Wednesday, December 17, 2008

PERDANA MENTERI PUAS HATI

Kuala Lumpur - Perdana Menteri,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata hari ini,bahawa beliau puas hati dan gembira kerana Rang Undang- Undang Suruhanjaya Pencegah Rasuah dan Rang Undang - Undang Perlenatikan Hakim telah dipersetujuai oleh Dewan Rakyat pada hari ini.
"Ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional bertanggungjawab untuk membasmi rasuah dan menyempurnakan kedudkan perundangan dan kehakiman di negara ini,"katanya.



UNIVERSITI MALAYSIA - JEPUN


Kuala Lumpur - MARA akan menubuhkan sebuah universiti usahasama Malaysia Jepun di negara ini tidak lama lagi, demikian Menteri Pembangunan Usahawan dan Koporasi,Datuk Noh Omar mengumumkan malam ini.
Noh Omar telah mengumumkan dalam wawancara dengan RTM1 dalam Rancangan 60 Minit Bersama MenterI , padsa jam 9.30 malam.
Mnenurutnya, penubuhan Universiti Malaysia - Jepun itu telah dilukuskan oleh kabinet baru-bru ini.
Beliau berkata, dengan penubuhan itu nanti, MARA akan ada dua universiti dan universiti pertama, ialah UITM, di Shah Alam.
Noh juga memberitahu, dalam tempoh tidak lama lagi, Institut German Malaysia akan dinaikkan taraf kepada universiti dan dengan itu bererti MARA akan ada tiga buah universiti.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.