Monday, December 22, 2008

RASUAH

AKIBAT AMAL RASUAH

Oleh:Mokhtar Petah

Semenjak negara ini mencapai kemerdekaan hingga pada masa Perdana Menteri yang ke lima ini, kerajaan dan rakyat sentiasa berhadapan dengan masalah rasuah dari peringkat atasan (ikan jerung) hingga ke peringkat bawahan (ikan bilis).Ada di antara mereka yang telah melakukan perbuatan rasuah itu telah di tangkap, di bicara dan dihukum penjara.

Di antara mereka itu selain dari pegawai dan kakitangan kerajaan yang telah ditangkap, dibicara atau dihukum penjara, ialah: Dua orang bekas menteri besar. Seorang daripada mereka telah ditangkap pada masa belum wujud Badan Pencegah Rasuah, tetapi kerana Tunku Abdul Rahman Putra telah campur tangan,maka kesus itu tidfak dikemukan ke mahkamah. Bekas menteri besar yang seorang lagi telah ditangkap pada zaman Perdana Menteri, Tun Abdul razak bin Dato’ Hussein telah dihukum penjara. Seorang bekas timbalan perdana menteri telah dihukum penjara pada masa Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam tempoh setahun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan Perdana Menteri, seorang menteri dan empat orang bekas anggota exco kerajaan negeri atas tuduhan melakukan rasuah.

‘Sekiranya mereka yang berkuasa – raja, menteri, pegawai kerajaan dan sebagainya lupa diri, suka berfoya-foya, tidak dapat tidak mereka melakukan perbuatan rasuah – berbagai-bagai cara memberi dan menerimanya sehingga tidak dapat dihidu oleh para petugas pencegah rasuah tetapi Allah Yang Maha Kuasa melihat, maka orang-orang itu termasuk dalam golongan yang dilaknat oleh Allah.

Pemberi dan penerima rasuah dilaknat oleh Allah.[1]

Laknat oleh Allah lebih besar atau dahsyat dari dosa. Kalau dosa mungkin Allah membalas dengan azab atau derita di dunia atau akhirat, tetapi laknat, selain dari azab atau derita di dunia atau akhirat, akan berlaku ke atas orang-orang itu, di antaranya:


* Ditangkap oleh penguasa dan dihukum penjara dan mungkin

disebat beberapa kali.

* Mendapat malu.

* Kemalangan atau kecelakaan.

* Rumah terbakar dan sebagainya.

* Anak-anak menjadi penagih dadah atau gemar kepada

perbuatan maksiat, seperti zina,judi dan seumpamanya.

* Isteri berlaku curang atau melacurkan diri secara terhormat.

setelah bersara dihinggapi oleh berbagai penyakit, di

antaranya: Kencing manis, darah tinggi, jantung dan

kenser.’[2]

Jika merenung pada ajaran agama Islam, maka akan jelas,bahawa orang-orang yang memakan makanan hasil dari sumber haram akan mengakibatkan dia akan dicampakkan oleh Allah ke dalkam neraka atau tubuhnya – sama ada jantung dan segala dalaman tubuhnya,daging,darah dan otak- akan diziarahji penyakit. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda tentang dua akibat tersebut seperti maksud di bawah ini:

Semua daging tubuh yang digemukkan dari makanan haram, maka api neraka amat berpatutan dengannya.

Bahawa makanan halal itu tidaklah menjadikan kamu (mudarat) melainkan sekadar mengenyangkan dan (makanan) haram itu menajdikan kamui kenyang berlebihan (membawa medarat - penyakit).[3]

Kod Etika Ahli Parlimen Malaysia yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri,

Dr Abdullah Ahmad Badawi pada bulan Mei 2003. Di bawah ini cabutan dari kandungan Kod Etika itu:

Tatalaku Atas Sifat Rasmi

Ahli Parlimen hendaklah sentiasa menghindar daripada

menggunakan kedudukannya sebagai ahli Parlimen bagi

faedah peribadinya.

Tatalaku Secara Am

Ahli Parlimen hendaklah sentiasa menghindarkan diri

daripada kegtiataan yang boleh mendedahkan mereka

kepda rasuah.

Ahli Parlimen hendakalah sentiasa mengamalkan gaya

hidup mengikut kemampuan masing-masing.

Pengisytiharan Harta

Ahli Parlimen hendaklah mengisytiharkan harta mereka,

suami/isteri, anak-anak dan pemegang amanah setiap dua

tahun sekali kepda Perdana Menteri dengan

menggunakan Borang Harta APK 1/04.

Semenjak zaman Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra hingga pada masa ini, sebilangan dari ahli-ahli Parlimen (termasuk Dewan Sanate dan Dewan Negeri) yang menyertai syarikat-syarikat besar,seperti kontrek,saham,insuran dan seumpamanya. Mereka itu ada yang menjadi pengerusi (tidak eksekutif), pengarah(cara proxy) dan jawatan-jawatan lain.

Syarikat-syrikat mengguanakan mereka – sama ada peribadi,pengaruh atau kuasa – untuk mendapatkan sesuatu dari kerajaan, seperti tender sesuatu projek dan sebagainya. Apabila pegawai-pegawai kerajaan yang berkuasa atas sesuatu tender, AP dan sebagainya, mendapati syarikat yang memohon itu dipegerusikan oleh Yang Berhormat, maka mereka mengutamakan syarikat itu dan syarikat lain yang tidak ada kena mengena dengan Yang Berhormat’ tidak mendapat habuan.

Penglibatan ahli Parlimen, Dewan Sanate, Dewan Negeri dalam syarikat-syarikiat swasta patut disekat atau tidak dibenarkan, kerana mengikut ‘tafsiran rasuah’ dalam Akta Mencegah Rasuah’,iaitu (f) ‘…persetujuan atau pengaruh…persetujuan atau pengaruh yang berpura-pura’, dapat difahami penglibatan wakil-wakil rakyat dalam syarikat-syarikat ada unsur-unsur rasuah.

Perdana Menteri, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra telah menolak pemintaan seorang ahli perniangaan China, seorang datuk, yang meminta supaya anak lelaki Tunku, Tunku Ahmad Nerang, akan dimasukkan namanya dalam sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh datuk itu. Tunku Ahmad Nerang akan menjandi pengarah dalam syarikat tersebut.

Tegas Tunku, “…Datuk nak meniaga tak apa, tapi jangan masukkan nama anak saya,...saya perdana menteri, tak baik,…kalau masuk anak saya, syarikat tu tak akan dapat apa-apa dari kerajaan.”

Demikian seorang negarawan menolak ketidak jujuran atau amalan menjuruskan kepada rasuah.

(Dipetik dari buku Basmi Rasuah, oleh Mokhtar Petah. - Editor, Petah shahrir Aidid)



[1] Hadis, rawi: An Nassari dan At Termuzi.

[2] Mokhtar Petah, 2004, Amanah, Cekal Adil, Kuala Lumpur, Yayasan Amal Ma’aruf Malaysia, hlm. 36, 37.

[3] Hadis.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.