Oleh: Mokhtar Petah
[Artikal ini diambil dari manuskrip buku Di bawah Sang Saka
Bangsa, oleh: Mokhtar Petah. – Editor, Petah shahrir Aidid.]
Tun Abdul Razak anak dari keluarga Orang Besar-Besar Negeri Pahang. Allahyartham dilahirkan di Kampung Pulau Keladi, Pekan, pada 11 Mac 1922. Ayahandanya, Dato’ Hussein, Orang Besar Diraja Negeri Pahang, iaitu Orang Kaya Berempat Pahang. Gelaran itu di sandang oleh Allahyarham Abdul Razak setelah ayahandanya meninggal dunia.
Sebagai anak Orang Besar-Besar, setelah belajar di sekolah Melayu di kampungnya, Abdul Razak telah melanjutkan pelajarannya di Malay College Kuala Kangsar. Kemudian Allahyarham telah melanjutkan pelajarannya di Raffles College, Singapura. Perang dunia yang kedua menyebabkan semua sekolah di Singapura dan di seluruh Semenanjung Tanah Melayu ditutup. Allahyarham terpaksa pulang ke kampungnya.

Pada zaman penjajah Jepun, Abdul Razak bekerja sebagai Pegawai Tadbir Muda di Pahang. Sebaik-baik sahaja Jepun menyerah kalah dan penjajah Inggeris kembali berkuasa di Tanah Melayu, Abdul Razak telah melanjutkan pelajarannya dalam jurusan undang -undang di England. Selama 18 bulan menuntut di sana, Allahyarham telah mendapat kelulusan pada April 1949. Allahyarham telah diterima menjadi peguam, di England pada Mei 1950.
PELURU PENGGANAS KOMUNIS
Setelah pulang ke tanah air, Allahyarham telah berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Pada masa inilah Abdul Razak dilindungkan oleh Allah dari terkorban disebabkan peluru pengganas komunis.
Pengganas Komunis
Pada satu hari, Allahyarham bersama beberapa orang pegawai kerajaan telah mudik dengan sebuah motobot, di sungai Pahang ke Jerantot. Di suatu tempat dekat Jerantot, tiba-tiba mereka diserang hendap oleh sekumpulan pengganas komunis di bahagian atas tebing sungai Pahang.
Seorang anggota Askar Melayu, yang mengetuai pasukan keselamatan mengiringi Abdul Razak dalam bot itu, Allahyarham Sarjan Enot dari Bota, Parit, Perak, yang terasa gerak hatinya, telah menendang Allahyarham Abdul Razak dari kerusinya dan Allahyarham jatuh terjelepok atas lantai motobot itu. Kerusi tempat duduk Allahyarham telah hancur dimamah peluru.
Semenjak peristiwa itu Allahyarham dan Sarjan Enot menjadi rakan karib. Pada hari Jenazah Allahyarham akan di kebumikan, bekas sarjan itu telah menunggu jenazah Allahyarham di kediaman Allahyarham, di Kuala Lumpur.
DALAM BIDANGB POLITIKI
Tidak lama kemudian Allahyarham Abdul Razak telah menceburkan diri dalam UMNO dan berjuang dalam parti politik itu.
‘Penglibatan Tun Razak dalam bidang politik dan kerajaan sungguh cemerlang. Beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO ketika berusia 28 tahun, menjadi Timbalan Presiden UMNO ketika berusia 29 tahun, dan menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang ketika berusia 30 tahun. Tiga tahun kemudian, ketika berusia 33 tahun, beliau menjadi Menteri Besar Pahang. Selang setahun beliau menjadi Menteri Pelajaran Persekutuan ketika berumur 35 tahun, beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika berusia 48 tahun.’
Sekitar tahun 1953 hingga 1957 Allahyarham Abdul Razak berjuang menuntut kemerdekaan tanah air, Allahyarham sering bertemu dengan Allahyarham Datuk Haji Ahmad Badawi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaya. Ketua Pemuda UMNO Malaya pada masa itu ialah, Allahyarham Saadon bin Haji Zubir (belum bergelar Tun)’ dari Singapura memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaya.
