Wednesday, January 7, 2009

JATI DIRI

JIHAD DAN DAMAI

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya,dan Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak sekali-kali menjadikan untuk kamu suatu kesempitan dalam agama.

Al Haj:78

Jihad adalah dari bahasa Arab.Di segi ilmu nahu, grammar – tatabahasa - , jenis issim masdar dari perkata fiel ,verb – perbuatan - , ‘jahada’; ertinya mencurahkan kemampuan atau kesanggupan. Firman Allah seperti maksud di atas, iaitu Allah, ‘Dia memilih kamu’, yakni memilih hamba-Nya untuk berjihad, iaitu hambanya yang beriman, taqwa dan bersih diri dari segala kemungkaran atau kejahatan. Allah tidak menerima jihad dari hambanya yang kafir, munafik dan yang melanggar hukum – undang-undang-Nya; larang dan perintah-Nya.Allah berfirman yang maksudnya:

Dan barang siapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu untuk dirinya sendiri.Sesungguhnya Allah benar-benar Mahakaya (tidak memerlukan sesuatu) dari alam semesta.

Al Ankabut:6

Orang-orang yang beriman,berpinbdah dan berjuang di jalan Allah dengan harta dan diri mereka, lebih tinggi darjatnya di sisi Allah, dan Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang bersalah.

At Taubah: 20

Allah hanya menerima orang Islam lagi mukmin untuk berjihad pada jalan-Nya, tidak dari orang kafir,munafiq dan orang yang disifatkan syetan[1]. Jihad manusia yang beriman itu adalah untuk mereka sendiri, untuk kebaikan mereka sendiri dan untuk keberuntungan mereka sendiri. Tidak untuk Allah dan Allah tidak berhajat apa-apa dari jihad mereka.

Jihad dapat dibahagikan kepada tiga cara atau kaedah,iaitu:

Pertama: Mengawal diri dari kerosakan iman atau aqidah kepada Allah

dan semua rukun iman, mengawal hawa nafsu jahat, perbuatan

mungkar atau pelanggaran hukum atau undang-undang Allah –

meninggalkan atau mencegah munkar (kejahatan) dan kerjakan

maaruf (kebaji-kan), percaya pada diri sendiri, jati diri,

mempertahankan ‘keehsanan dan keadilan’, meruah diri,

keluarga, kaum kerabat dan jiran tetangga sebagai hamba Allah

atau pada jalan Allah.

MENOLONG ORANG

Jihad pertama wajib diamal dan dilaksanakan oleh setiap orang Islam dan beriman kepada Allah.Jihad menjadi permulaan atau pun pokok jihad yang kedua dan ketiga. Kalau jihad ini tidak dilaksanakan, maka jihad-jihad lain tidak memberi erti apa-apa kepada diri seseorang hamba Allah.

Jihad ini adalah dari sekecil-kecil amalan hingga kepada amalan yang termampu oleh seseorang untuk diri sendiri dan untuk orang lain, seperti mengalihkan kaca atau duri dari atas jalan’, menolong orang yang di aniaya, memberi nasihat kepada orang lain supaya berbuat baik,menolak atau tidak menyertai kejahatan; dengan tangan atau perbuatan, dengan mulut atau selemah-lemah iman hanya dengan mendiamkan diri.

Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari seksa

apa neraka.[2]

Menderma termasuk sedekah jariah dengan wang atau harta kepada jalan kebajikkan atau jalan Allah, seperti membnina msekolah, perpustakaan, rumah kebajikan anak yatim dan orang-orang dhaif, membina jalan, membantu musafir dan pendeknya bermacam- macam amalan pada jalan Allah adalah jihad namanya.

Jihad melawan nafsu ammarah – nafsu jahat -, menyuruh (melakukan ) yang jahat,adalah satu jihad yang begsar. Pada ketika Nabi Muhammad s.a.w. bersama angkatan tentera pulang dari satu peperangan, Junjungan telah bersabda kepada para sahabatnya yang bermaksud:

Kita baru pulang dari satu peperangan yang kecil untuk

memasuki peperangan yang lebih besar.Sahabat-sahabatnya

bertanya, “Apakah peperangan itu?” “Peperangan

melawan hawa nafsu”.

Hadis

ORANG ISLAM

Pada tiap-tiap diri manusia lelaki dan perempuan ada dan berakar umbi nafsu ammarah atau nafsu mazmumah. Nafsu itu mesti diperangi dan dikikis dari jiwa dan jasad tiap-tiap orang Islam dan beriman kepada Allah,iaitu:

(1) Bakhil atau kedekut (2) Sama’ah, iaitu membuat sesuatu untuk mjenunjuk-

nunjuk (3) Tamak atau halobakan harta dunia (4) Takbur atau sombong dan perasaan yang sama dengannya (5) Banyak angan-angan (bukan cita-cita) (6) Inginkan nama terekenal atau masyhur (7) Cenderung kepada kemungkaran dan tidak suka kepada kebaikan (8 ) Hasad atau dengki (9) Dendam kesumat (10) Syak atau sangka (11) Khianat dan niat jahat (12) Luapakan Allah dan lalai menunaikan solat fardhu (13) Tasyabbuh, iaitu meniru ragam perangai orang kafir (14) Mengumpat atau menggonjeng (15) Menghasut (16) Memburukkan orang lain di belakangnya (17) Tidak jujur terhadap sahabat (18) Dayus dan rasa takut dan tidak

percayakan diri sendiri (19) Iri hati terhadap orang lain (20) Malas atau curi tulang

(21) Tidak mahu belajar (22) Mengadu dumba atau melaga-lagakan orang,

dan sebagainya.

BIDANG POLITIK

Perasaan dan sikap buruk di atas ini mesti dilawan, ditentang dan diperangi atau jihad. Kalau tidak ditentang atau dihapuskan dengan jihad,maka diri yang ada salah satu dari semua kejahatan di atas akan menjadi seperti besi yang berkarat.

Yang kedua, jihad untuk menyelamat dan kebaikan masyarakat, negara dan agama Islam, dalam

semua bidang kehidupan atas nama atau kerana Allah, seperti dalam bidang-bidang: Politik dan kerajaan atau pemerintah atau negara, ekonomi, mengajar ilmu,menuntut ilmu, mencari pengalaman, menulis atau mengarang , penerbitan, penyiaran (tidak bersifat mungkar), berdakwah dan sebagainya.

Penjelasan: Menubuhkan dan berjuang dalam harakah atau parti politik yang berdasarkan al Quran dan as Sunnah dihitung jihad.

Lojiknya; sesiapa yang menentang harakah atau parti politik demikian adalah terhitung dalam golongan penentang jihad. - Mokhtar Petah.

