Sunday, January 18, 2009

CERPEN

CINTA KE HUJUNG HAYAT

Oleh: Mokhtar Petah

Bukit Kayu Hitam.

Pekan kecil di sempadan Malaysia - Thailand itu resah dalam warna petang berkat. Hujan renyai - renyai . Airnya laksana air mata umat mukmin yang menangis sedih kerana kaum kerabat mereka disiksa dan dibunuh musuh-musuh umat Islam; askar Budha macam Yahudi membunuh umat Islam Palestin.

Mat Itam, berusia 80 tahun. Kepalanya tandus, laksana sebuah padang dahaga air hujan. Dua biji mata tuanya bercahaya dari sinaran hatinya yang muda. Perasaannya muda. Semangatnya muda. Dia merenung tajam ke arah teksi yang sedang merayap menuju ke arahnya.

“Hanim …, mai,” suara hatinya.

“Hanim, sayang,” suara hatinya yang setia.

“Hanim …” terluah nama gadis itu dari mulutnya.

Semua orang di Bukit Kayu Hitam kenal Mat Itam. Bomoh aneka penyakit. Ramai orang sakit diubatinya dengan jampinya. Mentera jampinya ayat - ayat Quran. Siapa yang yakin pada Tuhan, tawakal kukuh iman, sakitnya sembuh. Bukan Mat Itam yang menyembuhkan, tetapi Tuhan yang berkuasa.

PENYAKIT CAINTA

Dua jenis penyakit tidak terdaya Mat Itam mengubatinya. Dia tidak sanggup; Penyakit cinta dan mati.

Mat Itam tidak menggunakan kuasa hantu, pelesit, bajang, penunggu dan suku sakat jin kafir untuk mengubat penyakit. Semua makhluk berasal dari api itu musuh Tuhan. Dia memusuhi semua jenis musuh Tuhan.

“Aku musuh setan …, dia tipu nenek aku Hawa, datuk aku, Adam di syurga dulu …,” Mat Itam berkata kepada kawan - kawannya.

Siapa jadi musuh setan, dia oghang kuat. Gagah. Handal. Mat Itam musuh syaitan. Kuat. Gagah. Handal. Sebagai musuh syaitan, Mat Itam amat rapat dengan Tuhan. Dia tidak pernah meninggalkan sembahyang fardu. Tidak pernah cuai berpuas pada bulan Ramadan. Zakat dijelaskan. Hanya manunaikan fardu haji yang belum lagi.

Entahkan sangaja dilakukan atau memang Mat Itam diciptakan Tuhan begitu. Tiada siapa yang mengetahui. Semua orang di tempatnya sampai ke wilayah Selatan Siam tahu akan watak atau perangai Mat Itam. Kadang- kadang dia nampak cerdek dan bijak. Ada ketikanya pula dia kelihatan seperti orang bodoh.

PERHIASAN DIRINYA

Sejak zaman kanak - kanak hingga kepada hari - hari isteri dan dua anak lelakinya masih hidu, dia seorang lelaki yang periang. Senyuman jadi perhiasan dirinya. Gelak dan tawanya menghiburkan rakan - rakannya.

Watak Mat Itam telah begitu jadinya semenjak isteri dan dua orng anak lelakinya dibunuh oleh askar Siam, di Danok, pada lima tahu lalu. Mereka dibunuh bersama beberapa orang Melayu di sana. Askar Budha menyangka mereka itu menyertai gerila Islam yang berjuang membebaskan wilayah yang dijajah Siam itu.

Semenjak isteri dan anak - anaknya meninggalkannya, Mat Itam hidup berkelana. Dia sering bertanya kepada orang - orang di sana; mengapa kerajaan di sebelah sini tidak membantu umat Islam di sana.

“ …orang sibuk dengan Pelestin, wilayah ni pun macam tu juga …, tapi depa tak bantu pun …, depa macam tak ambil tau …” katanya kepada rakannya, pencari kayu gaharu dalam rimba, Mat Kedah.

“Hang taulah, ghamai oghang kita dah buta mata hati, depat ingat wailayah selatan ni hak tok nenek oghang Siam …,” sahut Mat Kedah. Ketawa. Giginya yang sebatang, berkara bagaikan sebatang turus di tengah tasik.

