Saturday, December 27, 2008

WARTAWAN

WARTAWAN PENGKRITIK SEZAMANNYA

Oleh: Mokhtar Petah

Wartawan adalah pengkritik sezamannya, iaitu menjadi pemerhati, penyelidik dan perobah keadaan atau sesuatu amalan yang merugikan rakyat, negara dan manusia pada zamannya.

Wartawan mestilah melihat secara langsaung kepada masyarakat dan pemerintah (negara tanpa Raja) atau kerajaan (negara ada Raja) dengan cara yang bebas, iaitu tidak terikat dengan mana-mana parti politik.

Jika wartawan melihat sesebuah masyarakat itu pincang atau tidak mendapat keadilan dari pihak yang berwajib, maka selidik dan tuliskan pendedahan akan sebab-sebab terjadi demikian. Apakah wakil rakyat, ketua masyarakat atau pegawai kerajaan yang memikul tanggungjawab atas masyarakat itu melakukan penyelewengan dan sebagainya.

Jangan takut menulis dengan cukup fakta akan seseorang menteri hatta perdana menteri yang telah melakukan kecurangan atau tidak bertanggungjawab terhadap kerajaan atau pemerintah. Begitu juga bongkarkan jika ada unsur–unsur rasuah di kalangan mereka.

Lakukan kritikan terhadap kerajaan atau pemerintah yang melakukan rasuah terhadap orang ramai. Iaitu pihak kerajaan atau pemerintah memberi bantuan, peruntukan, membangun dam sebagainya di mana–mana dengan tujuan supaya rayat menyokongnya. Perbuatan itu di segi agama Islam dianggap rasuah juga.

Selidik dan tulis segala pekara yang boleh merosakkan orang ramai. Misalnya, mengapa penyeludupan tidak dapat dibanteras dan pengedaran dadah tidak dapat dihalang. Adakah pihak yang bertanggungjawab terlibat dengan mereka yang melakukan jenayah itu.

Contohnya di beberapa buah negara di dunia, sukar menghapuskan pengedaran dadah disebabkan polis telah menyertai mereka yang menjalankan perniagaan dan penyeludupan dadah ke negara tersebut.

Bongkarkan rahisa seseorang yang bertanding dalam sesuatu pilihanraya telah mengeluarkan wang yang banyak dan dicurahkan kepada orang ramai supaya menyokongnya. Cari punca daripada mana dia mendapat wang yang banyak itu.

Mungkin wartawan berani menulis dan akhbar pula berani menyiarkan (berani, maksudnya, pihak akhbar itu bertanggungjawab, tidak mengampu, tidak menyokong buta tuli dan tidak mahu menanggung risiko) sesuatu penyelewengan dalam kerajaan atau pemerintah.

Misalnya seorang menteri yang pada masa belum berjawatan menteri, dia adalah seorang yang tidak kaya raya. Misalnya, hanya seorang guru sekolah menengah dan sebagainya, tetapi bila dia menjadi menteri dalam tempoh dua tahun sahaja, dia menjadi orang kaya raya, ada dua tiga buah banglo, lima enam buah kereta mewah dan sebagainya. Daripada mana dia mendapat wang yang banyak itu, sedangkan dia tidak meminjam dari mana-mana bank.

(Bersambung kepada Sabtu depan).


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.