Jihad yang kedua ini menjadi kewajiban atas orang-orang Islam dan beriman dan berkemampuan untuk membina dan memajukan masyarakat,negeri, negara dan rakyat jelata dalam bidang-bidang seperti di atas ini. Jihad ini memerlukan ilmu pengetahuan, wang dan harta benda yang termasuk sains dan teknologi, di tambah dengan yakin diri, gigih dan berani.

MEMUSUHI RAKYAT

Ada beberapa perkara yang sedang merosak, melemah, menghina dan seperti memusuhi rakyat negara ini yang terdiri daripada orang Melayu, yang menjadi kewajipan bagi kita menghapuskan dengan cara jihad, sama ada dengan suara, tulisan mahupun dengan tangan atau tindakan menggunakan kuasa mengikut saluran undang-undang,iaitu:

1 - Monopoli kaum lain dalam perniagaan sehingga orang

Melayu dan umat Islam tertinggal di belakang, dan

melakukan tohmah atau tuduhan orang Melayu

malas dan tidak tahu berniaga.

2 –Peniaga – peniaga kaum lain meletakakan harga barang yang berbeda terhadapa orang Melayu dengan bukan Melayu; misalnya ‘alat ganti kereta’, jual kepada orang kaum lain RM5.00, tetapi kepada orang Melayu RM7.00 atau lebih.

3 - Meminjam wang bank; kepada orang kaum lain ada kemudahan, tetapi kepada orang Melayu, ada berbagai karenah – walaupun orang Melayu itu mempunyai perniagaan atau perusahaan yang berwiabawa, tetapi kalau tidak mahu menghulurkan wang bawah meja atau memberi rasuah, maka permohonan mereka jadi bertangguh-tanguh atau tidak diluluskan.

4 - Di beberapa Pejabat Daerah dan Tanah telah berlaku diskriminasi oleh pegawai-pegawai bawahan, seperti s.o. (settlement officer)-pegawai penempatan terhadap orang Melayu. Misalnya orang Melayu datang minta membeli plan tanah kerajaan negeri, kawasan pasir atau sebagai. Permintaan itu ditolak; alasannya tidak ada tanah, tiada kawasana pasir, tetapi bila orang dari kaum laian dating meminta; ada tanah dan ada kawasan apasir dan kemudiannya diluluskan.

5 - Ada satu daerah di Selangor; orang China paling ramai menggunakan senjata api berlesen, tetapi orang Melayu amat kurang memilikinya. Orang-orang Melayu memhon tidak diluluskan, walaupun cukup

syarat.

5 - Orang Melayu bekerja di syarikat orang China, kelulusan dan pengalaman sama dengan pekerja China, tetapi gaji pekerja Melayu lebih rendah dari pekerja China.

8 - Penipuan dalam makanan halal dan haram, seperti ayam tidak sembelih, campur minyak khinzir, susu bayi dicampur dengan benda yang tidak baik dan sebagainya.

MESTI IKHLS

Dalam melaksanakan jihad di atas ini, setiap pengamalnya mestilah ikhlas, amanah, tidak melanggar hukum atau undang-undang Allah, termasuk tidak memberi atau menerima rasuah.

Bagi orang-orang yang berjihad seperti ini, Allah berfirman, yang ertinya:

Balasan perbuatan baik tidak lain dari kebaikan juga.[3]

Ketiga, jihad –‘jahadal‘aduwa’ - Pertempuran, perjuangan, perang - menentang musuh rakyat,negara sendiri dan agama Islam, ‘battle, fight ore holy war against the infideles as a religious duty – perang fi sabilul Lah – perang pada jalan Allah. Allah menuntut orang-oranhg lelaki (yang terdaya) dari umat Islam melakukan jihad ini untuk membantu saudara-sadara Islam di negara-negara jiran atau negara-negara di seluruh dunia yang dianiaya, ditindas, diceroboh atau diperang oleh orang-orang kafir.

Jihad atau peperangan ini menjadi wajib ke atas setiap orang lelaki Islam (yang terdaya) untuk melakukan atau menyertai peperangan kerana memprtahankan negara,rakyat dan agama Islam. Sesiapa yang tidak mahu melakukannya, menarik diri, takut atau tidak sanggup meninggal isteri,anak-anak dan harta,maka dia melakukan dosa.Dimurkai oleh Allah dan negara boleh mengenakan hukuman ke atasnya.

Hai orang – orang yang beriman! Apakah (halangan) bagi kamu, ketika dikatakan kepada kamu; Berangkat lah (pergi berperang) di jalan Allah, tetapi kamu ingin tinggal di bumi (tidak mau kemedan perang). Apakah kamu – lebih- merasa senang dengan kehidupan dunia dari akhirat? Kesenangan hidup di dunia ini dibandingkan dengan akhirat hanyalah sedikit (nilainya).

Kalau kamau tidak berangkat (kemedang perang), nescaya Allah akan menyiksa kamu dengan siksaan yang pedih, dan akan ditukar-Nya kamu dengan kaum yang lain. Dan kamu tidak dapat membahayakan-Nya sedikit pun. Dan Allah itu Kuasa atas sesuatu.[4]

JALAN ALLAH

Oleh yang demikian, sesebuah Negara Islam menjadi semacam wajib melatih para remaja lelaki – dari

peringkat penuntut hingga lepasan pusat-pusat pengajian tinggit - , dalam bidang ketentraan darat,laut dan udara.

Jihad atau perang ‘sabilullah’ – ‘jalan Allah’ dikira jihad yang terlalu mulia. Tetapai tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Jihad ini boleh dilakukan setelah orang-orang kafir melakukan tindakan menceroboh, menentang, memerangi Negara Islam dan umat Islam.Sekarang rakyat Palestin,Afghanistan dan Iraq boleh atau halam melaksanakan jihad fi sabilul Lah, kerana orang-orang kafir menyerang negara mereka,mengganas dan menindas mereka dan sebagainya.

Jihad atau Perang sabilul Lah itu seperti firmah Allah yang maksudnya seperti berikut:

Hai Nabi! Perangilah orang-orang kafir dan orang-orang munafiq itu, dan bersikap keraslah kepada mereka. Dan temptat mereka ialah dalam neraka Jahannam, dan buruk kesudahan mereka.[5]

Negara Islam Hadhari mestilah mencontohi perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.; semenjak zaman kenabian Junjungan hinggalah pada masa,penubuhan Negara Islam Madinah dan pada tahun yang ke 10 Hijrah, iaitu Junjungan tidak pernah menyeru atau bertindak menentang atau melawan musuh-musuh Junungan yang terediri daripada orang-orang Arab kafir musyrik Quraisy. Dengan arah-perintah dari Allah, Junjungan telah meminta sebilangan dari orang-orang Mekah berpindah ke Habashah.Junjungan bersama Sayyidina Abu Bakar As Siddiq radhiallahu an telah berpindah ke Yathrib pada tahun pertama Hijrah.

