Tuesday, December 23, 2008

DATUK SERI ABDULLAH BADAWI

JATUH BANGUNNYA DI BAWAH TAKDIR

Oleh:Mokhtar Petah

Segala-galanya di bawah takdir Allah. Sesuatu yang berlaku ada hikmatnya. Pada 8 Januari 1999, Abdullah Badawi telah dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohamad untuk memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Bersama dengan jawatan Timbalan Menteri Malaysia yang disandangnya, beliau juga diberi tanggungjawab memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Malaysia.
Tugas Abdullah Badawi, membantu pemimpin negara, Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad. Tugas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Malaysia memberi tanggungjawab kepada beliau untuk menjamin keselamatan dan keamanan rakyat dan negara. Rakyat tidak menimbulkan keadaan haru –hara dan perpaduan rakyat terus berkekalan di bawah falsafah ‘Rukun Negara’.
Di bawah kuasa Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, ialah Jabatan Polis Diraja Malaysia, Imigresen, Pendaftaran negara, Pendaftar Pertubuhan, mengawal penerbitan, iaitu surat khabar, majalah dan sebagainya, mengawal Pelesenan Pencetakan, di bawah Lembaga Pengawalan Pelesenan Pencetakan Al Quran (memperakui ayat-ayat Al Quran yang terkandung dalam teksnya adalah betul).
Beliau juga memegang tanggungjawab yang tidak mempopularkan diri beliau, itu menjaga dan menentukan kuat kuasa Akta Keselamatan Dalam Negeri - Internal Security Act (ISA).
Pengalaman beliau memegang jawatan Setiausaha Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ditubuhkan setelah berlaku tragedi 13 Mei 1969, telah menjadi pengelaman dan penyumbang yang besar kepada beliau untuk menentukan negara berada dalam keamanan dan perpaduan rakyat tetap kukuh.
Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad telah melantik Abdullah Badawi memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, kira-kira 129 hari setelah beliau mengeluarkan perintah ‘menggemparkan’ seluruh rakyat, iaitu memecat Anwar Ibrahim dari semua jawatan yang disandangnya, pada 2 September 1998 seperti kenyataan akhbar berikut ini:

‘Adalah dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta juga jawatan-jawatan lain yang dipegang oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Awar Ibrahim berkaitan dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Perlucutan jawatan-jawatan ini, 2 September 1998 mulai jam 5.30 petang.
Seri Paduka Yang Dipertuan Agong telah pun dimaklumkan mengenai perlucutan jawatan berkenaan’
Jabatan Perdana Menteri,
Kuala Lumpur
2 September 1998.

Pelantikan yang telah dibuat oleh Dr. Mahathir Mohamad ke atas Abdullah Badawi itu adalah pilihan tepat. Telah mengejut dan memukau semua kawan dan lawan politiknya, di seluruh negara dan di sekutah dunia. Rakan-rakannya menjulangnya penuh hormat. Musuh-musuhnya meluahkan isi hati, “...orang lembek macam itu mana boleh jadi pemimpin negara”.
Saya teringat akan kata-kata Allahyarham Dr. Burhanuddin Helmi, bahawa kalau
kita disayangi oleh 50 orang, jangan menidakkan, sebanyak itu juga orang yang tidak sukakan kita. Keadaan itu telah dialami oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn dan juga oleh Dr. Mahathir Mohamad. Dan Abdullah Badawi juga begitu.
Sesiapa jua, sama ada pemimpin mahupun orang-orang bawahan hingga petani miskin di air meleleh dan buruh kasar tengah kota, tetap merasai atau mengalami kejadian atau krisis seperti syair dan pantun di bawah ini:

Pohon indah bunganya semerbak,
Getah daunnya warna merah,
Dendalu tumbuh batangnya rebak,
Allah jua tempat berserah.

Bijak bestari Awang Sulung,
Taulan ramai keliling pinggang,
Wajah berseri hati murung,
Depan manis khianat belakang.