“Kalau macam tu, buta sejagahla …,” kata Mat Itam.

“ …aku dah kata, ghamai pemuda pemudi kita la ni buta sejaghah bangsa sendighi …,” sambut Mat Kedah.

Mereka ketawa.

SELENDANG BIRU

Sambil membaca tulisan atas secebis kertas,‘minumlah air tea hijau untuk melangsingkan badan’, Mat Itam duduk besandar pada dinding bangunan Pusat Bebas Cuka itu. Dia sedang menunggu sebuah kereta teksi yang akan datang dari Sintok.

Sebentar kemudian, sebuah kereta teksi tua berhenti di hadapa Mat Itam. Seorang gadis manis, kepalanya berbungkus dalam selendang biru,baju kebaya dan kain sarung biru juga, keluar dari teksi itu. Wajahnya berbunga senyuman. Dua puntung tangannya yang lembut bersatu dengan dua puntung tangan Mat Itam. Tangan tua itu diciumnya. Penoh hormat. Melimpah ruah kasih sayang.

Teksi pergi meninggalkan mereka di situ.

“ …dah lama abang tunggu?” Hanim bertanya kepada kekasihnya.

“ … adala seteghah jam …, tunggu Hanim tiba, ghasa macam sebulan,” jawab Mat Itam.

Hanim senyum. Hatinya mengaku; rindunya dan rindu kekadsinya sama.

Tangan Hanim masih dipegang mesra.

“ Nim, mai kita makan dulu …,”kata Mat Itam.

“Ia, abang, Hanim lapar ni…, lepas kuliah tadi Hanim minum air masak aja,” kata Hanim sambil melangkah mengiringi keksihnya.

“Ialah …, Nim makan kenyang - kenyang …,”kata Matg Itam.

Hanim membelitkan lengan kanannya k pinggang Mat Itam.

“Lepas makan, kita tumpang teksi, pi ke Danok …, kita tuduk di chalet dekat ayak teghejun …,” kata Mata Itam.

“Tempat duluka, abang?” Hani bertanya.

“Tak …, jauh sisik …, dekat air terjun…,”jawab Matg Itam.

Jari jemari Hanim mengusik - usik kulit pinggang kekasihnya.

Mat Itam bukan seorng penggeli. Dia rasa mesra kekasihnya buat begitu.

“Berapa hari kita di sana, abang?” Hani bertanya.

“ … dua hari …, “jawab Mat Hitam.

“Hee, seronoknya …,” suara Hanim manja.

Pada ketika itu Hanim terasa dirinya bersama kekasih terlonjak dalam awan dan turun ke dalam sebuah taman syurga entah di mana.

“Hanim cuti kan?” Tanya Mat Itam.

“ …ia cuti … , seminggu,”jawab Hani.

SEPASANG KEKASIH

Mereka masuk ke sebuah warong. Dalam warong itulah mereka sering berjumpa. Makan minum.

Universiti tempat Hani belajar tidak jauh dari Bukit Kayu Hitam. Pada tiap – tiap hari Sabtu atau Jumaat Hanim datang berjumpa kekasihnya di situ.Kadang – kadang mereka menyeberang ke Danok.

Semenjak mereka menjadi sepasang kekasih kira - kira setahun lalu, mereka sering melancong ke Danok. Di sama mereka menginap dalam beberapa buah chalet di tempat rehat para pelancong. Dalam chalet dalam rimba yang nyaman udaranya itu, Hanim membuat kerjanya. Menulis hasil penyelidikan dan kajiannya dalam bidang ilmu kemasyarakatan.

Hanim anak kepada bekas pegawai sebuah Jabatan kerajaan di Selangor. Bapanya telah bersara tigha tahun lalu. Kini pesara itu tinggal dengan isterinya, di Kelang.

WANITA MELAYU

Ibu Hanim, guru Sekolah Rendah Kerajaan telah meninggal dunia, dua puluh tahun yang lalu.Hanis satu- satu anaknya yang menyambung sifat dan watak wanita Melayu.