Nabi Muhammad s.a.w. telah mengadakan perjanjian dengan kaum-kaum Yahudi di Yathrib dengan perjanjian yang bernama ‘Sahifah Madinah’ atau ‘Piagam Madinah’.Tetapi setelah orang-orang kafir musyrik Quraisy Mekah menyerang dan memerangi umat Islam Madinah, dengan perintah Aallah, barulah Junjungan mengambil tindakan perang keatas musuh-musuh Islam,seperti maksud firmanj Allah berikut ini:

Dan perangilah di jalan Allh (akan) orang-orang yang

memerangi kamu, dan janganlah melanggar batas.

Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang

melanggar batas.

Dan bunuhlah mereka di mana saja kamu temui dan sirlah mereka dari tempat kamu diusir, dan fitnah itu lebih berbahaya dari pembunuhan.Dan jangan kamu bunuh mereka di Masjid Suci (Masjidul haram), kecuali kalau mereka telah menyerang kamu, bunuhlah mereka; begitulah pembalasan terhadap orang-orang yang tidak beriman.

Tetapi kalau mereka itu telah berhenti,sesungguhnya Allah itu pengampun dan penyayang.

Dan perangilah mereka hingga habis fitnah, dan agama hanya untuki Allah (tercapai kmerdekaan beragama dan

sehingga orang menjalankan agama itu dengan tukus ikhlas kepada Allah dan tidak terganggu dan ketakutan),tetapi kalau mereka telah berhenti(sedia berdamai),maka habislah permuduhan,selain dari terhadap orang-orang yang zalim.

Dan siapa yang menyerang kamu, seranglah mereka sebagaiamana mereka menyrang kamu.Dan patulah kepada Allah, dan ketahuilah, bahawa Allah itu bersama orang-orang yang memelihara diri – dari kejahatan.[6]

MELAMPAUI BATAS

Tetapi perang yang dibolehkan dalam Islam – perintah Allah -, tidak melampaui batas seperti yang dilakukan oleh orang-orang kafir. Orang-orang Yahudi, German, Itali,Amerika Syarikat, British, Francis, Rusia, Jepun, Siam dan bangsa-bangsa lain.

Di antara peperangan di bawah arahan Nabi Muahammad s.a.w., ialah:

1 - Perang Badar antara orang-orang Islam Madinah seramai

313 orang dengan tentera Arab Quraisy musyrik 1,000

orang.

2- Perang Uhud, peperangan tuntut bela Arab Qurisy murik

Mekah atas kekalahan mereka dalam perang Badar.Tentera

Islam 1,000 orang, 300 daripada mereka pulang ke

Madinah,iaitu orang- orang munafiq.Tentera kafir 3,000

orang.

3- Perang Al Ahzab atau Khandak (parit atau kubu).

Tentera Islam telah mendapat kemenangan dalam perang

tersebut.[7]

Agama Islam sebuah agama Allah, agama keselamatan, kedamaian dan berfalsafahkan ‘kemanusiaan sejagat’ di bawah bimbingan Allah . Umat manusia di mana sahaja mereka berada atas muka bumi ini, adalah bersaudara. Bangsa-bangsa di seleuruh dunia ini mempunyai hubungan atau pertalian kemanusiaan yang telah dinyatakan oleh Allah dalam al Quran, yang bermaksud:

Hai manusia! Sesungguhnya Kami mencipta kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, dan Kami jadikan kamu beberapa bangsa dan suku kaum, supaya kamu mengenali satu sama lain.[8]

Dan kamu sekalian (mesti) berpegang erat dengan tali (hubungan) Allah dan jangan kamu berpecah belah. Adakan di antara kamu umat yang menyeru (mengajak) kepada kebaikan dan menuruh mengerjakan yang benar dan melarang membuat yang salah.Mereka itulah

orang-orang yang beruntung(menang).[9]

Jangan kamu serupa dengan orang-orang yang berpecah belah dan berselisih, sesudah datang kepada mereka bukti-bukti yang terang.Mereka akan mendapat azab yang besar.[10]

Ali Imran: 104

Kamu adalah umat yang paling baik dilahirkan untuk kepentingan manusia, menyuruh mengerjakan yang benar dan melarang membuat yang salah.

Ali Imran: 110

Ditimpa atas mereka kehinaan dimana sahaja mereka berada, kecuali mereka yang menjaga hubungan dengan

Allah dan hubungan dengan manusia.

Ali Imran :112

NEGARA ISLAM

Apabila Negara Islam Hadhari telah disempurnakan sepenuhnya sebagai sebuah Negara Islam tulin, maka saya yakin ia akan ada persamaan dengan Negara Islam yang telah dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w. , terutama dalam rangka menyatukan umat manusia dalam satu perpaduan yang harmoni dengan membebaskan mereka menganut agama masing-masing.

Walaupun Islam tidak henti-henti bergerak di seluruh dunia mengajak dan berbaik-baik dengan uamt manusia yang tidak beragama Islam supaya menyertai agama Allah itu,tetapi ia menolak manusia-manusia yang beragama Yahudi, Kristian, Majusi, Hindu ajaran Budha dan sebagainya memeluknya (Islam) kerana, sebab-sebab seperti berikut:

a . Kerana dipaksa atau terpaksa.

b . Kerana mengejar kekayaan atau kemewahan hidup.

c . Kerasna jawatan, kedudukan dan sebagainya..

d . Kerana suaka politik.

e . Kerana hijrah dengan tujuan mencari makan.

f . Kerana cintakan perempuan atau lelaki.

g . Kerana cinta antara lelaki dengan perempuan.

Sesiapa sahaja boleh diterima memeluk agama Islam, sekiranya individu itu berhati ikhlas memeluknya kerana beriman atau percaya kepada Allah,sekurang-kurangnya:

* Allah ada atau wujud tidak seperti semua yang baharu

(makhluk) wujud.

* Allah Esa atau satu (tunggal), iaitu tidak ada

pasangan,tidak ada kawan dan tidak ada pembantunya

atau Allah tidak bersyarikat dengan makhluk lain;

sama ada anak, batu, api, matahari dan sebagainya.

* Allah itu hidup dan tidak ada yang menghidupkan-Nya

dan tidak ada yang akan mematikan-Nya.

* Allah ada ilmu tetapi ilmunya tidak seperti ilmu makhluk.

* Allah ada qudrat – kuasa -, tetapi kuasa-Nya tidak seperti

kuasa makhluk.

