Monday, December 15, 2008

ULAMA NUSANTARA

SHEIKH TAHIR JALALUDDIN

Oleh: Mokhtar Petah

Sheikh Tahir Jalaluddin Al Falaki, adalah ulama, pengarang dan intelektual Islam yang melakukan pembaharuan – reformasi – fikiran di kalangan umat Islam di Kepulauan Melayu – kususnya di Indonesia dan Semenanjung Tanah Melayu.

Nama penohnya, ialah Sheikh Muhammad Tahir bim Sheikh Muhammad Jalaluddin.

Sheikh Tahir Jalaluddin termasuk dalam golongan muhajirin (mereka yang berhijrah) dari Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia ke bumi Semenanjung Tanah Melayu.

Dia dilahirkan di Apek Angkek, Bukit Tinggi, Sumatera barat, pada 7 November 1869.

Bapanya, seorang maulana yang tekenal dengan nama Tuankiu Muhamad Jalaluddin. Nama jolokannya, Tuanku Cangking.

Ada orang mengatakan ukama ini lahir dalam kedaan yatim. Tetapi menurutnya, bapanya meninggal dunia kira-kira seminggu setelah dia lahir ke dunia. Dia tinggal bersama keluarga sebelah ibunya hingga usia 12 tahun. Dia juga menjadi anak angkat kepada keluarga tersebut.

Pada usia 6 tahun Sheikh Abdullah Fahim telah menghafal Quran dan mengetahui maknanya. Dan pada usia 12 tahun, dengan kemahuannya sendiri, keluarga angkastnya menghantar dia menuntut ilmu pengetahauan Islam di Makkah.

Selama menuntut di Makkah, dia tinggal bersama sepupunya, Sheikh Ahmad Khatib – pemimpin golongan yang mengikuti Mzahab Imam Shafie. Dia menjadi guru di Masjidul Haram.

ilmu falak. Sebaik- baik sahaja mencapai kelulusan dalam bidang syariah dan ilmu falak, maka dia mendapat gelaran Al Falakiah (ahli ilmu falak).

Sebaik – baik sahaja mendapat ijazah dari Universiti al Azhar,Sheikh Tahir Jalaluddin telah kembali ke Makkah dan bekerja sebagai guru pengetahuan Setelah menamatkan pengajiannya di Makkah,Sheikh Abdullah Fahim tgelah melanjutkan pelajarannya di Universiti Al Azhar, Masir, pada tahun 1893. Di universiti tersebut, dia telah mengikuti jurusan Syariah termasuk Islam di sana selama dua tahun.

Seseorang yang muncul sebagai wartawan, penulis, sastrawan dan pujangga adalah ditakdirkan olkeh Allah, iaitu tidak dapat diada-akan oleh inividu mana pun. Sheikh Tahir Jalaluddin ditakdirkan Allah berbakat sebgai seorang penulis.

Bakatnya itu diasah dan digilap dengan membaca dan menulis. Dia banyak membaca buku agama Islam, falsafah, politik dan sastera dalama bahasa Arab.

Selain dari cenderung dalam bidang jihad pembaharuan dalam memahami dan mengamalkan Islam, Sheikh Tahir seperti dibajai jiwanya oleh kandungan majalah Islam Al Manar (1896) yang diakendalikan poenerbitannya oleh tokoh reformsi Islam Masir, Sheikh Muhammad Abduh (1845 – 1905).

Kemudiannya gerakan jihad para ulama, poenulis dan polikus Masir telah mempengaruhi jiwa Sheiakh Tahir Jalaluddin, seperti Syed Qutb, Hassan Al Bana, Jamaluddin Al Afghani dan ramai lagi.

Seperti kebanyakan anak lelaki Minangkabau, setelah jauh di rantau orang kembali membawa ilmu dan pengalaman ke tanah air sendiri, maka pada tehun 1899 dia telah kembali ke Minangkabau dan mengemabngkan ilmu pengetahuan Islam yang mengkhususkan kepada perjuangan menentang penjajah Belanda.

