Sunday, January 11, 2009

QURAN

QURAN

Apakah kamu (Muhammad s.a.w.) tidak perhatikan pemuka-pemuka Bani Israel (Yahudi) selepas Nabi Musa, iaitu pada ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka. “Angkatlah untuk kami seorang malik (raja pemerintah) agar kami berperang (di bawah pimpinannya) di jalan Allah.” Nabi mereka menjawab “ Mungkin sekali jika nanti kalian. diwajibkan berperang, kalian tidak akan berperang.” Mereka menjawab: “Mengapa kami tidak mahu berperang di jalan Alalah, pada hal sesunguhnya kami telah diusir dari kampung halaman kami dan dari anak – anak kami (anak - anak mereka ditawan). Maka tatkala perang itu diwajibkan ke atas mereka, mereka pun berpaling (tidak mahu berperang) kecuali beberapa orang sahaja di antara mereka. Dan Allah Maha Mengetahui orang - orang yang zalim.

- At Taubah: 246.

Penjelasan: Semenejak zaman Nabi Musa hingga sekarang orang – orang Yahudi bersikap berdolak dalik, zalim, membunuh nabi dan menentang Allah.

HADIS

Sesungguhnya seburuk-buruk manusia pada pandangan Allah, pada hari kiamat nanti, ialah lelaki yang bercampur (berasmara) dengan isterinya, dan isteri bercampur dengan suaminya, kemudian dicerita (mendedah)kan rahsianya kepada orang lain.

Perawi: Imam aAhmad dan Imam Muslim.

PETUA

Jika terasa anda sukar mengingatkan sesuatu, sukar berfikir atau sukar mengkereatkan ilham atau apa yang anda lihat, dengar atau rasa, cuba anda memakan sedikit sup tulang kambing, atau tujuh biji isi delima, atau tujuh biji kismis.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.