Kadang - kadang Hanim menilaikan dirinya sendiri. Entah mengapa dia mencintai Mat Itam yang elah tua itu. Lelaki itu lebih tua dari bapanya. Mengapa pula Mat Itam mencintai dirinya. Sedangkan dia lebih muda dari anak lelakinya yang tekah meninggal dunia kerana dibunuh asskar Siam.

“Jodoh, pertemuan, tanah kubu dan mati di tngan Tuhan’ . Hanim akur akan kata- kata kksihnya yang tua itu.

Percitaan Hanim dengan Mat Itam bukanlah cintai kali pertama. Dua tahun yang lalu Hanim bercinta dengan pemuda Melayu, di Kuala Lumpur.Cinta mereka rapuh macamdaham mempelam. Hanya lima bulan mereka sama –sama bernang dalam tasik cintaan. Tuhan dengan takdir – Nya; cinta mereka sekah. Patah. Putus.

TASIK CINTA

Sebelum Hanim mengadun cintanya dengan Mat Itam, dia telah hamper-hampir tercampak ke dalam tasik cinta dengan lelaki suami orang. Dia lekas sedar. Perhubungan mereka putus. Bagaikan putusnya tali layang - layang.

Sebaik- baik sahaja lepas makan, Mat Itam dan Hanim telah menumpang sebuah teksi dan menyeebrang sempadan Slatan Thailand – Malaysia, di Bukitg Kayu hitam dan masuk ke Danok. Pemandu teksi itu, Dolah Dabus menyangka Hanim anak kepada Mat Itam. Tidak terfikir oleh Mat Dabus yang Mat Itam yang telah tua bangka itu masih bercinta dengan gadis yang sebaya dengan cucu bungsunya.

Seperti setiap kali mereka tinggal dalam chalet di Danok, mereka tidur dalam bilik yang berasingan. Mat Itam tidak mahu terlajak perahu. Hani juga tidak mahu kumbang tua menyerinya.

“Kita ni bercinta saja, tau, tak lebih…,” kata Mat Itamkepada Hanim.

Hanim mengangguk. Diam.

“Kita dah janji kan …, kita tak akan kahwin …, kita bercinta saja..., cinta kita ke hujung hayat kita …,” kata Mat Itam pada hari pertama mereka menginap dalam chalet di Danok.

Hanim mengangguk.

SUAMI ISTERI

Setiap kali mereka datang ke Danok, Mat Itam mengulangi perkataannya begitu. Tetapi hati Hanim lain pula. Dia tidak rela begitu. Dia mahu cintanya dengan Mat Itam, cinta yang membawa mereka kepada bergelar suami isteri. Kerana cinta mereka berumah tangga. Demi cinta mereka dikurniakan Tuhan beberapa orang cahaya mata kepada mereka. Cintanya kepada lelaki tua itu hingga ke akhir hayatnya. Sampai dia bemadu dengan bidadari di syurga.

Pada malam itu, dalam chalet dekat air terjun, Hanim mengingat - ingati madah kekasihnya, “ …kalau Nim kawin dengan saya, oghang tua ni…, kalau Allah takdirkkan kita dapat anak …, anak kita tu baghu masuk tadika …, saya dah masuk kubuk.”

Hanim diam. Hatinya tidak setuju dengan perkataan keksihnya. Perkataan kubur menjadikan dia takut menghdsapi masa depannya.

“Saya ni, Hanim, dah macam kata oghang …, tangga kata pi, kubuk kata pi …,” Kata Mat Itam kepada Hanim.

“…tak nak, Hanim tak nak abang kata macam tu, …Hanim sedih …,” kata Hanim.

“Ia, ni teghus teghang saya kata …, saya ni kalau tak mati atas tilam ..,, mata kena tembakke …, kena bom ke …, askar Siam tu zalim macam askar Yahudi juga…,” Suara Mat Itam menerjak ke dalam lubang telinga Hani.

ORANG TUA

Pada malam itu barulah Hanim mengetahui peranan kekasihnya di Selatan Siam. Dia pura – pura menjadi orang tua bodoh. Di mana - mana dia berada keadaannya macma orang bodoh. Ramai orang di Bukit Kayu Hitam, Changloon, Jitra,Alor Setar, hingga ke Kuala Kedah,Sungai Petani, Kuala Mudan dan Tikam Batu tahu aakan Mat Itam bomoh bodoh.

