TANGGUNGJAWAB SETIAP ORANG ISLAM
Oleh: Mokhtar Petah
Hai manusia (Muhammad)! Demi (perhatikan) Quran jang penuh dengan hikmat! Sesungguhnya kamu adalah seorang di antara rasul-rasul.Di jalan yang lurus. Itulah wahyu yang diturunkan oleh yang Maha Kuasa dan Penyayang. Supaya kamu dapat memberikan peringatan kepada kamu, yang belum pernah bapa-bapa mereka menerima peringatan, sebab itu, mereka sedang lengah (dari memikirkan keterangan Allah).Sesungguhnya, sudah semetinya akan berlaku perkataan (hukuman bagi orang-orang yang salah) atas kebanyakan mereka,dan mereka tidak beriman.
Yasin: 1 – 7
Pada satu petang dalam bulan Februari 1995 – Ramadhan, saya sedang membaca buku yang baru mebelinya, “Al Hikmah Fid Dakwah Ilal Lahi Taala”, di lobi sebuah hotel di Bandar Mekah, Arab Saudi, seorang tua ‘mu’allim’,bangsa Arab, telah bercakap dengan saya. Di antara kata-katanya, “Daruka,darul kufr, mengapa tak jadikan darul Islam,…aku baca sejarah, umat Melayu beragama Islam…?”. Kerana saya tidak mahu berbincang dengannya, maka saya mengakui, “ …ia, seperti kata kamu.Wallahu ‘alam.”.
Maksud “darul kufr”,ialah ‘negara kafir’, iaitu negara yang tidak ‘guna-pakai’ perlembagaan dan undng-undang Islam atau berdasarkan al Quran dan as Sunnah.
Manakala dalam Masjid Regenc, London, pada hari Jumaat dalam bulan Oktober 2003, seorang lelaki tua, dari kaum kerabat Al Malik Fadh, Arab Saudi, dalam percakapannya dengan saya, dia telah berkata, “…kalau Raisul wazara- Perdana Meneri -, Malaysia, dapat menjadikan negara kamu Negara Islam, negara keredaan Allah, kamu dan rakyat Malaysia akan bertambah makmur dan dikasihi oleh Allah dan mendapat keredaan-Nya.”
Semenjak dari kedua-dua pertemuan itu, setiap kali saya bertemu dengan Dr Mahathir Mohamad dan Dr Abdullah Badawi – termasuk di kaca televisyen -, saya teringat akan kata-kata dua orang tua itu.Dan saya sering berharap; moga-moga Allah membukan pintu hati kedua-dua pemimpin Malaysia tersebut agar dapat menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam. Saya kira, kerana berkat kata-kata mu’allim di Mekah pada tahun 1995, menjdikan hati saya terbuka untuk menulis surat kepada Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu pada 11 Mei 2000.
(Salinan
MEMBUKA PINTU
Saya bersyukur kepada Allah, bahawa harapan saya itu telah dikabulkan oleh Allah. Sesungguhnya Allah telah membuka pintu hati mereka – Dr Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi - dengan mengurniakan taufiq dan hidayat untuk menjadikan
Nagara Islam ini - Negara kita, umat Islam dan semua rakyat berbilang kaum dan agama. Kita berkewajiban memikul tangungjawab untuk mengisi kemerdekaan negara ini menurut kemampuan dan kebolehan masing-masing.
Untuk berbakti kepda Negara Islam ini, tentulah memerlukan persefahaman setiap individu dalam parti-parti politik yang ujud di negara ini. Parti pengamal politik Islam hendaklah bekerjasama dengan parti-parti Islam lain. Perselisihan antara kedua-dua buah parti politik itu yang telah mengalami zaman pahit bertahun-tahun lamanya, hendaklah diselesaikan dengan kembali kepada Allah (Quran). Dalam mencari penyelesaian dan untuk mendapat hasil dari penyelesaian itu, tidak penting; siapa kuat dan siapa pandai.
PARTI POLITIKI
Amat penting setiap individu dalam parti politik orang Islam itu berhati jujur dan suci niat masing-masing untuk sama-sama kembali kepada Quran dan Sunnah - kita bongkar rahsia kitab suci Quran dan kita bongkar Sunnah nabi cari pedomam’.Pedoman yang amat baik adalah seperti maksud firman-firman Allah berikut ini:
Berpegang eratlah kamu sekalian dengan tali(syari’at) Allah, dan janganlah kamu berpecah belah.
Ali Imran:103
Dan janganlah kamu serupa dengan orang-orang yang telah berpecah belah dan berselisih,setelah datang kepada mereka bukti-bukti yang terang (al Quran). Mereka akan mendapat azab yang besar.
Ali Imran:105.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu, damaikanlah (perbaikkanlah hubungan) antara kedua saudara kamu itu, dan takutlah (memenuhi kewajiban) terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.
Al Hujurat: 10
Manakala parti-parti politiki non Islamic – parti perkauman atau tidak, mestilah mencari persefahaman dan bekerjasama antara mereka dan sama-sama menyokong kesefahaman dan kemuafakatan parti-parti politik orang Islam. Persefahaman dan permuafakatan itu untuk mengisi keperluan Negara Islam
MENEPUK DADA
Seperti kandungan surat saya kepada Yang Dipertuang Agong dan Raja-Raja Melayu, bahawa perpecahan yang berlaku di antara umat Islam di negara ini, kerana mereka tidak kembali kepada Quran dan Sunnah atau kepada amalan Islam sejati. Maka sekarang negara kita telah bertaraf Negara Islam. Negara kita mememerlukan perjuangan, kerja atau bakti dari umat Islam dan semua rakyatnya.
