Friday, January 30, 2009

FATWA

PROSES PENGELUARAN FATWA

[Ramai dari umat Islam di Malaysia yang tidak mengetahui secara tepat akan fatwa yang dikuat kuasakan oleh kerajaan. Proses pengeuaran fartua.Ada negeri yang tidak segera menerimanya. Berikut ini kami menyiarkan artikekl mengenai ‘fatwa semasa’ dari majalah Suara Masjid, bilangan 62, tahun 8, Januari 2008, halaman 14,15, diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kami berharap orang ramai akan dapat memahaminya setelah membacanya. – Editor, Petah Shahrir Aidid.]


A - Melalui Arahan Mesyuarat Majlis Raja - Raja

Proses pengeluaran fatwa ini bermula apabila Mesyuarat Majlis Raja -Raja menitahkan supaya Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa tentang sesuatu isu yang timbul dalam mesyuarat. Setelah JKF bersidang dan bersetuju

mengeluarkan fatwa makafatwa berkenaan akan dirafakkan kepada Mesyuarat Majlis Raja - Raja Melalui MKI. Fatwa yang telah diterima oleh Majlis Raja - Raja tersebut akan dibawa kepda pihak berkusa Agama Islam Negeri tanpa boleh dipinda dan seterusnya akan diwartakan oleh negeri berkenaan. Antara fatwa yang pernah dikeluarkan melalui proses ini adalah fatwa Pengharaman Pertubuhan Al - Arqam, isu Kafit Mengkafir dn isu Penggunaan Nama isu Penggunaan Nama Islam dalam Pertubuhan.


B - Tanpa Arahan Mesyuarat Majlis Raja – Raja

Proses pengeluaran fatwa inhi adalah melalui permohonan orang awam, agensi kerajaan, swastas, pertubuhan dan sebagainya. Isu – isu yang dikemukakan tersebut akan dikaji dengan terperinci terlebih dahulu oleh Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan seterusnya akan dikemukakan kertas kajian fatwa yang dibuat dua buah panel, iaitu Panel Kajian Syariah (PKS) dan Panel Kajian Akidah (PKA). Kedua – dua panel tersebut terdiri daripada beberapa orang mufti dan ahli akandemik Institut Pengajian Tinggi Awam merupakan lantikan JAKIM secara pentadbiran.

Di samping itu, pengerusi kedua – dua panel yang dilantik ini adalah dari kalangan ahli JKF. Mungkin amalan semasa, isu - isu berkaitan syariah akan dikemukakan kepada Masyuarat PKS manakala permsalahan berkaitan akidah dan pemikiran akan dibentangkan di dalam Mesyuarat PKA.setelah kertas fatwa yang disediakan oleh Bahagian Penyeidikan JAKIM ini dibahaskan secara mendalam di peringkatr kdua – dua panel tersebut, selepsa iu akan dibentangkan pula di dalam MJKF ungtuk diputuskan sesuatu keputusan hukum.

Keputussn hokum yang diputuskan oleh MJKF ini akandibawa ke Jawatankuasa Fatwa/ Perujding Hukum Syarak Negeri – negeri dan ngeri booleh menolak, meminda keputusan tersebut atau menerimanya tanpa pindaan. Antaea keputusan yang diputuskankan oleh MJKF adalah Hukum Peraduan SMS, Hukum Orang Islam Mnegucapkan Tahniah dana Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam, Pelaksanaan Ibadah di International Space Station (ISS), Hukum Melantik Wanita Sebagai Hakim Syari’e, Hukum Penggunaan Ayat – ayat Suci Al Quran dan LaungIan Azan Dalam Nada Dering Dan Paparan Skrin Di Dalam Telelfon Bimbit. Hukum Ke atas Produk Investment Link Menurut Islam, Hukum Pemutual Fund, Pelaburan Ke Atas Syarikat Swiss Cash, Hukum Pengklonan Tarapeutik dan Penyekidikanh Sel Stem (stem cell), Heamophilia Dan Kanak – Kanak Cacat Akal, Hukum Pelaksanaan Ibadah bagi Pesakit Yang Menggunakan Beg Kolostomi, Hukum

Menggunakan Kaedah Ibu Tumpanhg (Surrogate Motherhood) Untuk Mendapatkan Zuriat, Hukumj Membangunkan Tanah Wakaf Khas Dengan Pembangunan Selain Daripada Niat Asal Pewakaf dan sebagainya.

Pewartaan Fatwa dan Bidangkuasa Negeri

Jaduan Kesembilan Senarai II, Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa urusan hal ehwal agama Islam berkaitan dengan orang Islam trletak di bawah bidang kuasa negeri -negeri.

Fatwa adalah merupakan salah satu pekara berkaitan agama Islam yang menjadi urusan dan tanggungjawab negeri - negeri. Sehubungan itu, negeri - negeri adalah bertanggungjawab mengdakan peraturan - peraturan dan undang - undang mengenai fatwa di negeri masing - masiang supaya pentdbiran agama Islam dan fatwa dapat dilaksanakan dan dikuatkuasakan dengan sah di negeri tersebut.sama ada di peringkat JKF atau MJKF belum lagi mempunyai kuasa sehinggalah diwartakan di peringkat negeri. Cuma yang berbeza ialah keputusan fatwa JKF perlu diikuti dan dilaksanakan (diwartakan) oleh pihak berkusa agama Islam Negeri tanpa sebarang pindaan, manakala keputusan fatwa yang diputuskan oleh MJKF pula boleh dibincang, diterima, dipinda atau ditolak oleh pihak berkusa Agama Islam Negeri.

Kesimpulan

Pengurusan institute fatwa dan pelaksanaannya di Malaysia mempunyai kaedah dan sistem yang tersusun sejajar dengan keperluan dan tuntutan masyarakat Islam (pada) masa kini. Kaedah ini dilihat sebagai sebagai antara usaha alim ulama di Negara ini memandu dan membantu umat Islam menghayati tuntutan syarak dengan baik.

Adalah penting untukkita memahamii bahawa system pengeluran fatwa di Negara ini adalah dilakukan secara prbincangsan di kalangan para mufti dan cendekiawan Islam dengan merujuk kepada kaedah pengeluaran fatwa.

(Tamat)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.