BANGLONYA KUBURNYA
Oleh: Mokhtar Petah
Datuk Din. Orang politik terkenal. Kaya rayanya macam Qarun.
Datuk Din bersama isteri dan seorang anak perempuannya, tinggal di sebuah banglo tiga tingkat di lereng Bukit Saujana itu.Lebih tujuah buah kereta mewah berkaparan dalamkawasan banglo tersebut.
“Siapa nak duit, nak baiki surau, madrasah …, nak bantu anak yatim, ibu tunggal …, orang kurang upaya beritahu saya …, saya akan bantu,” begitulah kata - kata Datuk Din kepada para jemaah surau Al Jabaliah.
WANG YANG BANYAK
Memang Datuk Din pemurah orangnya. Tetapi orang ramai tidak mengetahui daripada mana dia mendapat wang yang banyak. Dua tiga orang rakannya termasuk pemandu keretanya amat mengetahui akan usaha dan ikhtiarnya sehingga dia menjadi orang kaya raya. Bergelar Qarun
Kawan – kawannya mengetahui dia mendapat wang para hartawan dan ahli perniagaan yang berurusan dengan pihak kerajaan untuk mendapat sesuatu projek, lesen, permit dan seumpamanya. Kepada dianya mereka melonggokkan wang rasuah untuk disampaikan kepada dua tiga orang menteri dan beberap orang pegawai kerajaan
Pemandu kereta Datuk Din amat mengetahui; dia telah mendapat wang berjuata – juta ringgi dari beberapa orang taukeh judi dan wang kapur, iaitu sesiapa yang berhajat menemui menteri - menteri, mesti memberi wang kepadanya agar dia dapat membawa mereka menermui menteri - menteri berkenaan.
MENCULIK ANAK DN ISTERI
Datuk din memberitahu kepada mereka, bahawa menteri - menteri mahukan wang beberapa jumlah banyaknya - hingga sampai mata ratusan ribu - , tetapi sebenrnya wang itu untuk dirinya sendiri.
Datuk Din menggunakan sebahagian dari wangnya yang banyak itu untuk melabur dalam ‘syarikat kewangan sulit’, iaitu memberi pinjaman kepada para peniaga kecil dan sederhana.Apabila piminjam - peminjam itu tidak dapat melangsaikan hutag masing – msing, maka dia dan pihak syarikat menggunakan tindakan yang keras seperti memukul hatta membunuh atau menculik anak atau isteri orang yang meminjam itu.
Pada malam itu, malam Jumaat, Datuk Din berasa tidak enak badan. Dia tinggal seorang diri dalam banglonya di lereng bukit itu. Isteri, Datin Putih, anak perempuannya dan orang gajinya telah dua hari, berada di Pulau
GOLONGAN HARTAWAN
Kira - kira jam 8.00 malam itu hujan turun mencorah - mencorah, di sekitar kawasan lereng bukit yang telah menjadi kawasan kediaman golongan hartawan
Ribut dan petir telah bekerjasama dengan hujan lebat mengocah keteteraman kawasan tersebut.Datuk Din tidak suka mendengar bunyi petir.Dia tidak boleh tidur dalam bilil tidurnya di tingkat atas, kerana dalam bilik itu, walaupun berhawa dingin dan semua jendela tertutup rapat, tetapi telinga orang kayanya mesih dapat mendengar bunyi petir. Petir mengganggu ketenteramannya.
Macam Qarun yang banyak anak kunci, Datuk Din membawa seraub anak kunci, telefon bimbit, bersama sebuah beg orang elitnya dan turun ke bilik bawah tanah dalam banglo tetsebut. Bilik itu akan menyelamatkannya dari mendengar bunyi petir.Dia dan isterinya sering tidur dalam bilik yang seperti kubur itu.
TERLENA DALAM BIKIK
Di sekitar kawasan lebih seratus banglo itu basah kuyup dalam hujan dan ribut. Hujan bekerjasama dengan rabut. Hujan bekerjasama dengan bumi. Air hujan dan air yang sedia bertakung dalam bumi di lereng bukit itu saling bekerjasama. Air mencari jalanuya untuk keluar.Dulu ada jalan air di situ, tetapi telah ditutup oleh pemaju kawasan tersebut.
