Friday, December 5, 2008

RAMAH MESRA PENDUDUK

Puterajaya - Persatuan Komuniti, Rukun Tetangga dan Jawatankuasa surau Al Ittifaqiyyah Persint 8, di sini, akan mengadakan program ramah mesra antara penduduk, di pantai Port Dickson, pada 25 Disember ini.
Setiausaha Program Ramah mesra, Encik Jamaluddin bin Mohd. Yunus dalam siarannya memberitahu, semua peserta akan bertolak ke Port Dickson pada jam 7.30 pagi dengan kenderaan masing dan bersarapan di pantai Port Dickson jam 9.00 pagi.
Pada jam 10.00 pagi tersebut, akan diadakan acara suka-nika bagi orang dewasa dan kanak-kanak. Jam 2.30 petang acara air dan berakhir dengan penyampaian hadiah dan cabutan nombor bertuah.
Jam 5.00 petang para peserta pulang ke Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.