Tuesday, January 13, 2009

GAPENA DAN BAHASA MELAYU

LUSUHKAN BAHASA MELAYU

KHIANATKAN KEMERDEKAAN BANGSA

Oleh: Mokhtar Petah

Jika berkata secara tegas dan agak ekstrem, maka langkah kerajaan dan Kementerian Pelajaran mengenepikan bahasa Melayu dan menggunakan bahasa pengantar dalam sabjek matematik dan sains dalam bahasa Inggeris, sebagai menghakiskan bahasa Melayu dan membunuh semangat dan maruah kemerdekaan bangsa Melayu.

Kerana menentang pewaris kerajaan yang menghapuskan bahasa Melayu, maka Gabungan Persatuan Penulis Nasionaal (GAPENA) telah memulakan hasrat akan mengheret Menteri Pelajaran ke muka pengadilan, agar langah itu dibatalkan.

Usaha menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kepada mata pelajaran matematiki dan sains ini dimulakan oleh kerajaan pimpinan Tun dr. Mahathir Mohamad dan diwarisi oleh kerajaan sekarang.

AHLI AKADAMIK

Langkah Gapena itu disokong oleh semua persatuan penulis seluruh Negara, para sarjana Melayu, golongan guru Melayu, badan - badan bukan kerajaan (NGO) dan para pengundi yang mempertahankan bahasa Melayu.

Profesor Datuk Ishak Haron, seorang ahli akademik mengatakan bahawa pelajaran Matematik elok diajar dalam bahasa ibunda. Bahasa Inggeris elok dipertinhgkatkan melalui pengajaran mata pelajaran Inggeris itu sendiri. – Profesor Dr, Rahman Shaari dalam Sinar hari ini.

Jika langkah seperti ber’telinga kuali’ oleh pihak kerajaan itu diteruskan, akibatnya akan menimpa parti politik yang menerajui Kerajaan Malaysia dan pembela bangsa Melayu, iaitu UMNO; pada pilihan raya umum akan datang parti tersebut bersama parti - parti rakannya akan lumpuh.

MENTERI PELAJARAN

Kenyataan Ketua satu Gapena, Prof. Ismail Hussein gabungan badan penulis Melayu itu akan mengheret Menteri Pelajaran, Datuk Sri Hishamuddin Tun Hussein ke muka pengadilan telah mendapat sokongan dari kalangan pencinta dan pendaulat bahasa Melayu di seluruh Negara.

Persatuan Penuis Nasional (PENA) – sebilanga besar ahlinya terdiri dari para sarjana, sasterawan, penulis, wartawan dan guru Melayu - , menerusi Presidennya, Baha Zain - Dato’ Baharuddin Zainal, menyokong penuh akan langkah yang akan diambil oleh Gapena itu.

Berikut ini dipetik percakapan Baha Zain dengan wartawan Siasah, NYZA AYOB yang disiarkan dalam surat khabar tersebut, 9 – 11 Januari lalu.

Beliau memberitahu, bahawa surat bantahan pelaksanaan PPSMI belum ada respons daripada pihak kerajaan dan system PPSMI diteruskan.

Kata Baha Zain:

“Persatuan – persatuan penulis akan bekerjasama dengan Gapena bagi mengambil tindakan berkenaan (menyaman Menterri Pelajaran). Sekrang ini nampaknya Gapena bukan sahaja mendapat sokongan badan gabungannya, tetapi NGO di luar gabungannya. Gapena sedang mengatur langkah untuk mengambil tindakan undang – undang.

Pada 15 Februari akan datang, Gapena akan mengadakan satu perhimpunan dan jika pada waktu itu kerajaan masih tidak memberi respons sewajarnya Gapena akan membuat laporan polis dan mengambil tinjdakan udnang – undang. Jadi, sebagai badan gabungan, Pena akan memberi kerjasama kepada Gapena.

Kita berharap langkah kita yang terakhir Berjaya setelah membuat banyak rayuan dan gesaan. Malagnya pihak Kementerian pendidikan seperti tidak mengetahui kehendak intelektual.

Kita telah mengadakan prlabgai foirum dan dialoq mengenai isu ini, termasuklah membuat rayuan. Sekarang ‘ bola’ itu di ‘kaki’ kerajaan dan pihak kerajaan mesti melakukan tindakan yang tegas.

Jadi kami sebagai gabungan penulis, menetapkan pendirian kita, yakni tidak mahu kerajaan membuat keputusan ‘ separuh –separuh’. Kerajaan mesti membatalkan PPSMI ini dan mengembalikana bahasa pengantar bagi subjek matematik dan sains dalam bahasa Melayu di sekolah rendah dan juga sekolah menengah.