MENGISI KEMERDEKAAN NEGARA
Setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Allahyarham Abdul Razak memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham Haji Ahmad Badawi, Ahli Dewan Undangan Negeri (Kepala Batas) dan Ahli Majlis Kerja kerajaan (Exco) Negeri Pulau Pinang. Mereka berganding bahu dan seiring jalan dalam UMNO dan perjuangan mengisi kemerdekaan negara hingga ke hujung usia masing-masing.
Allahyarham Haji Ahmad Badawi pernah memegang jawatan Pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang pada tahun 1976. Allahyarham adalah lepasan institusi pengajian tinggi Islam di Mekah. Allahyarham adalah seorang mualim dan putera kepada seorang mualim yang terkenal di Kepulauan Melayu dan bekas Pengerusi Jawatankuasa Khas Islam dalam UMNO, iaitu Sheikh Abdullah Fahim.
Mereka dua pemimpin bangsa berdaulat di bawah lambaian Sang Saka Bangsa. Kehendak Allah mengatasi kehendak semua makhluk-Nya. Ketentuan yang diciptakan-Nya ada hikmat dan rahmat-Nya. Allah telah menentukan; Abdullah Badawi putera kepada Allahyarham Haji Ahmad Badawi berjuang seiring jalan dengan putera kepada Allahyarham Tun Abdul Razak, iaitu Najib Tun Razak. Seorang Perdana Menteri dan Presiden UMNO Malaysia dan yang seorang lagi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden parti politik yang sama.
DEMI AGAMA ISLAM
Mereka dua pejuang yang menyambung perjuangan bapa masing-masing dan orang Melayu pada zaman lalu. Hati masing-masing wujud ketulusan dan hala tuju bersama untuk membina Negara Malaysia yang bertuah ini.
Kalau mereka diibaratkan dua rakan kasteria bangsa, maka mereka sanggup berjuang sehingga tubuh masing-masing luruh bersama di medan perjuangan. Kalau diibaratkan mereka dua kekasih, maka kesetiaan mereka amat murni sifatnya, iaitu antara mereka sanggup menyerahkan nyawa, demi agama Islam, demi bangsa dan demi negara ini.
Kalau roboh Kota Melaka,
Papan di Jawa saya dirikan;
Kalau sungguh bagai dikata,
Badan dan nyawa saya serahkan.
Angkut-angkut terbang ke langit,
Mati disambar anak merbah;
Tertangkup bumi dengan langit,
Setia kita tidak berubah.
NANGKA DISUMPAH BERUK
Sesungguhnya, kita yakin, bahawa kerjasama, muafakat, berjuang seiring jalan dan kesetiaan Najib Tun Razak dengan Abdullah Badawi dapat menyatu-padukan semua ahli UMNO, parti-parti politik dalam komponen Barisan Nasional dan rakyat negara ini yang terdiri dari berbeza kaum dan agama.
kita rasa bangga, dan menggantung harapan kepada Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak; mudah-mudahan dengan kerjasama mereka, akan membuahkan hasil yang tidak seperti ‘buah nangka disumpah beruk’, iaitu semua orang Melayu di bawah pimpinan mereka akan seperti falsafah orang Melayu berikut ini:
Yang capik datang bertongkat.
Yang buta teraba-raba.
Yang tuli leka bertanya.
Yang kecil terambil lintang.
Yang jarak tolak-tolakan.
Yang pendek tertinjau-tinjau.
Yang kurap mengekor angin.
Yang pekak membakar bedil.
Yang buta menghembus lesung.
Yang lumpuh menghalau ayam.
Yang pekung penjemuran.
Yang kurap memikul buluh.
Yang cerdik teman berunding.
Yang bingung disuruh arah.
Yang berani dibuat kepala lawan.
Yang ada dimakan bersama.
Hati gajah sama dilapah.
