PAS AKAN TERPESONG DARI PERJUANGAN
Oleh: Mokhtar Petah
Jika PAS membuka pintunya kepada orang bukan Islam, selain dari perjuangannya akan terpesong, ia akan berbeza dengan perjuangan Nabi Muhamma s.a.w., dan yang akan putih mata umat Islam sendiri.
Tulisan ini adalah pandangan saya. Jika pendapat Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul ‘am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat diterima dan diparaktikkan nescara PAS akan menjadi sebuan parti politik campuran – orang Islam, orang munafik dan orang kafir.
Nik Aziz berkata selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negri Kelantan semalam, “Bukan Islam pun dah mula undi PAS, kena apa kita tak boleh beri peluang kepada mereka, politik ini untuk semua.”
Manakala Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang menolak pendapat Nik Aziz itu.
Mungkin Nik Aziz masih tidak lupa, bahawa tidak lama dulu, tokoh DAP, Karpal Singh telah mengecam hebat akan rancangan PAS menegakkan Negara Islam di Malaysia.
UMAT ISLAM
Kita mesti kembali ke pangkal jalan perjuangan PAS pada tahun 1951, bahawa PAS adalah sebuah pertubuhan politik umat Islam dan bejuang atas landasan Quran dan Sunnah untuk menegakkan Negara Islam di bumi tempat orang Melayu berpijak ini.
Jika PAS membuka pintunya untuk orang bukan Islam, maka parti itu akan hilang niatnya dan ia akan menjadi sebuah parti politik yang mungkin sama dengan UMNO dan Gerakan atau Parti Keadilan Rakyat.
Setiap ahli PAS hendaklah kembali kepada sejarah Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun Junjungan menjadi Rasul Allah dan Pemimpin Tertinggi Negara Islam Madinah, iaitu dengan bimbingan Allah, Junjungan tidak mengambil orang-orang bukan Islam menyertai pemerintahan Islam.
Perhatikan faktor sejarah berikut ini:
1 – Dengan petunjuk Allah Nabi Muhammad s.,a.w. tidak
Menangambil ketua kaum munafik Madinah,
Abdullah Ibnu Ubai menyertai harakah Islam dan
pemerintah Islam yang Junjungan pimpin.
2 - Masjid Dirar yang dibina oleh kaum munafik di tolak
oleh Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. telah
mengharahkan dua tentera Islam merobohnya.
Dan (di antara orang orang munafik itu juga ialah)
mereka yang membina masjid dengan tujuan
membahayakan (keselamatan orang Islam) dan
(menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah – belahkan perpaduan orang – orang yang beriman, an juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang jahat itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkta: “Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata – mata” Pada hal Allah menyaksi, bahawa sesungguhnya mereka itu berdusta.
Jangan kamu (Muhammad s.a.w.) sembahyang dalam masjid itu selsama – lamanya, kerana sesungguhnya (Masjid Quba yang dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w.), yang didirikan atas dasar taqwa ari mula (wujudnya), sudah sepatunya kamu sembahyang di dalamnya. Dalam Masjid itu ada orang – orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan diri mereka dan Allah mengasihi mereka yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).
- At Taubah:107, 108.
Apabila mereka bukan Islam telah menyertai PAS, maka tengtulah mereka juga menuntut akan menjadi pemimpin (mengikut urutan demokrasi), jika hal itu berlaku, maka ahli-ahli PAS tetpaksa membelakangi arahan Allah berikut ini:
‘Janganlah orang – orang yang beriman mengambil orang –
orang kafir menjadi pemimpin (atau teman seperjuangan
dalam Islam) dengan meninggalkan orang – orang yang
beriman. Dan siapa yang melakukan (larangan) yang
demikian itu, maka dia tidaklah (mendapat perlindungan)
dari Allah dalam sesuatu apa pun.’ – Ali Imran: 28.,
PARTI POLITIK
Satu hal yang patut diambil perhatian oleh kalangan ahli PAS, mana- mana parti politik orang Melayu yang disertai oleh mereka dari bukan Melayu, kesudahannya parti politik itu hilang orang Melayu dan menjdi parti orang Cina, iaitu PAP Singapura dan Gerakan.
Jika PAS membuka pintunya kepada orang bukan Islam, makaparti politik Islam itu akan menjadi seperti parti – parti tersebut dan ia akan gagal dengan cita-cita dan perjuangan sucinya untuk menegakkan Negara Islam.
Pendapat Nik Aziz itu elok dibincang dengan baik agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingin dalam parti Islam yang telah amat dewasa itu.
Saya menulis artikel ini sekadar mengingatkan sahaja agar parti itu tidak terpesong dari cita – cita dan prjuangan asalanya.
Itulah sebabnya ramai ahli PAS sendiri cepat-cepat menyarankan Nik Aziz berhenti saja dari memegang MB kelantan.
ReplyDelete