Thursday, January 8, 2009

QURAN

Quran
JANGAN KHIANAT

Hai orang - orang yang beriman (termasuk orang Melayu), jangan kalian mengkhianati Allah dan rasul (Muhammad s.a.w.) dan mengkhianati amanah (amanah ini terhadap diri sendiri, keluarga, jiran tetangga, semama manusia dan pemerintah kepada Negara dan rakyat) Allah kepada kalian, sedangkan kalian mengetahui - Al Anfal: 27.

HADIS
PEMBERIA

Dari amru bin Taghlib r . a . katanya: Dibawa kepada Nabi Muhammad s.a.w. harta, lalu Junjungan memberi kepada satu kaum, sedang kaum lain tidak diberi. Kemudian sampai kepada Junjungan akan kata - kata orang yang tidak puas hati. Junjunbgan bersabda: Sesaungguhnya ada orang yang saya beri dan ada yang saya tidak beri. Orang yang saya tidak beri itu adalah lebih saya kisihi berbanding dengan orang yang saya beri. Saya memberi kepada kaum kerana dalam hati mereka ada rasa kelkuh kesah dan loba. Sedangkan kaum (yanh saya tidak beri itu) saya serahkan kepada kekayaan dan kebaikan yang telah diadakan oleh Allah dalam hati mereka.
Perawi: Imam Bukhari.

PETUA

KETUANAN MELAYU


Untuk memperkasakan ketuanan Melayu, mestilah ada perkara berikut: 1 – Keyakinan diri setiap individu Melayu. 2 - Perbanyakkan orang Melayu berpelajaran menengah dan tinggi. 3 - Perkuatkan pelajaran sejarah bangsa di sekolah dan universiti. 4 - Kekuatan ekonomi. 5 - Berani berjihad pada jalan Allah dan membela bangs dan rakyat. 6 - Bermoral tinggi. 7 – Pegang teguh kepada Islam dan guna pakai politik Islam. 8 – Bersahabat dengan semua manusia. 9 - Tidak memperbanyakkan musuh di kalangan manusia. 10 – Jujur dan telus.
11 -Tidak boleh takbur dan sentiasa memohon kepada Allah. 12 -Banyak kerja dan melaksanakannya dan elakkan banyak cakap.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.