TIKAM BELAKANG KAWAN
(untuk para politikus yang akan berentap di MTumno)
Injit injit semut,
siapa takut naik atas,
dalam arena politik asobiyah,
insan berlomba tanpa batas,
banyak halal sedikit haram;
semua boleh asalkan menang.
Injit injit semut,
siapa takut naik atas,
tikam belakang kawan,
pembunuhan jadi permainan,
tanpa belas kasihan,
lupus perikemanusiaan.
Injit injit semut,
siapa takut naik atas,
rasuah dalam pejuangan,
politik wang atau pitih nilai diri,
yang tolak tangga berayun kaki,
tepuk dada, konon pejuang sejati.
Injit injit semut,
siapa takut naik atas,
pejuang berkudakan nafsu,
kedudukan matlamat utama,
kuasa di tangan konon demokrasi,
'lantak'lah rakyat papa kedana.
Injit injit semut,
siapa takut naik atas,
apa guna helikopter canggih,
wang rakyat percuma terbuang,
helikopter tidak untuk berjuang,
hanya dipamir sepanjang musim.
Injit injis semut,
siapa takut naik atas,
orang berakal waras fikiran.
ramai kawan sekutah alam,
tanpa musuh keliling pinggang,
utama budi bahasa elak peperangan.
Injit injit semut,
siap takut naik atas,
ramai warga luar bandar,
patah kandar rezeki sekelumin,
makan sambal telunjuk berdiri,
tanpa kiju dan vitamib bici.
Injit injit semut,
siapa takut naik atas,
jika Islam tidak jadi pegangan,
di mana Melayu di batas zaman,
ditelan bumi laksana Qarun,
atau merempat di bumi pusaka,
Pat pat siku lipat,
siapa cepat dia dapat,
ayuh Melayu bangsa Nusantara,
pegang Islam gunakan hukumnya,
Melayu berdaulat di reda Allah,
Syaitan bersifat rebah kecundang!
Allahu Akbar,
Muhammad rasul - Nya,
Selamatkan Melayu terjulang nama,
beriman tegoh berani berjuang.
Hukum Allah dilaksana sungguh,
mulia di dunia,
di akhirat, syurga tempat berlabuh.
Batu Ring, Perak ---------------------------Mokhtar Petah
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.