Hati kuman sama dicecah.
Duduk sama rendah.
Berdiri sama tinggi.
Bulat air kerana pembetung.
Bulat manusia kerana muafakat.
Runding jangan selisih.
Mufakat jangan bersanggah.
Tuah pada sekata.
Berani pada seia.
Berat sama dipikul.
Ringan sama dijinjing.
Sama sakit sama wenang.
Ke bukit sama didaki.
Ke lurah sama menurun.
Sama mengayun sama melangkah.
BERDIRI SAMA TINGGI
Falsafah di atas telah menjadi ‘modal insan’ dalam masyarakat orang Melayu dan rakyat Malaysia dalam mengharungi kehidupan mereka sebagai bangsa yang bermaruah. Bangsa yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa di dunia.
Dari falsafah demikian itu, maka pada zaman silam, individu dan keluarga dari bangsa-bangsa asing; Cina, India, Arab dan lain telah datang berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu ini untuk mencari kehidupan baru, lari dari kemiskinan atau mencari ‘sesuap nasi’ untuk hidup. Orang Melayu dari bangsa yang beradat. Berhati lurus menerima kedatangan mereka sebagai tetamu. Manis muka bertemu di jalanan.
Batu kecubung warna ungu,
Ditatah berlian batu bermutu;
Adat Melayu menyambut tetamu,
Hamparkan tikar lebarkan pintu.
Orang Melayu yang baik budi telah menerima pendatang-pendatang itu dengan senang hati. Mereka menjadi jiran tetangga orang Melayu. Menjadi rakan orang Melayu. Menjadi anggota masyarakat orang Melayu. Dan kini keturunan mereka telah menjadi rakyat bumi Melayu dalam sebuah Negara baru, iaitu Malaysia.
HUBUNGAN DENGAN ALLAH
Semenjak orang Melayu menganut agama Islam, mereka berpegang teguh kepada ajaran Allah dalam Quran mengenai hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia, iaitu:
Ditimpa kehinaan atas mereka di mana sahaja mereka berada, kecuali mereka yang ada hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia, dan mereka kembali dengan mendapat kemurkaan dari Allah dan di timpa ke atas mereka kelemahan
Maka, Malaysia di bawah pimpinan Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak ini, jika ada individu-individu keturunan pendatang yang telah diterima sebagai jiran dan warga yang jujur oleh orang Melayu pada zaman silam, mahu melakukan sesuatu yang boleh memecah - belahkan perpaduan, seperti mengungkit-ungkit hak istimewa orang Melayu, mempertikaikan agama Islam yang dianuti oleh orang Melayu dan agsama rasmi negara, maka dengan senang hati kita menyifatkan mereka itu sebagai ‘pengkhianat kepada perpaduan bangsa Malaysia’ dan menjadi ‘duri dalam daging’ kepada semua orang Melayu dan umat Islam.
GUNTING DALAM LIPATAN
Perbuatan seperti ‘telunjuk lurus kelengkeng berkait’ dan ‘gunting dalam lipatan’ mestilah disingkirkan dari hati perut mereka. Sesungguhnya, bangsa Melayu, adalah bangsa yang mengenang budi kepada orang yang berbudi.
Dalam menanti Mac 2009, bulan Peralihan Kuasa – Perdana Menteri dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, sebilangan dari orang ramai, termasuk sebilangan ahli UMNO masih ragu – ragu; mereka bertanya adakah peralihan itu kerana paksaan seperti kejadian pada bulan – bulan yang bermahkotakan 13 Mei 1969 atau kerana rela dan benar -benar rela?
Sekarang, telah timbul penyesalan di kalangan sebilangan besar orang ramai dan ahli UMNO, kerana terlalu hanyut dengan keghairahan mahukan Abdullah Ahmad Badawi berundur. Mereka terasa diri mereka termasuk dalam golongan manusia yang seperti ' mendengar cakap enggang makan buah belolok, dengar cakap orang terjun masuk lubuk.
(Tamat)

No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.