Monday, January 26, 2009

QURAN

SEDEKAH


Hai orang - orang yang beriman, jangan kalian menghilangkan (pahala) sedekah kalian dengan menyebut - nyebutnya (termasuk menyiar dalam media massa) dan menyakitkan (perasaan penerimanya), seperti orang yang menafkahkan hartaya kerana ria takbur kepada manusia - manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian.Maka perumpama orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lepas itu ia bersih (tiada tanah). Mereka tidak menguasai sesuatu dari apa yang mereka usahakan dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang - orang kafir. -Al Baqarah:264


HADIS


ANAK


Tidaklah seseorang dari kalian (wanita) yang ditinggal mati oleh tiga orang anaknya, melainkan ketiga-tiga anaknya itu menjadi bentingnya dari api neraka.
Menjawab pertanya lain: Dua orang anak juga menjadi bentingnya dari api neraka.
-Hadis Nabi Muhammad
s.a.w., perawi:Said Al Khudri dan imam bunkhari.

Penjelasan: Anak lelaki dan perempuan hendaklah diberi ilmu pengetahuan agama Islam.Mereka akan menjadi pelindung ibu bapa dari api neraka.


PETUA

SAKIT TULANG BELAKANG

Bagi mereka yang berusia 30 tahun ke atas, eloklah dalam seminggu dua malam tidur atas lantai papan, untuk mengelakkan sakit tulang belakang.






No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.