* Allah Iradat – kehendak-,tetapi kehendak Allah tidak

seperti kuasa makhluk.

* Allah Khaliq – Pencipta - , manusia dan semua alam

dicipta oleh Allah,iaitu

makhluk.

KAFIR KITABI

Orang-orang yang tidak beragama Islam ‘ percaya Allah’ ada anak atau ada sekutunya,maka mereka dinamakanm ‘kafir musyriq’,iaitu kafir yang menyengutukan Allah. Orang-orang kafir yang percayakan Allah yang Esa, tetapi tidka percaayakan kitab Allah, Al Quran dan Nabi Muhammad s.a.w.,mereka dinamakan kafir kitabi, iaitu orang kafir yang beriman kepada kitab Allah.

Orang-orang Kristian yang beriman, kononnya Nabi Isa )al Masih) alaihis salam dan orang-orang Yahudi yang beriman, Uzair anak Allah, maka mereka itu dinamakan kafir musyriq, kerana menyengutukan Allah. Berikut ini adalah maksud firman Allah mengenai orang-orang Yahudi dan Kristian:

Dan orang-orang Yahudi mengatakan (beriman): ‘Uzair’ itu anak Allah. Dan orang-orang Kristian mengatakan

(beriman); Almasih anak Maryam itu anak Allah. Itulah perkataan dari mulut mereka (saja),menyerupai perkataan orang-orang yang kafir pada masa lalu. Kiranya Allah membinasakan mereka! Kemana mereka akan berputar (berlindung).

At Taubah:30

Maka setiap manusia yang hendak memeluk agama Islam,wajiblah dia dengan hati yang yakin (beriman) dengan hati yang ikhlas melapazkan kalimat swear – bersumpah -, iaitu:

Aku mengakui (bersumpah) bahawa sesungguhnya tiada

tuhan selain dari Allah.Danaku mengaku (bersumpah)

bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad itu Rasul Allah.”

Sebaik-baiknya dua lafaz di atas dalam bahasa Arab dan faham ertinya dengan sempurna.

Yakin (beriman) dengan para malaikat Allah,iaitu:

1 - Malaikat Jibril – tuganya menghantar wahyu kepda nabi-nabi

dan rasul-rasu Allah, khususnya kepada Nabi Muhammad s.a.w.

2- Malaaiakat Mikail – tugas-tugasnya dalam bidang keejahteraan

umat,seperti mengatur hujan,menghantar angin, mengenai tanah

termasuak kesuburann tanah.

3 - Malaikat Israfil – tugasnya segala hal ehwal pada hariu akghirat.

4 – Malaikat Izrail atau malaikat maut – tugasnya mencabut nyawa

setiap makhluk yang bernyawa.

5dan 6 – Malaikat Munkar dan malaikat Nakir – tugas mereka unhtuk

menyoal orang-orang yang mati dalam kubur.

7 dan 8 - Malaikat Rakib dan Atib – tugas mereka; Raqib mencatat

perkara yang baik dan ‘Atib mencatat perkara-perkara yang

buruk.

9 - Malikat Malik – tugasnya neraka.

10 – Malaikat Ridhwan – tugasnya menjaga syurga.

Yakin (beriman) kepada kitab-kitab Allah,iaitu:

1 - Taurat ; diturunkan kepada Rasul Allah,Musal alaihis salam.

2 - Zabur; diturunkan kepada Rasul Allah, Daud alaihis salam.

3 - Injil; diturunkan kepada Rasul Allah, Isa alaihis salam.

4 - Furqan atau Quran; diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

* Kitab-kitab ini mengandungi wahyu atau kalam Allah, yang dipinda, diubah- suai atau ditulis oleh ulama,padri dan sebagainya tidak diakui,iaitu palsu.

Yakin (beriman) kepada 25 Rasul Allah,iaitu: 1 . Adam alaihis salam. 2 . Idris alaihis salam. 3 . Nuh alaihis salam. 4 . Hud alaihis salam. 5 . Saleh alaihis salam.6 . Ibrahim alaihis salam. 7 . Luth alaihis salam.. 8 . Ismail alaihis salam. 9 . Ishak alaihis salam. 10 . Ya’akub alaihis salam. 11 . Yusuf alaihis 12 .Ayub alaihis salam. 13 . Syu’ib alaihis salam. 14 . Musa alaihis salam. 15 . Harun alaihis salam. 16 . Zulkifli alaihis salam. 17 . Daud alaihis salam. 18 . Sulaiman alaihis salam. 19 . Ilyas alaihis salam. 20 . Ilyasaalaihis salam. 21 . Yunus alaihis salam. 22 . Zakaria alaihis salam. 23 . Yahya alaihis salam. 24. Isa alaihis salam. 25 . Muhammad sallal Lau alaihi wasal lam.

UMAT MANUSIA

Walaupun semenjak Rasul Alalah Adam alaihis salam hingga kepada Nabi Mhammas s.a.w.Nabi-Nabi Allah ada 124,000 orang dan Rasul Allah 315, tetapi yang termaktub dalam al Quran hanya 25 orang seperti di atgas.Yang wajid di yakni (beriman) hanyalah 25 orang.

Yakin (beriman) kepada hari akhirat (kemudian) atau hari qiamat (kebangkitan), iaitu hari kebangkitan semua umat manusia. Di sana adanya syurga dan neraka Allah.

Yakin (beriman) kepada untung nasib yang baik dan yang buruk,semuanya dari Allah. Manusia wajib berikhtiar atau berusaha untuk kehidupan dunia dan hari akhirat.

Negara Islam Hadhari, tidak boleh mencipta manusia dengan cara paksa untuk menjadi manusia Islam, tetapi manusia yang tidak beragama Islam itu boleh menyertai Islam dengan rela. Allah menciptanya menajdi individu dalam umat Islam yang tidak ada beza membeza warna kulit,keturunan dan kedudukan.

PENGARANG BUKU

Saya teringat akan seorang rakan karib saya, iaitu bekas guru di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan pengarang buku yang tersuhur di negara ini,berasal dari Australia, iaitu Allahyarham Dismon Tat atau Muzaffar Tat. Dan dia telah berkahwin dengan seorang wanita Melayu di Bukit Mertajam.

Pada tahun 1960-an, Allahyarham Muzaffar Tat berkata kepada saya:

“…saya memeluk agama Islam kerana saya telah faham Islam, sebuah agama Allah, agama yang paling mulia dan agama keamanan…Kalau saya tidak fahamn,saya tidak masuk Islam,…kalau saya bodoh Islam saya tidak mahu membawa diri saya yang bodoh ke dalam Islam, kerana Islam agama orang yang cerdik dan intelktual, tahu membezakan mana tuhan falsu dan mana tuhan sebenarnya.Pandai menilai amal maaruf dan nahyi munkar.”

