RAJA MELAYU
UMNO HAPUSAKAN KEKEBALAN
‘Raja Adil Raja Disembah Raja Zalim Raja disanggah’
Oleh:Mokhtar Petah
Kekebalan Raja - Raja Melayu perlu dikembalikan semula kepada mereka, jika bangsa Melayu mahu mereka berperanan lebih berkesan bagi melindungi kedaulatan Raja Melayu, Perlembagaan negara dan bangsa Melayu.
Pemangku Yang Dipertuan Besar negeri Sembilan, Tunku Naquiyuddin Tunku Jaafar bertitah, bahawa mengembalikan semua kekebalan kepada Raja Melayu adalah perlu, jika mahukan mereka menjalankan tugas dengan adil dan tidak memihak dalam melindungi Perlembagaan Negara.
Tunku Naquiyuddin telah berititah bertajuk ‘Peranan Raja Berpelembagaan Pada Abada Ke - 21’ dalam satu Majlis Jamuan Diraja di sini semalam.
Menurut Baginda, bahawa kekebalan Raja Melayu telah hilang selama
“Jika (orang) parti politik melihat diri mereka sebagai wakil rakyat, maka Raja –Raja Melayu melihat diri mereka sebagai pelindung Perlembagaan,” titah Baginda.
“Dengan kekebalan itu usaha untuk melindungi kepentingan semua komuniti, memupuk keamanan, keselamatan ekonomi dan tadbir yang baik dapat dipenuhi,” titah Baginda lagi.
“Kedaulatan dan kekebalan sentiasa saling bergantung dan karut apabila seorang Raja yang berdaulat boleh dihadapkan ke mahkamah kerana cuba melindungi kepentingan terbaik Negara dan rakyat,” tambah Baginda.
Jelas baginda, “ Kesan menyeluruh penghapusan kekebalan dan pembentukan mahkamah khas agak revolusiner, tanpa ada lagi kekebalan, Raja – Raja boloeh disaman oleh warga biasa dan oleh negara.”
TOKOH PENTING
Pendapat Tunku Taquiyuddin itu memanglah menasabah dan kerajaan di bawah Barisan Nasional perlu mengakaji semula akan masalahh baik buruk kekebalan Raja – Raja Melayu yang dihapuskan itu.
Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Ghafar Baba dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tiga tokoh penting UMNO yang bertanggungjawab menghapuskan (immunity)kekebalan tersebut, pada 10 Disember 1992.
‘Pada petang 10 Disember 1992 yang lalu, seorang wakil rakyatdari Melaka – Timbalan Perdana Menteri, Dr.Abdul Ghafar Baba sebagai wakil Kerajaan Persekutuan berdiri membentangkan usul menggoncangkankedudukan Raja –Raja Melayu dalam sidang Dewan Rakyat.
Dr. Abdul Ghafar dengan wajahnya yang serius macam ajah Hang Jebat alam cerita epik Melayu, lalu mengeluarkan kata-kjata yang bernada marah: “Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini berasa amatg sedih dan memandang serius k eats insiden seorang rakyat, Douglas Gomez, telah dicederakan di Istana Johor, pada 30 November 1992 oleh DYMM Sultan Johor.
Dan bahawa Dewan ini memutuskan kejdian tersebut adalah satu penyalahguna kusa yang bercanggah dengan semangat Perlembagaan
Dan bahawa Dewan ini mengambil ketetapan segala tindakan yang perlu hendak diambil bagi menentukan insiden yang seumpama itu tidak berulang.”
Berikut ini ialah cabutan dari ucapan Dr. Abdul Ghafar Baba pada ketika membentangkan usul tersebut:
“Perelmbagaan Persekutuan dan juga negeri – negeri jelas menyatakan bahawa Raja –Raja memerintah adalah dengan mengikut nasihat daripada Perdana Menteri dan Menteri – menteri Besar. Perkataan ‘nasihat’ yang tertulis dalam perlembagaan itu tidak bererti Raja – Raja ada mempunyai pilihan sama ada menerima atau menolak nasihat yang diberi oleh Perdana Menteri dan Menteri – menteri Besar. Dengan lain perakataan, pemerintahan sesebauah negeri itu adalah trletak sepenuhnya di tangan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Perkataan dalam Perlembagaan yang mengatakan “Raja memerintah bagi sesebuah negeri” itu hanya merupakan satu istilah untuk menghormati kedudukan Raja – Raja itu sahaja. Jika perkataan ‘nasihat’ dalam prlembagaan itu disalahgunakan oleh Raja – Raja tidak lagi sebagai Raja Berpelembagaan tetapi kembali semula menjadi absolute moinarchy seperti dahulu kala.
Kedudukan seorang Raja adalah dikawal oleh Perlembagaan. Raja – Raja tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik sama adsa secara langsung atau tidak. Raja – Raja juga tidak boleh campur tangan dalam pemerintahan negeri setakat yang diubenarkan oleh Perlembagaan dan undang - undang sahaja. Raja Raja - boleh mengambil tahun pentadbiran negeri atau kedudukan kewangan negeri hanya melalui Perdana Menteri, Menteri – menteri Besar dan menteri – menteri yang berkenaan sahaja.
