Negala Islam, seperti yang telah dijelaskan, iaitu negara yang berlembagaan dan perundangan yang berdasarkan Quran, Hadis dan Ijmak ulama. Maka, kalau ada Raja pemerintah, maka Raja itu keadaannya sebagai rakyat biasa sahaja. Tidak ada kedaulatan.Tidak ada kuasa mengampun rakyatnya yang bersalah. Oleh itu dalam Negara Islam, kalau ada Raja memerintah, maka dia hanya tidak lebih sebagai patung bernyawa.
Islam tidak mahu seseorang mengangkat dirinya dan menduduki tempat yang mulia dan memakan hasil negara dan titik peluh rakyat dengan cuma – Cuma, iaitu dia tidak menjalankan apa – apa tanggungjawab.
Oleh yang demikian, Negara Islam mengutamakan Negara Republik (negara tanpa Raja dan negara yang dikuasai oleh rakyat jelata). Negara Islam tidak mengamalkan demokrasi seperti yang diamalkan oleh megara-negara demokrasi, di seluruh dunia pada hari ini, kerana demokrsi pada masa ini, adalah ciptaan orang – orang dari golongan Yahudi – orang Yahudi Amerika, orang Yahudi Inggeris dan orang Yahudi bangsa-bangsa lain. Demokrasi dalam Negara Islam ialah demokrasi terpimpin, iaitu dipimpin oleh Quran.
MENGUBAH HUKUM
Contohnya, hukum bunuh orang, zin, curi, rompakan, riba, judi dan lain adalah haram, iaitu ditegah dan dinyatakan dalam Quran. Tida ada siapapun boleh mengubah hukum haram itu kepada halal, walaupun dengan pungutan suara dari semua rakyat negara itu.
Ttapi dalam semua negara demokrasi di seluruh dunia pada hari ini, segala yang disebut dalam Quran sebagai haram, boleh dihalalkan dengan berbagai cara oleh mereka yang memerintah. Contohnya:
1 - Membunuh orang; si pemubuh sebenar boleh terlepas
dari hukuman jika Raja memerinta mengampunkan
dengan persetujuan sidang hakim.
2 - Zina (pelacuran) boleh dihalalkan dengan mengadakan
lesen dan sebagainya.
3- Orang yang mencuri dan merompak boleh dibebaskan
dengan cara – cara tertentu,di antaranya peguam yang
pandai memutar belitkan fakta dan hakim yang curang.
Dalam Negara Islam tidak dihalalkan cara demikian.
4 - Riba, wang riba dihalalkan dengan cara – cara tertentu,
Mislnya Perdana Menteri mengatakan halal, maka
halallah wang riba itu.
5 - Judi dihalalkan dengan adanya lesen.Di Negara kita ada
pusat perjudian terbesar, cassino (ambilan nama dari
Itali Tengah).
POLITIK WANG
Pendekknya Negra Islam Negara suci dan di redai oleh Allah.
Rasuah sebagai contoh. Negara Islam melarang mengamalkan rasuah termasuk politik wang, yang berdasarkan Hadis Nabi Muhammad, bahawa Allah melaknat orang yang memberi rasuah, orang yang menerima rasuah dan orang yang menjadi orang tengah antara pelaku rasuah itu.
Pemerintah juga dikira melakukan rasuah dan dilaknat oleh Allah, jika ia memberi bantuan kepada orang ramai, membina kemudahan awam dan sebagainya dengan tujuan supaya orang ramai menyokongnya.
Negara Islam tidak boleh dipimpin oleh orang yang mengamalkan rasuah dan politik wang, kerana amat dikhuaritkan; jika Allah melaknat pemimpin itu, maka semua rakyat akan terlibat dengan kelaknatan itu.
Kita
Pada zaman kita (tentulah ada dari para pemimpin Negara – Negara atau orang – orang tertentu yang dilaknat oleh Allah), maka kita telah dilaknat oleh Allah oleh bala banjir Tsunami, bukit bukau runtuh dan membinasakan rumah – rumah serta mengorbankan manusia.
Maka, Negara Islam amat berhati – hati dalam perkara yang memungkinkan dilaknat oleh Allah.
(bersambung kepada Jumaat 19 Disember 2008).
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.