Setiap manusia yang mengembara atas lebuh raya kehidupannya, di dunia ini, tentulah dapat melihat dan memikirkan hikmat dari kejadian Allah atas dirinya; Jatuh ada bangunnya ada. Susah menimpa senang mendatang.
Begitu juga saya melihat setiap manusia sentiasa dibelit dan dililit oleh kalimat-kalimat berlawanan seperti di bawah ini yang menjadi pengetahuan atau hikmah dan teladan seperti di bawah ini:

Siang ada malam ada,
Dingin ada panas ada,
Bulan ada mata hari ada.
Baik ada buruk ada,
Sedih ada duka ada,
Cinta ada benci ada.
Muda ada tua ada.
Dara ada janda ada.
Segar ada sakit ada.
Hidup ada mati ada.

Beberapa hari setelah kerusi Timbalan Perdana Menteri berkeadaan kosong, saya telah bertindak yang bersandarkan tawakal kepada Allah, ‘ maka tawakallah diri kamu kepada Allah, sesungguhnya kamu atas kebenaran yang terang ’ dan ‘Sesungguhnya Allah itu melaksanakan kehendak-Nya, mengadakan ukuran bagi segala sesuatu ’ maka saya teringat kembali kepada seorang murid sekolah – High School, Bukit Mertajam, Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, di Kepala Batas, pada tahun 1954.
Pada satu petang, saya telah berkata kepadanya, bahawa pada masa akan datang dia akan menjadi seperti Tunku Abdul Rahman dan Dato Abdul Razak.
Teringat pula saya kepada Surat Dr. Mahathir Mohamad pada masa beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, bertarikh 28 Mei 1981, ‘Saudara, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana ucapan tahniah yang agak terawal dan juga pandangan yang diberi’. Mungkin beliau akan menerima pandangan saya lagi.
Saya juga mengulang baca buku karangan saya, ‘Abdullah Badawi Pejuang Kemanusiaan Sejagat’ – terbit pada tahun 1997 -, dalam buk itu saya telah membayangkan yang Abdullah Badawi akan menjadi pemimpin negara dan rakyat Malaysia pada masa di muka.
Dengan keyakinan yang tegar dalam diri sendiri, memohon dan tawakal kepada Allah dan berharap kepada Dr. Mahathir Mohamad, saya telah menulis surat kepada beliau. Dalam surat itu saya telah mengemukakan pandangan, bahawa Abdullah Badawi adalah tokoh politik yang paling sesuai dan layak memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Beliau akan dapat meredakan demonstrasi jalanan dan pergolakan di kalangan para pelajar. Saya telah menyertakan surat itu dengan sebuah buku ‘Abdullah Badawi Pejuang Kemanusiaan Sejagat’. Dan saya sendiri telah menghantarkannya kepada Dr. Mahathir Mohamad, di kediaman beliau, Sri Perdana, Kuala Lumpur.
Saya tidak pasti, sama ada pandangan saya itu telah diterima oleh negarawan itu atau tidak, tetapi yang nyata beliau telah melantik Abdulah Badawi - tokoh politik yang saya yakin dapat membantu beliau memimpin negara dan rakyat, sesuai dengan pengetahuan, pengalaman dan hala tujuannya: Pengetahuan duniawi dan ukhrawi yang tinggi.
Sesungguhnya Negara Malaysia amat memerlukan tokoh politik yang demikian untuk memimpinnya. Mengubahnya menjadi sebuah negara ‘baldatun tayyibah wa Rabbun Ghafur’ – negara bertuah dan Tuhan Maha Pengampun’.
Pada sebelah malam setelah Abdullah Badawi memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, saya bersama anak saya, Noor Iskandar, telah menziarahi beliau di kediamannya, di Bukit Petaling, Kuala Lumpur. Pada ketika saya tiba, kira-kira dua belas orang yang saya tidak kenali sedang bercakap-cakap dengan Allahyarhamah Datin Endon, di beranda kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Luar Malaysia itu. Abdullah Badawi masih di masjid berhampiran dengan kediaman beliau kerana menyertai majlis tahlil, di masjid tersebut.
Pada ketika saya dan anak saya naik ke atas kediaman itu, kami disambut oleh Endon dengan mesra. Saya dan anak saya telah bersalaman dengan tetamu-tetamu itu. Mereka tidak mengendahkan kami dan terus bercakap mengenai politik dan perniagaan. Saya kira mereka itu orang-orang dari golongan ‘nia-poli-, bukan golongan korporat.
Endon telah perkenalkan saya kepada mereka, katanya, “...ini, ...Mokhtar Petah yang menulis buku riwayat hidup Datuk, ....Datuk Abdullah Badawi Pejuang Kemanusiaan Sejagat.”
“Ooo, begitu...,”suara mereka satu.
“...bila terbit?” seorang dari mereka telah bertanya.
“Dah lama...,”jawab saya.
Pada ketika itu saya terfikir buruk dan tak sesuai dengan tasawuf, “...orang-orang tak baca bukulah ni,”. Kerana buku itu telah terbit pada tahun 1997 lalu. Seperti kata Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa, Allahyarham Datuk Abdul Samad bin Idris, pada tahun 1971, “...kalau orang Melayu di negara ini tak kenal Mokhtar Petah, maknanya orang itu tidak membaca surat khabar, majalah, ...buku...Melayu...”.

