MENGENANG HIJRAH NABI MUHAMMAD
BILAKAH BUMI MELAYU HIJRAH KEPADA ISLAM?
Oleh: Mokhtar Petah
MUKADDIMAH
Pada hari ini, 1 Muharam 1430 Hijarah, kita menyambut hijrah Rasul Allah Muhammad s.a.w. dari kota Makkah ke pekan Yaathrib yang berlaku selama lebih seratus enam puluh jam, pada 1 Muharam, tahun pertama hijrah.
Kita umat Islam di Negara ini, Malaysia - bumi Melayu -, telah berhijrah dari bawah penjajah Inggeris pada tahu 1957, kini lebih 41 tahun merdeka, bangsa Melayu - umat Islam, masih belum berani melakukan hijrah bumi ini kepada Negara Islam.
Pemimpin - pemimpin kita , Tunku Abdul Rahman orang Islam, Tun Abdul Razak manusia Islam, Tun Hussein Onn manusia Islam, Tun Dr. Mahathir Mohamad manusia Islam, Datuk Seri Abdullah Badawi manusia Islam, tetapi mereka tidak berani melaksanakan jihad, iaitu menghijrahkan bumi ini kepada sebuah pemerintahan Islam atau Negara Islam.
Antara sebab – sebab mereka takut behijrah, kerana belum merdeka jiwa dan fikiran secara total. Mungkin iman nipis laksana kulit bawang merah dan mungkin takut kepada orang – orang keturunan pendatang yang menentang Negara Islam.
Saya berharap mereka akan berfikiran dan jiwa merdeka. Akan berhijrah bersama bimi keramat ini kepada Negara Islam jua.
Raja – Raja Melayu beragama Islam, berkedudukan sebagai ketua agama Islam di negeri masing – masing, tetapi mereka juga takut melakukan penghijarahan bersama Negara ini kepada kepada Negara Islam. Saya berharap mereka brhijrah ke sana jua.
Katakan (Muhammad) : “Kalau kalian mencintai Allah, turutlah Aku nescaya kalian dicintai oleh Allah dan diampukan dosa kalian. Dan allah Pengamoun dan Penyayang.
Taalah kepada Allah dan Rasul-Nya, tetapi kakau mereka berpaling (tidak taat seperti orang kafir), maka sesungguhnya Allah tidakj mnencintai orang – orang kafir.
Ali Imran:31,32.
Sempena dengan hari hijrah rasul ini, saya menulis kembali sedikit sejaran ringkas penghijrah Rasul Allah Muhammad s. a. w. dari Kota Mekah ke pekan kecil Yathrib. Kini termasyhur dengan nama Madina al Munawwarah – Bandar cemerlang.
* * * * *
IKRAR ATAU BAI’AH
Semenjak Nabi Muhammad s.a.w. di angkat menjadi Rasul oleh Allah pada usia Junjungan 40 tahun hingga tahun ke 13 dan 14 kerasullannya, penduduk - penduduk Makkah yang beragama Islam telah menderita kerana diseksa dan dianiayai oleh golongan kafir Quraisy Makkah.
Nabi Muhammad s.a.w. , para sahabat dan umat Islam Makkah berpindah dari Mekah adalah dengan kehendak Allah seperti di antara wahyu - wahyu - Nya dalam Quran:
Sesungguhnya mereka yang beriman, yang berhijrah dan yang berjuang pada jalan Allah, mereka itu adalah mengharapkan rahmat (dari) Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Al Baqarah:218
Dan siapa yang berhijrah pada jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat yang luas dan rezeki yang banyak.
An Nisa:100
Pada tahun ke - 13 Nabi Muhamad s.a.w. menjadi Rasul Allah, pada musim haji, Junjungan telah mengadakan ikrar atau bia’ah yang kedua dengan para wakil penduduk Yahudi yang tinggal Yathrib, bertempat di kaki buki Al Aqabah.
BERSAMA JUNJUNGAN
Sebelum istiadat keramat bia’ah atau ikrar itu dimeterai, Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda:
Darah sama darah dan binasa sama binasa – saya sehidup semati dengan kalian. Kalian adalah saya dan saya adalah kalian. Sayaakan memerangi siapa sahaja yang kalian perangi, dan say aakan berdamai dengan siapa sahaja yang kalian ajak berdamai.