Jika kita meneliti lambaran buku-buku sejarah dunia, tidak ada tercatat mengenai umat Islam di seluruh dunia memulakan peperangan. Dari umat Islam zaman Nabi Muhammad s.a.w. membawa kepada Bulkan sampai kepada pemberontakan umat Arab di Palestin, serangan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya terhadap Afghanistan, Iraq dan India,sebenarnaya tidak dimulakan oleh umat Islam, tetapi oleh mereka yang tidak beragama, mereka yang beragama Yahudi dan Kristian.

Kekejaman tentera dan polis Siam terhadap umat Islam di Selatan Siam semenjak zaman bersaman hingga kepada tragedi pembunuhan beramai-ramai di Tak Bai,Pattani, selatan Siam, pada bulan Ramadhan – 25 Oktober 2004 adalah dimulakan oleh orang-orang bukan Islam,iaitu mereka yang beragama atau mengikut ajaran Budha. Tetapi mereka itu tidak disifatkan terrorist - pengganas atau penjajahat oleh golongan utama dunia.

KUMPULAN PEMISAH

Anggota-anggota parti kerajaan Malaysia – Barisan Nasional -, PAS dan Barisan Alternatif (BA)Dewan Rakyat (Parlimen) Malaysia yang telah besidang pada 23 November 2004, sebulat suara menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan Thaialand yang telah melakukan kekejaman – membunuh dan menyiksa orang-orang Islam di Tah Bai, Pattani itu.

‘Lebih 550 orang (Islam) dilaporkan terbunuh setelah kumpulan pemisah melancarkan berontakan di tiga buah wilayah di selatan Thaialand,iaitu di Pattani,Narathiwat dan Yala sejak Januari lalu.

Dalam kejadian terbaru pada 25 Oktober lalu (2004),87 nyawa terkorban dalam satu tunjuk perasaan di luar balai polis Tak Bai.’[11]

Perdana Menteri,Dr Abdullah Badawi yang menghadiri Sidang Kemuncak ke -10 ASEAN di Vientiane membritahu para wartawan pada 29 November 2004,bahawa Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra,telah memaklumkan kepada pertemuan tiga penjuru – Malaysia,Indonedia dan Thailand -,bahawa perkara itu sedang dalam penyiasatan.

“Pihak kerajaan Thailand juga berusaha membina semula keyakinan penduduk di situ,”kata Dr Abdullah Badawi.

“Kerajaan Thailand sudah mewujudkan badan penyiasat bebas atas perkara itu,”tambah Dr Abdullah.

SIDANG KEMUNCAK

Sebelum itu Thaksin telah mengecam untuk meninggalkan Sidang Kemuncak ASEAN itu jika isu berdarah di Tak Bai Pattani itu di bangkitkan dalam sidang tersebut.

Di segi sejarah dan geografi bumi Melayu Nusantara, Pattani hak milik bangsa Melayu,tetapi kerana muyslihat Britiush dengan kerajaan Thailand pada azaman silam,maka Thailand menjajah bumi tersebut. Hakikatnya Thailand menjajah bumi umat Melayu – Islam di sana.

ASEAN, OIC dan UNO tidak patut berdiam diri dan perlu mencari jalan bagi menyelesaikan masalah selatan Thaialand itu, kerana keadaan di sana sama dengan keadaan yang berlaku antara umat Arab di Palkestin dengan Yahudi.

Peperangaan wujud di sebabakan oleh manusia-mansuia yang bernfsu untuk menjajah Negara

manusia, membolot hartas benda dan kekayaan,menindas umat manusia dan tersemat pula perasaan buru dan tidak berperikemanusiaan,iaitu untuk memusnahakan umat yang beragama Islam.

BERLAKU KEJAM

Tetapi malangnya bagi umat Islam, apabila mereka bangun menentang orang-orang yang melakukan penyerangan, peperangan, penaklukan dan kekajaman ke atas mereka, maka orang-orang yang berlaku kejam itu pula menuduh dan memberi gelaran kepada umat Islam itu sebagai , ‘terrorist’ (pengganas).

Kerana trgedi 11 September 2001 di Amerika Syarikat yang belum tentu orang Islam melakukan nya – mungkin Yahudi atau orang-orang Amerika sendiri yang menjadi musuh politik Presiden Bush sendiri -, Amerika syarikat memerangi Afghanistan. Tuduhan yang tidak berasas Amerika syarikat,setelah menerima pembohongan golongan munafik politik sosialis Iraq, kononnaya rijem Saddam Hussein mencipta senjata merbahaya, maka Presiden Bush mengerahkan bala tenteranaya memrangi Iraq. Lalu hancurlah Iraq bersama kaum kerabat dan golongan orang-orang munafiq tersebut.

Sesungguhnya pada masa ini orang-orang Islam bertabauran diseluruh dunia. Di mana ada angin dan cahaya matahari, di situ atau di sana ada orang Islam. Setiap orang Islam tidak membiarkan orang Islam yang lain dizalimi dan dianiaya. Agama Islam mengajar , ‘perang sabilul Lah’ – , perang pada jalan Allah (holy war), maka muncullah seorang imam jihad membela umat Islam yang tertindas – ramai ahli teknologi dan sains bersamanya, pakar berbagai senjata termasuk senjata biologi, iaitu Osama Laden peranakan Yaman dan dari kelurga hartawan dan usahawan Arab Saudi.

Othman Laden dan para pengikutnya berimankan firman Allah yang bermaksud:

Dan perangilah mereka (musuh Islam) sehingga tidak ada lagi fitnah (penjajahan dan penindasan).

Al Anfal:39

Hai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu

dengan pasukan (musuh), hendaklah berpendirian teguh dan ingatkan Allah sebanyak-banyaknya.

Al Anfal:45

Hai Nabi! Perangilah orang-orang yang kafir dan munafiq itu dan bersikap keraslah kepada mereka. Dan tempat mereka ialah di neraka Jahananam,dan buruklah kesudahan mereka.

At Taubah: 73

Kalau tidaklah kerana mereka(Osama Laden dan para mujahidin) berperi kemanusiaan, negara Amerika Syarikjat dan Britain boleh mereka musnah dalam tempo 24 jam sahaja,” kata seorang ulama yang saya telah temui di Masjid Regenc, Kota London, pada Oktober 2003.

“Di mana-mana dalam dunia ini ada umat Islam, mereka baik dan bersaduara dengan orang-orang kafir, tetapi mereka dianiaya dan ditindas, dan fight aand war, …tidak boleh dibiarkan,…kita sanggup mati syahid,”tambahnya.

