Saturday, December 27, 2008

PAS DAN HUDUD

ANWAR PENGERUSI PERHUBUNGAN SABAH, SARAWAK PDF Print E-mail
Written by Administrator
Wednesday, 24 December 2008

Sample ImageKUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebulat suara melantik Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah dan Sarawak. Keputusan itu dianggap ada kaitan sokongan yang semakin meningkat terhadap PKR selepas pilihanraya umum lalu.



“Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan kedua-dua negeri adalah tepat bagi memastikan berlakunya perubahan serta dapat menunjukkan komitmen tuntas PKR di dalam memperjuangkan agenda rakyat keseluruhannya. PKR juga kebajikan rakyat negeri Sabah dan Sarawak telah lama diabaikan oleh kerajaan Barisan Nasional,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh ibu pejabat parti itu yang disahkan oleh presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.


Perubahan kepimpinan PKR peringkat negeri juga diharap mampu memacu serta memperhebatkan jentera parti bagi memastikan agenda perubahan dapat dilaksanakan. Mereka yang terpilih mampu memikul amanah dan seterusnya menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.

(Berita ini dari Mingguan Watan 24 Disember 2008)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.