Dalam Negara Islam , tidak siapa yang boleh menepuk dada atau membangga diri atas kepandaian sendiri, tetapi yang penting mencari penyelesaian untuk faedah rakyat, negara dan agama Islam yang kita junjung ini.Semua rakyatnya mestilah ada kasih sayang dan saling percaya mempercayai antara satu sama lain. Insya Allah akan berlaku seperti maksud firman Allah berikut ini:
Mudah-mudahan Allah akan mengadakan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang (sekarang) menjadi musuh kamu. Allah itu Maha Kuasa, dan Allah
itu Pengampun dan Penyayang.
Al Mumtahanah: 7
Amerika Syarikat, Britain dan Negara-negara lain yang rakyatnya beragama Kristian, telah menegakkan negara mereka dengan dasar kapitalisme, peodalisme dan sosialisme, maka Malaysia sebuah negara Islam tentulah tidak selama-lamanya menggunakan perlembagaan dan undang-undang yang ditiru dari negara tersebut, terutama ‘guna-pakai’ unhdang-udang yangn berasal dari orang-orang Kristian,iaitu British.
MEMBSMI JENAYAH
Lojiknya, Negara Islam, ‘guna – pakai’ perlembagaan dan undang-undang atas semua bidang – jenayah dan mal (civil) bagi negara dan raakyat - , seperti maksud firman Allah berikut ini:
‘Itulah peraturan (undang-undang) Allah dan siapa yang patuh
kepada Allah dan rasul-nya dimasukkan ke dalam syurga’.
Annisa:13
Hai oran-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan Rasul- Nya dan yang mempunyai kekuasaan di antara kamu (pemimpin umat Islam), dan kalau kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (al Quran) dan Rasul-Nya (as Sunnah), jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; itulah yang lebih baik dan lebih bagus kesudahannya.
An Nisa:59
Perelmbagaan dan undang-undang ciptaan manusia tidak akan mencapai kejayaan untuk membasmi jenayah dan segala kejahatan, sama ada di peringkat negara kita dan antarabangsa.Berjuta-juta kes di seluruh dunia; yang ‘bersalah menjadi tidak bersalah’ dan yang ‘tidak bersalah’ menjadi
‘bersalah’ .Contoh dan bokti yang jelas, iaitu orang-orang Kristian,Yahudi,Budha dan sebagainya menyerang, memerangi, menindas dan menguasai umat Islam dan negara mereka tidak dianggap bersalah, tetapi umat Islam di negara-negara yang menjadi mangsa itu bangun menentang dan memerangi yang menyerang,memerangi,menindas dan menguasai dituduh menjadi ‘terrorist’ – pengganas - dan bersalah.
KUASA BESAR
Undang-undang antara bangsa ciptaan manusia tidak ada ke adilan yang memihak kepada umat manusia terutama umat Islam. Amerika Syerikat,Yahudi dan bangsa-bangsa lain membuat dan menggunakan senjata-senjata merbahaya,seperti bom atom dan nuclear tidak salah, tetapi negara-negara umat Islam menciptanya menjadai salah. Negara-negara kuasa besar bangun memusnahkan negara-negara tersebut,walaunpun belum wujud senjata demikian seperti yang berlaku di
Sekarang rakyat negara ini berada dalam sebuah Negara Islam (tidak 100% mengamalkan hokum Islam). Kalau boleh (amahu atau tidak melakukannya) semua aspek kehidupan rakyat bercorak Islam. Berlaku dan berjalan di bawah peraturan atau undang-udang Islam.
Pada masa ini kebanyakan negeri-negeri di Malaysia sedang menjalankan undang-undang Islam (keluarga Islam) di dapati banyak tidak seimbang dengan undang-undang Islam. Hal itu mesti diperbetulkan dalam Negara Islam.
Sebagai seorang penulis, saya tidak ada apa-apa kuasa, sekadar memberi pendapat yang sesuai dengan maksud firman Allah:
‘Demi masa, Sesunguhnya mmnusia itu dalam kerugian. Selain dari orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik, dan mewasiat (memesan)
Al Asr:1 – 3
Dan inilah yang terupaya saya lakukan. Dr Abdullah Badawi, Najib Dato’ Razak, Dato’ Haji Abdul Hadi Awang dan Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan para cedekiawan Islam di negara ini, bagaimana? Apa pendapat Majlis Fatwa Kebangsaan? Hai hai para mufti di negeri-negeri, bagaimana?.
Nabi Muhammad s.a.w. terlah bersabda yang bermaksud:
Apabila timbul bida’ah – penyelewengan - (agama Islam) sedangkan orang alim berdiam diri, maka tertimpalah ke atasnya laknat Allah.
Saya Mengakhiri tulisan ini, kepada Allah jua saya memohon tafiq dan hidayat-Nya. Dan mudah-mudahan rakya negara ini berada dalam sebuah negara, ‘ baldatun tayyuibah wa Rabbun ghafur’ – negara bertuah dan Allah Maha pengampun(mendapat keampunan dan keredaan Allah).
(Tamat)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.