SEMANGAT JIHAD

Pada masa ini, di mana-mana sahaja, di seluruh dunia, ada beribu-ribu dari umat Islama bersemangat sebagai Osama bin Laden, semangat Jihad dan semangat perang sabilul Lah (holy war) terhadap musuh-musuh Islam. Orang-orang Amerika Syuarikat, Britain, Australia dan kuncu-kuncu mereka tidak selamat sampai bila-bila selagi mereka meneruskan perbuatan memerangi dan menindas umat Islam.

Seorang bekas orang penting Agensi Perisikan Pusat (CIA), Michael Scheuer mengakui akan peranan kejihadan Osama bin Laden seperti berita berikut ini:

Washington 15, Nov. – Seorang bekas penganalisis Agensi Perissikan Pusat (CIA) tampil bauat kali pertama menytakan Amerika Syarikat perlu menghormati Osama bin Laden sebagai musuh, jika tidak ramai lagi rakyat Ameriak akan terbunuh.

“Sehinggalah kita menghormatinya,kita akan mati beramai-ramai dan ini sesuatu yang sepatutnya tidak berlaku,”kata bekas penganalisis CIA, Machael Scheuer dalam rancangan CBVS ‘60’ minutes’ semalam.

Scheuer bercakap buat kali pertama tanpa nama samaran sebgai peganrang buku Inperial Hubris: ‘Why rhe west is Losing the war on terror’yang menggemparkan Washington beberapa bulan lalu.

Schefuer menulis buku itu atas kebenran CIA dengan menggunakana nama samaran.

Beliau mendedahkan indentitinya selepas meletakkan jawatan pada Jumaat lalu.

Osama seorang tokoh besar daqlamertikata dia telah mempengaruhi perjalanan sejarah,kata Scheuer.

“Saya berpendapat para pemimpin kita dalam sepuluha tahun lalu telah mengtanaiaayai rakyat Amerika kerana merekaterus menggambarkan Osama sebagai seorang samseng dan penjenayah biasa,”katanya sambil menyifatkan Osama sebagai musuh yang resional dan bukan calang- calang orang.

Scheuer telah menjejaki Osama sejak pertengahan thaun 1980-an dan dari 1996

hingga 1999 dengan mengetuai unit Osama bin Laden di CIA.

Unit itu ialah satu-satunya unit di CIA yang dikhaskan untuk

Bagaimanapun beliau dikeluarkan dari unit itu kerana terlalu kuat mendesak agar sesuatu dilakukan untuk menangkap Osama,dakwa Scheuer.

Selepas serangan 11 September 2001,Scheuer dilantik sebagai penasihat khas kepada ketua baru unit Osama.

Beliau memberitahu CBS,Osamam kini semakin berbahaya kerana dia boleh menggunakan senjata nuclear jika dia memilkinya kerana dia telah mendapat mendapat fatwa untuk membuat demikian.

“Osama memperolehi satu fatwa panjang lebar daripada seorang ulama Saudi mengenai kemungkinan menggunakan senjata nuclear terhadapa rakyat Amerika,”kata beliau.

“Menurut fatwa itu, dia berhak untuk menggunakan senjata demikian. Umat Islam

berhujah AS bertanggungjawab membunuh berjuta-juta orang Islam di seluruh dunia, maka berjuta-juta rakyat Amerika boleh dibunuh sebagai balasan, Kata Scheuer.[12]

BANGSA BERSATU

Berhubungan dengan penindasan dan kekejaman terhadap umat Islam, di seluruh dunia, pada masa Dar Abdullah Badawi menjawat jawatan Menteri Hal Ehwal Luar Negara Malaysia, telah berucap mengenai Bosnia-Harzegovina, di gedong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,New York, pada 27 April 1994..Berikut ini ialah sedutan dari ucapan tersebut:

“Saya telah diwakilkan oleh Kerajaan Malaysia ekoran daripada keputusan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untujk dating ke New York besama-sama dengan rakan sejawat dari Negara-negara OIC yang lain untuk merakamkan dengan jelas betapa hampa vdan dukacitanya Kerajaan Malaysia melihat bagaimana keadaan di Bosnia – Herzegivina menjdi semakin genting dan meleset.

Rakyat Malaysia, Kerajaan dan Parlimennya tidak dapat memahami sama sekali bagaimana PBB dan Majlis Keselamatan yang mewakilki masyarakat sejagat,tidak dapat bertindak dengan berkesan untuk mnghentikan tindakan-tindakan ganas dan tidak berperikemanusiaan pihak Serb terhadap rakya Bosnia.

200,000 rakayat Bosnia telah terkorban, ribuan wanitanya telah dicabul

Dicabul kehormatan,kehilangan harta benda sejak pihak Serb bermahara-

jalela dan kegaanasan dua tahun yang lalu.

Merujuk kepada peristiwa yang menimpa Gorzde, kami sama sekali berasa amat kecewa terhadap reaksi yang lemah dan dingin oleh PBB dan Majlis Keselamatan ini. Kami berasa amat dukacita dan hampa atas ketidakupayaan Majlis ini, Setiausaha Agong PBB dan NATO mencapai kesdefahaman dalam mengambil langkah yang tegas dan berkesan.

….di Malaysia rakyatnya mempersoalkan peranan sebenar kuasa-kuasa besar dan juga tindakan yang diambil oleh Setiausaha Agung PBB serta pegawai-pegawainya.Kekecewaan ini bukan sahaja dirasai di Malaysia bahkan di mana-mana sahaja. Sentimen ini juga jelas ketara di Negara ini (Amerika Syarikat) di mana media- massa telah menonjolkan kebimbangan rakyatnya terhadap tindak-tanduk pihak Serb yang mencabar kewibawaan serta kredibiliti PBB. Keadaan ini telah menjejaskan penghormatan dan kewibawaan Setiausaha Agungnya sendiri.

Rakyat Malaysia masih ingat dengan tindakan bersama yang tegas yang diambil oleh Majlis Keselamatan dan kuasa-kuasa besar semasa Perang Teluk tidak lama dulu.Pada ketika itu kuasa-kuasa besar, berpandukan kepada kepentingan Negara mereka, cukup bersedia dan ghairah untuk bertindak walaupun melebihi apa yang dimandatkan oleh Majlis Keselamatan. Pada masa itu tidak

pernah pula timbul proses membuat keputusan yang berbelit dan menyukarkan seperti mana halnya dengan isu Bosnia-Herzegovina.