Sekembali ke Minangkabau, Sheikh Tahir Jalaluddin tekah bergerak cergas sebagai mubaligh atau pendakwah Islam di Sumatera barat dan Semenanjung Tanah Melayu. Dia mmengambil langkah sambil menyelam minum air – sambil mengajar ilmu fardu ais dan sebagainya, dia telah menyebarkan ilmu politik Islam – memerdekan diri dari belenggu penjajah - kepada guru – guru agama dan para pegawai dan kaki tangan kerajaan di Semenanjung Tanah Melayu.

Pada tahun 1927 telah ditangkap dan dipenjarakan di Bukit Tinggi, dengan tidak dibicarakan – atas tuduhan menjalankan pengkhinatan terhadap penjajah Bekanda di Indonesia.

Rakan – rakan Sheikh Tahir Jalaluddin dalam dunia penulisan Islam, ialah Sheikh al Hadi, penulis, pengarang dan penerbit majalah Al Imam (Singapura 1906), Sheikh Muhammad Salim Al Khalali, Haji Abbas Muhammad Taha, Sheikh Abdullah Fahim.

Di antara rakan – rakannya di Indonesia, di antaranya, pujangga HAMKA dan Haji Agus Salim.

Pada tahun 1914 Sheikh Tahir Jalaluddin bertugas sebagai guru di sekolah agama,di Johor Baharu.Kemudian dia memegang jawatan sebagai Pemeriksa Pelajaran Agama Islam bagi daerah Batu Pahat dan Muar.

Sebaik-baik sahaja tamah perang dunia I, atas permintaan Syed Sheikh Al Hadi,Guru Besar sekolah agama Islam, Al Masyhur Islamiah, Pulau Pinag, Sheikh Tahir Jalaluddin telah berkhdimat sebagai guru bahasa Arab dan ilmu fiq dan usuluddin di sekolah tersebut.

Pada tahun 1921 telah berlaku krisis antara lembaga sekolah Al Masyhur dengan Guru Besar, Syed Sheikh Al Hadi yang menyebabkan dia meletakkan jawatan, maka Sheikh Tahir Jalaluddin turut meletakkan jawatan dan bepindah ke Muar Johor.

Sheikh Tahir Jalaluddin yang berbekal dengan ilmu yang sarat dalam dadanya, dengan bantuan rakan - rakan dan par apengikutnya, telah mengajar, menyusun sistem pelajaran dan membaharui pentrdbiran sekolah agama Islam (sekolah rakyat) , Madrasah Al Haji Taib, Kampung Parit Jamil, Muar.

Sekolah yang akan menjadi gedung ilmu pengethuan Islam itu, selain dari mengajar ilmu pengetahauan Islam, telah dikembangkan pengajaian bahasa Melayu, Arab dan Inggeris.

Sheikh Tahir Jalaluddin berpendapat, bahasa Melayu mesti di daulkatkan kerana ia menjadiu bahasa bngsa dan engan bahasa itu membuktikan wujudnya bangsa Melayu. Bahasa Arab, bahasa Al Quran yang mesti dipelajari oleh setiap orang Islam lelaki dan perempuan kerana paling banyak ilmu pengetahua duniawi dan akhirawi adalah dalam bahaa Arab. Manakala bahasa Inggeris, bahasa ekonomi barat - pedagangan dan industri. Banyak banyak ilmu pengetahuan dalam bahasa tersebut, tetapi tidak sedanding dengan bahasa Arab.
Dia juga memberitahu ibu bapa di kampung - kampung, iaitu sebelum kanak – kanak belajar bahasa Inggeris, elok diajar ilmu agama Islam – fardu ain – akidah atau tauhid dan fiqh. Ilmu itu dapat membezakan antara Allah dengan makhluk dan tuhan palsu. Dan dapat mebezakan antara yang halal denganayangharam.
“Banyak berlaku di Kepulauan Melayu, kanak - kanak yang diajar bahasa Inggeris atau bahasa Belanda, tidak diajar ilmu Islam, mereka terdorong secara lansaung atau tidak langsung menjadi penganut agama Krisitan.
Pada masa Madrasah Al Haji Taib baru dijalankan, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) yang baru meletakkan jawatannya sebagai pegawai kerajaan dan Zainal Abidin Haji Alias (Zabha) yang kemudiannya bekerja sebagai wartawan Utusan Melayu, di Singapura.
Mereka telah mengajar bahasa Melayu dan Inggeris dan beberapa pelajaran yang bersifat tata rakyat dan pengetahuan am.
Dia salah seorang dari beberapa orang ulama
di Semenanjung ini yang dianggap ‘kaum muda’, kerana mereka berpegang kepada hukum yang berlandaskan Quran dan Sunnah dan Ijmak Ulama. Sesuatu hukum yang tidak wujud dalam Quran dan sunnah serta tidak diijtihat atau kaji selidik oleh ijmak ulama ditolak dan tidak boleh diguna – pakai.
Ulama ‘ kaum muda’ juga selain dari menolak amalan taklid, meeka juga menolak mazhab – mazhab yang berlawanan dengn mazhab ahlus sunnah, di antara mazahab Qadyani, mazhab Wahabi dan mazhab Syia’ah.
Mereka juga menolak amalan bidaah, khurafat atau karut yang biasa diamalkan oleh umat Islam yang mengikuti ajaran kebanyakan ulama dari India.