Saya telah bercakap dengan isteri Abdullah Badawi, Allahyarhamah Datin Endon Mahmood. “....saya syukur kepada Allah kerana Dato’ jadi TPM, tapi entahlah...,”
“...saya takut tak dapat membantunya, ...dia memikul tanggungjawab yang berat,”kata Endon.
Sebaik-baik sahaja Abdullah Badawi naik ke kediamannya, beliau dan saya berpelukan sejenak sambil saya mengucap tahniah kepada:
“...ana ucap tahniah kepada Ante, ...insya Allah ante dapat memimpin rakyat negara ini menjadi khirul ummah.”
“ Alhamdulillah, ...terima kasih, mudah-mudahan, ... semuanya dengan kehendak Allah...,”sambut Abdullah Badawi.
Kira-kira setengah jam saya dan anak saya bercakap dengan Abdullah Badawi, sebelum saya meninggalkan beliau, saya telah berkata kepada beliau sekali lagi, “...insya-Allah, anta mendapat keredaan-Nya.”
Pada ketika itu, dalam cahaya lampu, saya nampak di sebalik wajah Endon yang senyum itu tersembunyi ‘suka dua suaminya an dukanya sendiri’.
Dari bulan Januari 1999 hingga Oktober 2003, Abdullah Badawi memegang jawatan timbalan Perdana Menteri, beliau telah memperlihatkan hala tuju perjuangannya pada hari-hari muka. Sama ada gerak kerjanya, cetusan fikirannya, ucapannya budi bahasa ‘yang carik itu gundi yang indah itu saga’ sesuai dengan perisytiharan yang telah dilakukan oleh Dr. Mahathir Mohamad dalam Dewan Rakyat sebelumnya, iaitu negara kita, sebuah Negara Islam.
Di mana sahaja beliau berucap tetap ada kata-kata yang berlandaskan tauhid Allah. Kuasa Allah. Kehendak Allah. Beliau banyak menyebut kata-kata yang berdasarkan Quran dan Hadis Nabi Muhammad s.a.w. dan kata-kata hikmat para ulama.
Sepanjang sejarah negara kita, iaitu dari mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 hingga kepada 8 Januari 1999, beluam pernah berlaku Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang menjadi imam sembahyang di masjid dan surau. Sejarah negara kita telah tercatat kalimat baru; Abdullah Badawi telah menjadi imam sembahyang. Imam yang diikuti oleh sidang jemaah yang terdiri daripada berbagai tingkatan orang-orang beriman.
Datuk kepada Abdullah Badawi, iaitu Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim dan bapanya, Allahyarham Datuk Haji Ahmad Badawi memang tidak dapat dikira berapa kali kedua-duanya menjadi iman sembahyang di merata-rata tempat di seluruh bumi Melayu ini.
Saya teringat akan kata-kata Allahyarham Sheikh Tahir Jalaluddin kepada saya pada tahun 1960-an, iaitu “ ...dengan kehendak Allah, pada satu masa nanti, akan ada pemimpin negara kita menjadi imam sembahyang di masjid-masjid, pada masa itulah akan wujud kekuatan umat Islam dan perhatian umat manusia kepada orang kita.”

NAIK TURUNNYA DI BAWAH TAKDIR

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.