Selepas pembunuhana di Sarajevo, keadeaan sedang berlaku di Gorazde. 700 orang telah terbunuh, lebih 2,000 orang cedera dan 20,000 orang yang lain telah kehilangan tempat tinggal. Namun demikian tidak ada apa-apa tindakan yang diambil untuk mengelakkan peritiwa demikian berulang. Apakah sehingga kini belum mendegar apa-apa pengajaran daripada tragedi yang menimpa Bosnia? Di Combodia tidak silu-silu menuduh Khmer Rouge bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai rakyat Combodia. Kenapakan kita membisu terehadap pengganas Serb? Antara perkara-perkara yang terakhir mendiang Presiden Nixon, “Bosnia-Hezegovina tidak akan mengalami nasib sedemikian kiranaya mangsa-mangsanya bukan orang-orang Islam tetapi orang-orang Kristian ataupun Yahudi.”[13]

Boleh kita berkongsi keyakinan bersama; sekiranya orang-orang Yahudi, Kristian, Budha dan lainnya masih meneruskan penganiayaan, menindas dan memerangi umat Islam – dengan tujuan menjajah, menghapuskan umat Islam dan agama Islam - , dalam masa yang singkat seluruh dunia akan menjadi hutan rimba tempat gurila-gurila yang terdiri dari orang-orang Islam yang ‘jihad’ memerangi musuh-musuh umat Islam.

Orang-orang yang berjuang pada jalan Allah – bukan bunuh diri -, dengan apa cara dan senjata yang mereka gunakan, hatta diri mereka sendiri terbunuh,mereka berpandukan firman-firman Allah yang maksudnya seperti berikut ini:

Jangan kamu anggap mati orang-orang yang terbunuh pada sabilullah (perang pada jalan Allah)! Tidak! Mereka hidup, mereka mendapat rezeki dari sisi Allah.

Ali Imran: 169

Dan perangilahn mereka sehingga tidak ada fitnah (kekejaman atau kejahatan dimuka bumi).

Al Anfal:39

Dan orang-orang yang beriman berpindah dan berjuang (berperang) pada jalan Allah,dan orang-orang yang memberi tempat perlindungan (kepada orang-orang yang berpindah) dan memberi pertolongan; itulah orang-orang yang sebenar beriman; mereka beroleh ampun dan rezeki yang berharga.

Al Anfal: 74.

Hai Nabi! Perangilah orang-orang kafir dan orang-orang munafiq itu,dan bersikap keraslah kepada mereka. Dan tempat mereka ialah di neraka jahannam,dan buruklah kesudahan mereka.

At Taubah:73

OSAMA LADEN

Sekarang pun orang-orang Yahudi, Amerika Syarikat, Britain, Australia (Kristian) Rusia dan mereka yang tidak bertuhan, yang telah menganiayai orang-orang Islam, terasa keamanan mereka tergugat. Di mana-mana ada musuh mereka. Di setiap Bandar dan desa, rimba raya dan lautan ada orang-orang Osama Laden. Ketakutan dan ketidak-amanan mereka itu disebabkan pemimpin-pemimpin mereka tidak mempunyai perasaan damai sesama manusia atau tidak berperikemanusiaan.

“Paling penting dan segera, kita perlu mencari jalan untuk membolehkan PBB menjalanakan tanggungjawabnya dalam menangani masalah keganasan antarabangsa. Malaysia yakin, usaha membenteras keganasan tidak boleh berjaya dengan mengharapkan pihak keselamatan sahaja.

Bagi menjayakan usaha tersebut, kita perlu memperlihatkan

usahayang murni dan berpegang kepada kepercayaan yang

baik dalam menangani isu keganasan hingga ke akar umbi.

Salah satu sebab jelas yang menggagalkan usaha tersebut ialah masih ada lagi golongan yang berjuang untuk kemerdekaan demi mendapatkan sebuah negara yang berdaulat. Bagi mendapatkan jawapannya, kita perlu meningkatkan dialog dan mengelak daripada bersikap prejudis dan pemikiran cetek yang bersandarkan peristiwa 11 September 2001 dan menjadi penggalak kepada beberapa peristiwa selepasa itu. PBB jelas merupakan forum terbaik bagi mengadakan sebuah dialog tanpa

sebarang niat jahat dengan matlamat untuk menegakkan keamanan di antara negara-negara anggota dan menjalinkan persahabatan di kalangan masyarakat antarabangsa.

…perbuatan memandang rendah dunia Islam dengan streotaip tertentu perlu dihentikan daripada melebelkan Islam dengan keganasan, kemiskinan dan pandangan rendah.

Hakikatnya, kesemua masalah itu tidak ada kena mengena dengan Islam dan masalah tersebut juga tidak hanya membelenggu masyarakat Islam. Kita perlu menjelaskan kekeliruan dalam mengaitkan masalah yang dihadapi oleh negara-negara Islam tertentu dengan agama,iaitu Islam.

…kita mesti mencari jalan penyelesaian yang adil dan komprehensif bagi masalah Palestin. Kita mesti membenarkan PBB mengambil peranan utama untuk menstabilkan keadaan di Iraq. Kita mesti tegas dan serius

menangani keganasan antarabangsa.”[14]

“Saya bercakap sebagai Perdana Menteri sebuah negara yang berbilang agama di mana majoritinya adalah penganut agama Islam, Dengan rahmat dari Allah, negara saya hari ini aman, setabil, demokratik dan pesat membangun. Rakayat berbilang agama – Islam, Budha, Kristian, Hindu dan lain-lain – hidup dengan aman dan harmoni, saling hormat menghormati dan toleransi di antara satu sama lain.

…dunia Islam telah berhadapan dengan pelbagai cabaran sejak 15 abad kewujudannya. Seperti Yahudi dan Kristian

yang mempunyai susur galur yang sama, Islam lahir di tengah-tengah penentangan. Ia berjaya mengatasinya dan Islam kemudiannya menjadi salah satu agama utama di dunia.

…saya telah memberi gambaran keadaan malang yang membelenggu dunia Islam. Inilah realiti dan lebih daripada relaiti tersebut ialah orde global yang menjadikan kita lebih menderita. Saya bersedia untuk mengkritik diri sendiri tapi ia juga perlu melibatkan apa yang saya rasakan sebagai penafian kepada penghormatan manusia, keadilan, hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa yang telah memberi kesan langsung kepada dunia Islam.

Ya, kita patut menyelahkan diri sendiri tetapi ia tidak bermakna polisi yang menindas, menghapus dan menghina berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia boleh diterima.

Terdapat berbagai bentuk penindasan, bagaimana pun yang paling jelas dan menjadi perbincangan semua umat Islam

ialah Palestin.Tanah mereka dirampas melalui deklarasi Balfour yang secara tepat disifatkan sebagai satu janji oleh sebuah negara untuk memberikan satu bangsa sebuah negara yang demiliki oleh bangsa lain.”[15]

TAKUT MATI

Seperti yang kita telah faham, bahawa agama Islam mengajar supaya mengutamakan perdamaian dan keamanan, tetapi kalau terpaksa ,maka umatnya sanggup berjihad dan orang-orang yang berjihad tidak takut mati, kerana mati mereka amat tinggi nilainya di sisi Allah.

