Intan Abdullah & Khairul Azlam | Foto Wan Zahari Wan Salleh Tue | Jan 06, 09 | 12:16:56 pm MYT | |
KUALA TERENGGANU, 6 Jan (Hrkh) - Proses pencalonan pilihanraya kecil P036 selesai dengan tiga calon disahkan bertanding. Pakatan Rakyat diwakili oleh calon PAS, Abdul Wahid Endut manakala Barisan Nasional diwakili oleh calon Umno, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Seorang lagi merupakan calon bebas iaitu Azharuddin Mamat, seorang ahli perniagaan. Pengesahan itu telah diumumkan pengurus pilihan raya kecil itu, Mat Razali Kasim kira-kira pukul 11.30 pagi. PAS mengemukakan dua bantahan terhadap calon BN tetapi ditolak oleh Pegawai SPR. BERITA SEBELUM INI Kertas pencalonan diterima, 3 calon kemukakan borang Intan Abdullah & Khairul Azlam KUALA TERENGGANU, 6 Jan (Hrkh) - Proses penyerahan borang pencalonan ditutup kira-kira pukul 10.00 pagi tadi. Tiga calon sudah menyerahkan borang masing-masing termasuk satu calon bebas iaitu Azharuddin Mamat berusia 46 tahun. Sekarang tempoh bantahan dibuka kepada semua calon yang bertanding. BERITA SEBELUM INI FRU arahkan penyokong PAS jauhi pintu Stadium Negeri Intan Abdullah & Khairul Azlam KUALA TERENGGANU, 6 Jan (Hrkh) - Pasukan FRU yang tiba kira-kira pukul 10.05 pagi mengarahkan penyokong Pakatan Rakyat meninggalkan kawasan pintu masuk stadium negeri bagi mengelakkan berlakunya kekecohan sekali lagi. Biarpun yang bertindak liar adalah penyokong BN tetapi yang diarahkan tinggalkan kawasan pintu masuk stadium adalah penyokong Pakatan Rakyat. Jumlah penyokong Pakatan Rakyat setakat ini dianggarkan melebihi 40,000 orang manakala penyokong BN pula kurang dari 10,000 orang. BERITA SEBELUM INI Penyokong BN bertindak liar Intan Abdullah & Khairul Azlam KUALA TERENGGANU, 6 Jan (Hrkh) - Penyokong Barisan Nasional (BN) bertindak liar terhadap penyokong PAS dengan membaling botol air di hadapan pintu masuk Stadium Negeri kira-kira pukul 9.50 pagi tadi. BERITA SEBELUM INI Calon Akim tarik diri dan minta pengundi sokong PAS Intan Abdullah & Khairul Azlam KUALA TERENGGANU, 6 Jan (Hrkh) - Calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun @ Abdul Rahman Mohamad mengumumkan menarik diri dari bertanding dalam pilihanraya kecil P.036 Kuala Terengganu pada pukul 9.30 pagi tadi. Harun mengumumkan penarikan diri beliau sepuluh minit selepas memasuki Stadium Negeri. Beliau turut menyeru kepada pengundi-pengundi di Kuala Terengganu agar memberikan sokongan padu kepada calon PAS, Abdul Wahid Endut. Harun menjelas beliau menarik diri kerana dasar perjuangan Akim dan PAS adalah sama. BERITA SEBELUM INI Penamaan calon bermula Intan Abdullah dan Khairul Azlam KUALA TERENGGANU, 6 Jan (Hrkh) - Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil P036 Kuala Terengganu bermula hari ini. Di perkarangan stadium negeri penyokong-penyokong Pakatan Rakyat sebanyak 30,000 orang berkumpul selepas mengiringi perarakan yang bermula dari Surau Taman Permin Jaya, Jalan Pusara pukul 8 pagi tadi. Sebelum itu kira-kira pukul 7.30 pagi, solat hajat dilakukan di surau tersebut. Kira-kira pukul 9.20 pagi, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endot memasuki pusat penamaan calon diiringan Presidennya, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat. Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin juga turut berada di pusat penamaan calon. Setakat ini tiga calon kelihatan memasuki Stadium iaitu calon PAS, calon BN Dato' Wan Farid dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun Mohamad./wann _ |
Tuesday, January 6, 2009
PILIHA RAYA KECIL KUALA TERENGGANU
PRK Kuala Terengganu, tiga calon sah bertanding
(Berita ini diambil dari Harakah Daily,6 Januari 2009)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.