Ekoran dari bai’ah atau ikrar itu, penduduk - penduduk Yahudi Makkah telah memberi kerjasama kepada Junjungan, bahkan besedia menyokong atau berjihad bersama Junjungan rasul Allah itu.
Para pembesar dan pemuka golongan kafir Quraisy Makkah telah mengerahkan para pemuda gagah dan lengkap bersenjata, penentang Islam dan Muhammad, supaya membunuh Nabi Muhammad pada malam hari itu. Mereka khuatir Junjungan akan berhijrah ke Madinah. Junjungan akan memperkuatkan kedudukannya dan umat Islam di sana. Ada kemungkinan besar Junjungan dengan umat Islam akan mendatangkan bencana (perang) kepada mereka di Makkah dan para pedagang mereka yang berulang alik ke Sham.
MENGATUR PENGHIJRAHAN
Berita buruk itu telah sampai kepada Nabi Muhammad. Wahyu dari Allah dan dari para pengikut junjungan. Demi mentaati Allah yang telah memerintahkan umat Islam Makkah supaya berhijrah, maka sebelum berhijrah ke Yathrib, Junjungan telah mengatur penghijrahan beberapa orang pengikutnya ke Habasyah dan Madina.
Mengapa Nabi Muhammad menyuruh para pengikutnya berhijrah ke habashah dan Yatrib? Falsafahnya: Kerana pembesar dan penduduk Habasah terdiri dari ahli kita, iaitu orang – orang beragama Kristian atau Nasrani (kitab Injil). Manakala di Madinah ramai orang ahli kitab, iaitu Yahudi (kitab Taurah dan Zabur).
Para ahli kitab - Kristian atau Nasarani dan Yahudi kurang membahayakan orang - orang Islam berbanding dengan orang - orang kafi musyrikin - menyengutukan Allah dengan makhluk atau penyembah - penyembah berhala.
YANG SULIT
Sebelum Junjungan berhijrah ke Yathrib, Abu Bakar As Siddiq telah menyediakan dua ekor ekor unta yang akan mereka tunggangi dalam pengembaraan dari Makkah ke Yathrib. Dua ekor unta itu diserahkan dalam jagaan seorang yang mahir akan silok belok jalan di sahara, ia itu Abdullah bin ‘Uraiqiz.
Sebaik - baik sahaja Muhammad menerima perintah dari Allah supaya berhijrah ke Yathrib, maka Junjungan telah menjemput Abu Bakar di rumahnya untuk menyertai Junjungan dalam pengembaraan yang sulit itu.
Junjungan telah menyuruh sahabatnya, Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a. tidur di temat tidurnya dan berselimut dengan gebarnya. Hal itu untuk mengelirukan musuh - musuhnya.
GUNUNG BATU
Pada malam itu di bawah perlindungan Allah, Muhammad bersama Abu Bakar telah berangkat ke gua Thur. Sebuah gunung yang terletak di antara dua buah gunung batu pejal dan hitam. Gunung yang terletak kira - kira lima kilometer dari Bandar Makkah itu, lebih kurang sama bentuknya dengan gunung Cahaya (Jabal Nur) tempat mulanya wahyu - Iqra - , di anugerahkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril.
Dalam gua gunung Thur itulah Muhammad dan Abu Bakar telah bersembunyi sebelum melangsungkan pengembaraan bermukjizat dan hikmat ke Yathrib.
Sebaik – baik sahaja Muhammad dan Abu Bakar masuk ke dalam gua tersebut, labah – labah teah meregang sarangnya pada lubang gua itu dan burung merpati telah bersarang pada bahagian atas lubang tersebut. Ada riwayat lain mengatakan burung itu, ialah layang - layang.
GAGAL MEMBUNUH
Para pemuda kafir yang tekah gagal membunuh Muhammad di rumahnya telah menyinga marah mereka, kerana mereka mendapati di rumah Muhammad, ialah Ali bin Abi Talib. Sebenarnya mereka itu tidak dengan rela hati membantu para pembesar golongan kafir Quraisy Makkah. Mereka bertindak liar dan ganas kerana memerlukan upah yang djanjikan, iiaitu sejumlah 100 ekor unta, jika mereka berjaya membunuh Muhammad.