Sesuai dengan Malaysia Negara Islam Hadhari, maka rakyatnya yang terdiri dari semua kaum dan keturunan, berlainan agama dan duduk dalam berbagai-bagai parti politik menyanjung falsafah perpaduan kaum, ummah dan hubungan sesama manusia.

Walaupun perpaduan menjadi ‘asas hak’ rakyat Malaysia, tetapi perepaduan tidak pula boleh dijadikan senjata untuk menghapuskan bangsa Melayu – Islam, seperti penghapusan yang telah dilakukan oleh orang-orang Yahudi, Kristian, Majusi, Hindu, ajaran Budha dan yang tidak beragama terhadap bangsa-bangsa di beberapa kawasan dunia.

Perpaduan dalam Negara Islam Hadhari, adalah bergantung kepada nilai moral atau budi orang Melayu- Islam yang menghormati kaum-kaum lain dan kaum-kaum lain menghormati orang Melayu -Islam. Perhatikan pendapat pemimpin dan pejuang kemerdekaan Negara, bekas Yang Dipertua Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM),Allahyarham Dr Buhanuddin Helmi,iaitu:

‘Dasar kejujuran,kebangsaan Melayu dari dahulu kala lagi terhadap orang-orang pendatang, walau dari apa bangsa sekalipun adalah baik, ramah tamah, hormat, pemurah, suka menolong dan tidak ada menyangka jahat. Mereka suka menerima dagang santri datang. Tetapi sedikit sekali mereka pergi atau suka pergi merantau di negeri atau berdagang keluar negeri di luar kawasan yang berbangsa Melayu.

Kebaikan dan kejujuran bangsa Melayu itu berdasarkan kemanusiaan, perikemanusiaan dan tabiat semula jadi, walaupun bangsa-bangsa dagang itu ada yang didapati berlaku serong atau menggunting dalam lipatan terhadap masyarakat bangsa Melayu, begitupun mereka terus berpegang kepada adat istiadat resam dan budi pekerti Melayu yang berlemah lembut itu, seperti dengan mengatakan: “Tidak mengapa”, “Tak tahu adat” atau jika orang berkasar lagi: Dengan menarik diri atau merajuk. Dan jika ia hendak berputus sekalipun sedapat-dapatnya dengan cara berlemah lembut juga seperti pepatahnya – “menarik rambut dalam tepung, rambut panjang panjang jangan putus tepung jangan berserak.

Lemah lembut, sopan santun dan sifat beralas bangsa Melayu itu bukanlah menafikan mereka tidak bertulang. Tidak keras dan tidak berani, kerana sebenarnya dalam tabiat lemah lembut itu telah terkenal umum, bahkan keseluruhan dunia bahawa bangsa Melayu itu, ada bertabiat mengamuk, yang tiada tolok bandingnya di antara bangsa-bangsa di dunia, iaitu misalnya jika bangsa Jepun terkenal dengan harakirinya,maka bagi bangsa Melayu terkenal dengan amuknya.”[16]

ORANG ISLAM

Sepanjang masa perjuangannya, Dr Burhanuddin Al Helmy sering menyuarakan cita-caita dan harapannya, ‘Islam menjadi agama rasmi dalam erti kata yang betul pada ajaran-ajaran al Qurana dan Sunnah nubuwwah.” Kerana memperjuangkan cita-citanya itulah, maka Allhyarham dimusuhi oleh musuh-musuh Islam, termasuk orang Islam yang beribadat kepada Allah, tetapi mengamalkan sekular Kristian atau

Yahudi dan agama-agam lain.Semua umat Islam di Malaysia berharap perjuangan suci pejuang bangsa Melayu itu dimakbulkan oleh Allah.

Setelah menempuh perjalanan yang panjang, mengutip atau memungut masa yang lama, maka Malaysia telah ditakdirkan oleh Allah menjadi sebuah Negara Islam dan Islam Hadhari sisfatnya.

“Bangsa-bangsa di dunia ini hendaklah dengan sendirinya terarah supaya hormat menghormati hak masing-masing. Kalau ada bangsa lain yang telah diakui menjadi warganegara sesuatu bangsa kerana lamanya mereka berdiam dan tinggal di negara bangsa lain itu, maka janganlah hendaknya mereka melampaui batas kewarganegaraannya.”[17]

Doktrin atau pengajaran Dr Burhanuddin Al Helmy itu bersifat unversil atau global.Kalau penduduk-penduduk dunia ini berpindah randah ke sesebuah negara orang lain kerana mencari makan dan sebagainya, jika mereka menghoramti penduduk-penduduk asal negara itu dan tidak bersikap ‘gunting dalam lipatan’ atau ‘ telunjuk lurus kelingking berkait’, maka mereka tidak dibenci atau dimushi oleh rakyat asal negara tersebut.

Catatan: Dr Burhanauddin Al Helmy memasuki PAS pada 14 Disember 1956 dan pada 25 Disember 1956 telah dipilih menjadi Yang Dipertua Agung PAS hingga 22 September 1969. Saya mohon baca al Fatihan untuk aruah Allahyarham, Al Fatihah.

(MP)



[1] Dalam al Quran banyak temaktub ‘Syetan’, ertinya manusia jahat atua mungkar.

[2] At Tamrin:6

[3] Ar Rahman:60

[4] At Taubah:38,39.

[5] At Taubah:73

[6] Al Baqarah: 190, 191, 193, 194.

[7] Mokhtar Petah, 1995, FALSAFAH IBADAT UMRAH DAN HAJI, Kuala Lumpur, Mata Publication.

[8] Al Hujurat:13.

[9] Ali Imran:103

[10] Ali Imran :104.

[11] Utusan Malaysia,30 Nevember 2004,hl.1.

[12] AFP – Utusan Malaysia 16 November,2004.

[13] Ibid,177 – 179.

[14] Dr Abdullah Badawi berucap di Perhimpunan PBB ke 59 di New York, pada 27 September 2004 -

[15] Sedutan dari ucapan Dr Abdullah Badawi di Oxford Centre of Islamic Studies,Magdallen

College,University of Oxford,United Kingdom, pada 1 Oktober 2004.

[16] Kamarudin Jaffar, 1980,URHANUDDIN AL HELMY,POLITIK MELAYU DAN ISLAM,Kuala

Lumpur,Yayasan Anda Sdn.Bhd.,hl.117,118.

[17] Ibid:216.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.