Hai orang - orang yang beriman, jangan kamu semua mengambil musuh Aku dan musuh kamu sekalian untuk menjadi pemimpin. Kamu semua wujudkan kepada mereka kasih sayang, sedangkan mereka menyangkal kebenaran yang telah datang kepada kamu semua, dan mereka mengusir rasul (Muhammad s.a.w.) dan kamu semua kerana kamu sekalian beriman kepada Allah, Tuhan kamu semua. Kalau kamu sakalian pergi berjuang pada jalan Allah dan mencari keredaan - Ku, kamu nyatakan kasih sayang kamu semua kepada mereka dengan rahsia, sedangkan Aku mengetahui apa yang kamu semua sembunyikan dan apa yang kamu sekalian dedahkan. Dan siapa di antara kamu semua mengerjakan itu, sesungguhnya dia telah tesesat dari jalan yang betul. - Al Mumtahanah:1.
HADIS
LEMBAH EMAS
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Andai seorang anak Adam (manusia) memiliki sebuah lembah emas, pasti dia ingin dua buah lembah emas lagi. Dann tiada yang dapat menutup mulutnya (tidak berhenti dari kerakusannya kepada dunia) kecuali tanah (mati). Dan Allah berkenan mengurniakan tobat kepada siapa sahaja yang bertobat.
Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim.
PETUA
CINTA
Cinta sesama manusia adlah anugerah Allah. Orang yang buta cinta, putus asa dan memusuhi manusia sahajalah yang sanggup mengosongkan dirinya dari cinta dan meneruskan hidupnya sebagai jejaka terlajak atau andartu - anak dara tua.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.