Datuk Din terlena dalam bilik sepi itu. Bilik dingin itu menjadikan dia tidur nyenyak. Tiada siapa yang akan mengganggunya.Telefon bimbit dan telefon rumahnya ditutup. Dia tidak mahu sesiapa pun mengganggunya, walaupun Ani dan Miss Chan yang menajdi kekasiahnya.
Dengkur Datuk Din kuat bunyimya, bgaikan memecah dinding batu biklik itu. Perutnya seperti perempuan hamil aanak kembar tiga, kelihatan turun naik seperti perut kerbau sedang tidur dalam sawah.
“Din, sesungguhnya manusia sangat melampau sayangkan harta …, cari kekayaan dengan jalan haram …,” suara laksana petir menerpa ke dalam sepasang lubang telinga Datuk Din.
Seluruh tubuh Datuk Dia bergerak – gerak.
“Kamu amalkan rasuah …, jadi broker orang rasuah …, jadi balaci orang politik yang amalkan polaitik wang …” suara itu menerpa lagi kepada dua lubang telinganya.
Datuk Din terjaga.Pada ketika itu dia tidak terdaya menyebut nama Allah lagi.
MEMECAH LUBANG TELINGA
“Kamu guna duit judi, duit rasuah, duit riba, duit haram untuk bantu surau, madarasah, anak yatim …,” suara itu mendera Datuk Din.
MEMECAH LUBANG TELINGA
Kalai ini suara jerkah menyeksa Datuk din, “Kamu Qarun
“Kamu tahu, aku ini malaikat …, aku nak beritahu kepadsa kamu, Sesunggtuhnya Qarun itu termasuk kaum Musa, tetapi dia melakukan aniaya kepada orang ramai, dan Kami berikan kekayaan, yang anak kuncinya dibawa oleh beberapa orang yang agah;
“Dia dan mahligainya Kami benamkan ke dalam bumi …,” suara bagaikan petir itu seolah – olah akan memecahkan lubang telinga Datuk Din.
Pada ketika itu Datuk Din dimamah ketakut. Sedar dan Insaf mengulit dirinya.Dia telah melakukan perbuatan salah; rasuah, riba, judi dan bermacam - macam kejahatan lagi yang menjadikan dia beruntung.
DALAM GELAP GELITA
Bunyi petir berdentum dentam menerjah masuk ke dalam bilik bawah tanah itu. Datuk Din hampir menjerit.dua biji matanya merenung dinding biliknya yang mulai retak. Dari celah retakan itu mengalir air bercampur tanah merah. Bersama hawa dingin yang mati, lampu bikiknya terpadam.
Bunyi seperti letupan kuat menyambar lubang telinga Datuk Din. Pada saat - saat itu, Dauk Din menjerit. Meraung. Melolong. Suaranya meminta tolong dalam gelap gelita itu.
Tiba – tiba tubuhnya dihempap oleh lelangit bilitnya. Dia tidak sempat mengucap dua kalimat syahadt. Tubuhnya yang gemuk seperti badan himpit itu rapat. Penyet seperti eping. Nyawa direntap oleh malaikat maut.
MEREKA YANG TERKORBAN
Selama seminggu pasukan penyelamat berusaha mencari mayat mayat – mayat mereka yang terkoarban dalam setiap banglo yang runtuh dan ditekan bumi itu dalam kawasan lereng bukit itu. Mereka meliht bumbung banglo Datuk Din sama paras dengan bumi yang terbongkar dan roboh. Tanah merah di sekitar bumbung banglo itu bercampur berlumpur.
Perdana Menteri, Ketua Polis Negara, Ketua Angkatan Tentera, menteri – menteri dan para wartrawan, tidak mengetahui yang tubuh Datuk Din, Qarun Malaysia itu telah berkubur dalam bilik bawah tanah dalam banglonya sendiri.
Ustaz Hanafi yang turut dalam pasukan penyelamat itu, hatinya disedarkan oleh maksud ayat Quran, Masing – masing (Firaun, Qarun dan lain) Kami seksa kerana dosanya.Kami kirim ribut kencang (bercampur pasir) kepadanya …, Kami benamkan dalam bumi …, sebahagian alain Kami karamkan dalam laut ….
“Allahu Akbar …, semua yang berkaku ini kehendak dan iradat Allah …, ada hikmatnya …, akan menginsafkan orang – orang yang masih hidup …,” bisik mubaligh bebas itu.
(Tamat)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.