu bagi mengadakan hukum atas sesuatu yang tidak ada hukum dalam Quran dan sunnah).
Jika Negara Islam masih mahu memakai Raja Pemerintah (misalnya Yang Dipertuan Agong) - mungkin boleh pakai, tetapi YDAgong tidak mempunyai daulat kebesaran separti sekarang. YDAgong dan Raja - raja memerintah negeri duduk di bawah YDAgong dan mereka tidak mempunyai kuasa seperti sekarang. Mereka duduk di bawah kuasa pemerintah atau kerajaan pusat.

KETUA NEGARA
Elok dinyatakan. Dalam Negara Islam tidak dibenarkan rakyat menyembah Raja atau ketua negara. Kerana berpandukan kepada firman Allah, bahawa manusia diciptakan oleh Allah tidak ada beza antara satu dengan lain, kecuali orang yang takqwa kepada Allah.

Yang paling penting, Islam menegah para pemeluknya menyembah lain dari Allah – La maabudi bi haqqin illa lLah – jangan samba dengan sebanar melainkan Allah.

Menurut Negara Islam pimpinan Nabi Muhammad dan kemudian para khlifah, para pemerintah ada empat peringkat, iaitu:

1 - Khalifah . (Mungkin kita boleh pakai Yang Dipertuan

Agong.Tetapi agak ganjil kalau Negara Islam ada Yang

Dipertuan Agong kerana akan banyak kesulitannya)

2 - Mu’awin at tafwif (Penolong Khalifa), iaitu Raisul

Wazara (perdana menteri)

3 - Ketua Wilayah (al wali), Gobanor atau Menteri Besar

4 - Ketua Jabatan Al Amil.

Negara Islam yang boleh dianggap sesuai ialoah yang menggunakan ketua negaranya sebagai khalifah atau Yang Dipertuan (Presiden).

Usaha mengubah sesebuah Negara yang masih mengamalkan prlembagaan dan perundangan bukan Islam kepada Negera Islam, adalah satuhijrah dan jihad juga.

(Bersambung kepada Jumaat depan).

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.