Ulama ‘kaum muda’ juga meniupkan sentiment atau semangat kepda umat Islam agar berikhtiar dan berjuang – jihad – memerdekaan diri dan tanah air daripada penjajah.
Sheikh Tahir Jalaluddin telah berkata kepada saya, “ Penjajah bersifat manusia boleh kita tentang tetapi dan penjajah jiwa dan kebudayaan yang menjajah jiwa manusia susah nak tentang,”katanya.
“Bangsa kita dijajah oleh Inggeris …, jiwa mereka dijajah oleh kebudayaan dan segala macam maksiat dari barat,” Katanya lagi.
Saya mulai bertemua kali pertama dengan beliau, di rumahnya, di Kampung station, Kuala Kangsar, pada 1 Januari 1955. Pertemuan yang kedua dalam satu pertemuan bersama pujanagga Haji Abdul Karim Amarullah – HAMKA -, ratu cantik Johoir Bharu, Adidal Jauhari di kediaman menatu Sheikh Tahir, Yahaya Arif – pemilik tokohm buku dalam Bandar Diraja Kuala Kangsar pada 12 Jun tahun yang sama.
Saua telah dating ke rumahnya untuk menuntut ilmu falak, tetapi saya gagal,kerana beliau seorang ulama yang garang pada waktu mengajar. Pada hari itu saya adalah hari yang awal dan yang terakhir saya menuntut ilmu tersebut pada ulama itu.
Rakan saya, Khir Haji Taib bekas penut Maahad Mahmud Alor setar yang tinggal di Enggor, Kualas Kangsar telah belajar sampai tamat. Dia telah menjadi ahli falak yang tekenal kemudian.
Setrelah tamat belajar ilmu falak kepada Sheikh Tahir Jalaluddin, Khir Haji Taib bekerja sebagai wartawan Utusan Melayu, di Singapura.
Kemudian saya menjadi rapat dengan Sheikh Tahur Jalaluddin kerana Yahaya araf rakan rapat saya. Yahaya Arif yang berasal dari Sunjgai Bakap, Pulau Pinang adalah seorang saudagar ubat beranak cop ‘kambing gurung’.
Yahaya Arif iaoah abang kepada wartawan Ahmah Arif dan wakil SEBERKAS Kedah, yang telah dibunuh (oleh orang yang tidak dekenali) pada hari dia akan pergi menghadiri Mesyuarat Agung UMNO, di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, pada 27 Ogos 1950.
Sekitar tahun 1957 hingga mencapai kemerdekaan, aya bekerja peberita. Pada masa itulah sering berdampingan dengan Sheikh Tahair Jalaluddin. Kami bertemu di rumahnya, di Kampung Satation atau di kedai buku menantunya dalam Bandar Diraja Kuala Kangsar.
Antara putera – putera Allahyarham, ialah Allahyarham Tun Hamzan Sheikh Tahir, ahli pendidikkan dan bekas Gobanor Pulau Pinang.
Saya telah banyak mendapat nasihat dan ilmu pengethaun yang berguna daripada ulama ini.
(Tamat)

(Disiar dalam Mingguan WATAN, pada 14 – 20 Disember 2008)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.