Sesungguhnya dalam perjuangan orang Melayu di Selatan Thailan, Nama Mat Itam sebaris dengan nama beberapa pejuang kemerdekaan di sana. Dia adalah salah seorang pemimpin gerela Islam di sana. Bernai mati syahid demi berjihad pada jalan Allah.

Semenjak mereka pulang dari Danok hingga enam bulan kemudian.Pada bulan akhir Hanm menuntut di Universiti Utara, dia tidak pernah menerima khabar berita dari Mat Itam. Kekasihnya tidak menghubunginya, walaupun dengan pesanan ringkas, menerusi telefon bimbit.

Kadang-kadang timnbul marah juga Hani kepada kekasihnya. Dia menyangka lelaki tua itu tidak mencintanya lagi.Lelaki tua itu sama dengan kebanyakan lelaki yang suka mempermainkan perasaan anak gadis. Lelaki curang. Jahat.

“Tak guna …, jantan, kalau dah jantan, di mana - mana pun jantan juga …,” bisik Hanim pada satu malam.

MADAH BURUK

Hanim menyesal mengeluarkan bisikan begitu. Tetapi apa hendak dikatakan, dia terpaksa meluahkan madah buruk itu untuk meredakan perasaan marahannya. Melegakan hatinya yang resah. Gelisah.

Kira dua bulan tamat dari universiti, Hanim telah bekerja dalam sebuah syarikat gergasi, di Kuala Lumpur. Jawatannya menjaminkan pendapatannya lebih dari lumaian. Dengan kemudahan yanhg ada padanya, tinggal di sebuah apartment, di pinggiur Bandaraya Kuala Lumpur. Dia berharap, jika kekasihnya datang ke Kuala Lumpur, di aparment itulah tempat tinggalnya. Mereka akan tinggal bersama.

Pada satu malam, Hanim sedang membaca kisan Barack Hussein Obama, dalam sebuah majalah antarabangsa, tiba tiba telefon bimbitnya

menjerit menandakan diterpa pesanan ringkas. Telefon itu dicapai dan dibuka papan paparannya, tertera di permukaannya, ‘Cik Hani, kami menyampaikan berita sedih, ketua kami Muhammad Iqbal bin Hassan telah terkorban dalam pertempuran antrara gerila Islam dengan askar Siam,dalam satu kawasan belukar,di Patani,kira – kira setengah jam tadi. Berita ini disahkan.’

“Inna lil Lahi wa inna ilaihi raji’uun,” suaranya tertelah kepada anak lidahnya.

CACING KEHUJANAN

Hanim tidak dapat mengawal dirinya lagi. Dia menangis. Suaranya kuat melaungkan nama kekasihnya. Perut aparment di tingkar sembilkan itu bergema dengan suaranya. Tubuhnya terkulai. Longlai. Wajahnya pucat seperti cacing kehujanan.

“Abang,” suaranya dalam keluhan.

Air matanya melimpah dari dua telaga matanya. Air jernih itu luruh atas dadanya.

“Abang, abang tinggalkan Hani …,” suaranya menggigil.

Tangan kanannya menghuru - hurut lemah akan dadanya yang subur. Pada detik – detik itu dia sedar akan dirinya diuji Tuhan. Hanya kesbaran yang dapat menenangkan hatinya.

“Sungguh, kata abang, cinta kita …, cinta kita sampai ke hujung haya …,” suara Hanim laksana berbisik dengan kekasihnya.

“Hanim sayangkan abang …, inna lillahi wa inna ilai raji’uun …,” suara Hanim lemah mengulangi ucapan kalimat kudus itu. Sayu suaranya. Dia memejamkan kedua belah matanya yang bergenang air jernih.

“Abang mati syahid …, Hanim reda abang pergi …, Allah sayangkan abang …, Hanim rela bermadu dengan bidadari di syurga, abang ....”

Pada saat didera duka itu, Hanim teringakan maksud ayat Quran yang dibacakan kekasihnya di Danok, ‘orang yang mati syahid sebenarnya dia tidak mati …”.

“Abaaaang …,” Hanim malung kekasihnya.

(Tamat)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.