RUNTUK SEBUAH BUKIT
Demi masa,
Sesungguhnya manusia itu,
Benar – benar berada dalam kerugian.[1]
Umat manusia kini dalam ancaman.
Banjir zaman Nuh,
Umat Luth dibakar hujan batu bara,
Firaun tenggelam dalam Laut Merah,
Qarun ditelan bumi,
Namrut dibahang nyamuk.
Melayu Sri langka dilanda Tsunami,
Melayu Malaysia menderita,
Ribu Melayu Aceh, mati lemas,
Tsunami bala dari Tuhan.
Siapa antara kita Firaun,
Qarun dan kaum Luth peliwat,
Namrud bersama insan mungkar,
Kita masih pura – pura.
Bukit runtuh di Ulu Klang,
Ramai mati tanpa pesanan,
Bawah runtuhan,
Sebilangan banglo ditelan bumi.
Bukit, air, api dan apa saja,
Milik Tuhan Maha kudrat,
‘Kun’ firman iradat-Nya,
Sekutah alam ranap binasa.
Buku harian manusia tanpa catatan,
Jahat; leksana tagar dalam bumi,
Baik; disanjung insan di mana - mana,
Cemerlang anugerah dari istana.
Tuhan mengetahui zahir batin,
Dosa yang kaya derita si miskin,
Bukit runtuh suatu perkhabaran,
Siapa berdosa!?
Bukit Antarabangsa ...........................
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.