Pemuda - pemuda itu telah datang ke gunung Thur. Mereka bercadang hendak memasuki gua tempat Muhamad dan Abu Bakar sedang bersebunyi. Mereka yakin Muhammad dan abu Bakar sedang bersembunyi di situ. Tetapi setelah mereka melihat sarang labah - labah di pintu dan sarang burung merpati atau laying - layang di atasnya, maka mereka tidak menajdi masuk ke dalam gua tersebut.
Pada ketika itu Abu Bakar ketakutan, tetapi Muhamad merangsang semangat dengan berbisik kepada telinga orang tua itu, kira – kira:
“Abu Bakar, jangan pak menyangka kita hanya berdua …, ketiga adalah Allah …, Jangan sedih …, Allah bersama kita.”
PADANG PASIR
Beberapa minggu sebelum melakukan hijrah, Abu Bakar telah menyerahkan dua ekor untanya kepada Abdullah bin Uraiqiz – mahir memelihara unta dan mahir akan siluk bilut jalan dan denai dalam padang pasir.
Dua ekor unta itu untuk menjadi life transport (kenderaan bernyawa) bagi Muhamad dan dirinya sendiri dalam pengembaraan nanti.
Abdullah bin Uraiqit menunjukkan cara mengembara dalam sahara. Dia tidak mahu Muhammad dan Abu Bakar melalui jalan yang biasa dilalui oleh para pengembara dan pedagang, iaitu jalan panjang, di sebalah timur.
Jalan yang dilalui Muhamad dan Abu Bakar bersifat tektik jalan dalam tektik peperangan, iaitu lebih dahulu mereka menuju ke selatan dalam kawasan Makkah. Dari situ mereka menuju ke arah barat, iaitu hala ke Tihamah yang berhampiran dengan Laut Merah. Setelah tiba di Tihamah, mereka mengikuti arah menuju ke Yathrib yang kira - kira 450 kilometar dari Makkah ke Yathrib dan menelan waktu lebih 160 jam.
PANAS TERIK
Pada waktu siang, padang pasir yang luas terbentang dan angina bercampur debu itu, panas terik dan membahang, bagaikan membakar hangus setiap yang melaluinya. Tetapi Muhammad dan Abu Bakar di dilindungi Allah. Awan dingin memayungi mereka sepanjang pengembaraan sukar tersebut.
Para pembesar golongan kafir Quraish Makkah telah menyuruh seorang hire killer (pembunuh upahan), iaitu Suraqah bin Ju’sum untuk memburu Muhammad dan membunuhnya. Jika dia telah berjaya membunuh rasul akhir zaman itu, dia akan diupah dengan 100 ekor unta.
Suraqah dengan menunggang kuda pantas telah memburu Muhammad dan Abu Bakar. Hajatnya besar, iaitu membunuh Muhammad dan mendapatkan upahan. Dalam tubuhnya tidak ada perikemanusiaan.
LINTANG PUKANG
Dalam kepantasan kuda memburu Muhammad dan Abu Bakar, kaki kudanya terseradung pada ombak pasir dan tersngkut. Suraqah ikut tersungkur dan lintang pukang atas pasir panas itu. Dia mengejar Muhammad dan Abu Bakar lagi. Sebaik - baik sahaja Suraqah menghampiri Muhammad dan Abu Bakar, kaki depannya terseradung ombak pasir lagi. Kakinya tidak dapat diangkat kerana tersangkut pada gumpalan pasir di situ. Dia tersungkur kali ketiga ke atas pasir di hadapan Muhamad dan Abu Bakar.
Pada ketika berdiri di hadapan Muhamad di tengah padang pasir tersebut, keberanian Suraqah telah hilang dari dirinya. Sebaliknya dia laksana pengemis, memohon Muhammad menolongnya melepaskan kaki kudanya yang tersangkut pada gumpalan pasir itu.