Begitu juga dengan kehenak golonganc endekiawan dan NGO yang bersama – sama dengan perstuan penulis ini Kami mahukan pengajaran kedua – dua sabjek ini dikembalikan sebagaimana asal. Jika kerajaan memikirkan beberapa langkah untuk pengajarankedua-dua sabjek ini dalam bahasa Inggeris, ia tidak boleh diterima oleh persatuan – perasatuan penulis. Semua ingin ndikemablaikan sebagaimana sebelum ini.

Program ‘Himpunan 100 ribu Selamatkan Bahasa Melayu’ disepakati oleh Jawatankuasa Penitia, yang melibatkan antara lain Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Teras dan banyak lagi.

Jadi kami kalangan kaum penulis menyokong himpunan tersebut. Ia merupakan satu gerakan yang lain daripada yang dilakukan sebelum ini. Kami memberikan sokongan kepada perhimpunan ini.

Lebih banyak kumpulan yang menentang PPSMI ini, saya rasa ia lebih baik.”

SALING MENYOKONG

Menjawab pertanyaan, mungkin perhimpunan ini nanti merupakan kemuncak bantahan terhadap pelaksanaan PPSMI, “ …tidak semestinya. Kumpulan yang ingin menghantar memoransum kepada Yang Dipertuan Agong di Istana Negara merupakan satu kelompok dan perhimpunan pada 15 Februari anjuran Gapena adalah satu kelompok yang lain. Bagaimanapun kita saling sokong menyokong setiap bantahan yang dilakukan.

Sekarang kami persatuan penulis dalam peringkat merayu kepada kerajaan agar menghentikan PPSMI ini. Tetapi kami akan membuat keputusan terakahir pada perhimpunan 15 Februari ini. Pada perhimpunan ini Gapena akan menganjurkan pembacaan puisi selama satu atau dua hari.”

UMNO sebagai parti politik orang Melayu dan berjuang untuk menegakkan keadulatan adan ketuanan Melayu, jika membiarkan menteri atau mereka dalam kerajaan melaksanakan PPSMI ini, maka bahayanya akan menimpa parti itu sendiri.

CARI PELUANG

Elok saya dedahkan percakapan (tak boleh siar atau dedah) Timbalan Menteri Pelajaran, Allah yarham Datuk Razali Ismail dengan saya, di bilik rehat ahli Parlimen, kira - kira dua minggu sebelum beliau meningga dunia.

Katanya, “ saya tak setuju bahasa Inggeris jadi bahasa pengantar subjek matematik dan sains di sekolah rendah dan menengah …, tapi apa boleh buat, menteri yang nak …, dia yang berkeras nakkan bahasa pengantar Inggeris.”

“Semua orang di kementerian tau …, Datuk terpengaruh dengan Timbalan Menteri (orang Cina) di kementerian …, saya nampak dia (timbalan menteri) cari peluang untuk rendahkan bahasa Melayu ...,” katanya lagi.

“ … dia macam paksa, guru Melayu tak boleh mengajar bahasa Melayu di semua sekolah Cina …, kalau dah begitu, bahasa Melayu akan jadi bahasa pasarlah …, tak ada mutu …,” jelasnya.

“Kalau menteri tak tunduk kepada timbalannya …, dengar nasihat atau pandangan pegawai – pegawai Melayu di kementerian, tentulah tak jadi macam tu …, saya harap ada pihak luar yang boleh mengatasi masalah itu …,” jelasnya lagi.

ORANG MELAYU

Mungkin baik saya utarakan, jika Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, para menteri dan pegawai kerajaan yang berusaha meningkatkan bahasa Inggeris dan menjadikan bahasa Melayu lusuh dan terhakis, maka mereka adalah khianat kepada kemerdekaan dan orang Melayu.

‘Bahasa menunjukan bangsa’ atau ‘bahasa jiwa bangsa’. Maka, kalau bahasa Melayu terhapus dan bahasa Inggeris didaulatkan, tentulah bangsa Melayu tidak boleh diterima sebagai bangsa ketuanan lagi. Ia hanya bangsa kehambaan cuma.

Jika orang Melayu yang telah merdeka lebih empat puluh tahun masih memuja bahasa Inggeris dan mengenapikan bahasa ibunda sendiri, saya kira kita belum merdeka secara hakiki atau hanya tubuh merdeka tetapi jiwa di perinkat hamba.

Percayalah, UMNO yang tidak berminatkan Negara Islam dan ditambahkan pula dengan kerajaannya mengangkat bahasa Inggeris dan melusuhkan bahasa Melayu, pada pilihan raya umum akan datang, golonga muda Melayu yang berpelajaran tinggi dan cintakan Negara Islam dan bahasa Melayu tidak akan menyebelahi parti tersebut lagi.

Secara muktamad; UMNO akan lumpuh dan berkubur, jika ia terus menolak Negara Islam (anti hudud) dan melusuhkan bahasa Melayu.

(Tamat).

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.