Muhammad telah menolong suraqah dengan berdoa kepada Allah. Kaki kuda Suraqah terlepas dari gumpalan pasir itu. Dia telah menyatakan tujuannya kepada Muhammad. Dia juga menawarkan hadiah (seperti rasuah atau politik wang) unta dan ternakannya kepada Muhammad, tetapi Muhammad menolak tawaran musuhnya yang telah menjadi baik itu dan bersabda kepadanya:
Kalau kamu sendiri belum ssukakan agama Allah …, saya juga tidak sukakan unta dan tenakan kamu …
Kemudian Suraqah memohon kepada Muhammad agar dia diberi secebis surat untuk dibuktikan kepada kaum Quraisy yang dia telah menemui Junjungan. Muhammad telah setuju dan meminta Abu Bakar menulis surat itu atas sekeping tulang haiwan atau batu. Setelah Abu Bakar menulis surat itu, dia mememberi kepada Suraqah yang berdiri seperti biri - biri kedinginan itu.
BATU BESURAT
(Ada ahli sejarah berpendapat, tulisan pada tulang atau batu itu ialah: Saya, Muhammad rasul Allah.mp).
Setelah menerima surat dari Abu Bakar, Suraqah berpamit kepada Muhammad dan Abu Bakar. Dia berpatah ke belakang untuk menunjukkan tulang atau batu bersurat itu kepada para pembesar golongan kafir Qurasy di Makkah.
(Lapan tahun kemudian, itu pada masa Muhammad memimpin Negara Islam Madinah, Suraqah telah memeluk agama Islam dan dia mendapat penghormatan tertinggi dari Muhammad).
Muhammd dasn Abu Bakar telah tiba di Quba - satu tempat tidak jauh dari pekan Yathrib. Mereka disambut oleh golongan Ansar (pera penolong) dan Muhajirin (mereka yang hijrah) dengan semangat jihad. Air mata gembira. Laungan keramat dan menyanjung Muhammad mengatsi langit di atas kepala.
Di Quba, Muhammad dan para mukmin dan mukminat telah mendirikan masjid sementara, iaitu beratapkan daun tamar dan batang - batang kayu biasa. Kini di tempat itu telah dibina masjid besar, iaitu masjid Quba.
(Tamat)
(Artikel ini dipadankan dari buku Falsafah Umrah dan Haji, oleh: Mokhtar Petah. Boleh disiarkan dalam mana-mana media dan untuk tujuan pengetahuan. Editor: Petah Shahrir Aidid.)
Nama Yathrib (orang kurap) bertukar kepada Madinah setelah Muhammad dan umat Islam menduduki pekan tersebut.
Perlukan jawapan.
Kalau kita Melayu, bolehkah Melayu selamat dalam keadaan sekarang?
Bolehkah Melayu akan terus kerkakal di bumi sendiri jika tidak berhijrah kepada Negara Islam?
Bolehkah Melayu tidak berhijarah ke Negara Islam, bolehkah Melayu terus berkuasa di negara sendiri dalam keadaan politik masakini?
Kalau Melayu tidak berhijrah kepada Negara Islam, ada kemungkinan Melayu akan merempat di bumi sendiri?
Quran
HIJRAH
Sesaungguhnya orang - orang yang beriman, berhijrah (berpindah meninggalkan negeri mereka), berjuang dengan harta dan diri mereka di jalan Allah dan mereka yang memnberi temoat perlindungan (kepada orang - orang mukmin d yang diseksi atau dihalau musuh) dan memberi pertolongan (kepada mereka); mereka itu satu sama lain pimpin memimpin. Dan orang - orang yang beriman tidak berpinbdah, tidaklah kalian berkawajipan melindungi mereka sedikit pun, sebelum mereka berpindah. Tetapi kalau mereka meminta pertolongan kepada kalian dalam urusan agama (Islam), kalian perlu melindungi mereka, kecuali kepada kaum yang telah ada perjanjian antara kalian dengan mereka. Dan Allah melihat apa yang kalian kerjakan. – Al Anfal: 72.
HADIS
PEMIMPIN
Sesungguhnya, Allah akan menyoal kepada setiap pemimpin tentang apa yang mereka pimpin; adakah mereka menunai (tanggungjawab) kan atau mensia-siakannya, sehingga seseorang akan ditanya tentang tanggungjawabnya (kepada) keluarganya.
PETUA
PEMIMPIN YANG BAIK
Pemimpin yang baik, ialah yang dipilih oleh orang ramai dengan jujur dan bukan kerana sogokan wang dan janji - janji yang belum tentu dapat ditunaikan.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.