Raja – Raja juga tidak dibenarkan menjalankan perniagaan secara langsung melainkan setakat mekantin nominee yang dimilikinya.Raja adalah menjadi payung rakyat. Raja tidak sama sekali boleh bermusuhan dengan rakyatnya sendiri, maka sebab itu Raja – Raja itu biasanya disebut Rulers have done no wrong.
Tujuan diwujudkan peraturan ini, ialah untuk menjadikan Raja – Raja sebagai Raja yang dihormati untuk menyelamatkan institusi Raja Berpelembagaan itu sendiri.
Rakyat jelata teah memberi persetujuan untuk beberapa keistimewaan kepada Raja – Raja sebagai mana yang tersebut dalam artikel 38 (4): Tiada apa – apa undang – undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja – Raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja – Raja.
Dalam hal ini kedudukan Raja - Raja adalah terjamin keana apa – apa sahaja undang – undang yang diluluskan oleh Parlimen yang dudapati bercanggah dengan artikel 38 (4) itu adalah gtidak disahkan selagi tidak mendapat persetujuan daripada Majlis Raja – Raja. Ini bererti kedudukan Raja – Raja itu adalah terjamin, maka haruslah diiangatkan, bahawa jaminan itu hanya dari segi perlembagaan sahaja.
… Menjadi seorang Raja bukanlah mudah, keran ia memikjul tanggungjawab yang berat dan kebebasan pula adalah terhad. Buat masa ini rakya masih booeh menerima institusi Raja – Raja Berpelembagaan tetapi apakah ada jaminan pada masa akan datAng institusi ini akan dapat dipertahankan?
Sama ada insatitusi Raja Perlembagaan itu dapat dikekalkan atau tidak, pada pendapat saya, soalan itu terpulang kepada Raja – Raja sendiri yang harus menentukannya. Pepatah Melayu ada menyebut: Raja adil Raja disembah, Raja zalim /raja disanggah.
… saya mencadangkan supaya usul seperti yang saya bacakan sebenar tadi dibahaskan dan dilulkuskan.
Ahli – ahli Dewan Rakyat dari parti – parti pembangkang yang bangun berucap dan menokong usul itu, ialah, Haji Abdul Hadi Awang (Pas – Marang), Encik Mohamad Sabu (Pas-Nilam Puri), Encik Shukri Mohamed (Semangat 46 – Kok Lanas), Encik Ahmad Nor(DAP – Bayan Baru) dan Encik Karpal Singh – DAP – Jelutong).
Manakala dari Barisan Nasional, ialah, Datuk Dr.Afifuddin Omar (Padang Terap), Encik Ibrahim Ali (Pasir Mas), Encik Sshahidan Kassim (Arau) Cik Rohani Abdul Karim (Setubung), Encik Ruhanei Ahmad (Parit Sulong), Encik Tamrin Ghafar (Batu Berendam), Encik Abdul Malik Munip (Muar) dan Datuk Mohd. Khalid Yunos (Jempol).
Pindaan Perlembagaan itu disetujui, iaitu, artikel 181 (2) Tiada apa – apa perbicaraan boleh dibawa dalam mana – mana mahkamah terhadsap Raja bagisatu – satu negeri atas sipat dirinya sendiri’, kepada: Tiada apa – apa perbicaraan boleh dibawa dalam mana – mana mahkamah terhadap Raja bagi sesuatu negeri atas sifat peribadinya kecuali dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan dalam bahagian 15. - Kerajaan Masnsuh Kekebalan Raja Melayu, (1993), oleh: Mokhtar Petah.
JENAYAH DAN SIVIL
Maka, semua Raja – Raja Melayu tidak ada (kekebalan) tentang perkara jenayah dan sivil yang mereka lakukan.
Mereka boleh dihadapapkan dalam Mahkamah Khas yang yang terdiri daripada Ketua Hakim Negra Mahkamah Persekutuan, yang menjadi pengerusi.
Saya kira, sama ada kekebalan dikembalikan semula kepada Raja – Raja Melayu atau tidak, tidak menjadi masalah, tetapi yang penting Raja – Raja Melayu tidak berkedudukan seperti Raja Rom tua, iaitu Raja adalah wakil Tuhan atau Tuhan yangkedua dan kebanayakan Raja – Raja pada zaman silam ‘ beraja di mata bersultan di hati’.
TRADISI KEROHANIAN
Pada zaman sebelum Negara kita mencapai kemerdekaan, menurut kuasa convention (bukan undang – undang),iaitu adat yang diguna pakaia pada isntitusi Raja Melayu, bahawa mereka masing – masing boleh membunuh dua orang rakyat dengan tidak dibincara dalam setahun.
Di negara ini, walau sedaulat mana Raja - Raja Melayu, mereka adalah dibawah agama Islam dan Perlembagaan Negara.
Ahli undang – undang Profesor Ahmad Ibrahim gtelah berkata, “ Kesultanan itu adalah hasil asimilasi teradisi krohanian dan keagamaan (seperti Raja Rom) yang pada mulanya dikaitkan dengan insitusi khalifaha yang kuasa keduniaan semata – mata, iaitu Sultan; yang tersebut kemudian itu dengan demikian itu selain dari menjadi seorang Raja berdaulat menurut erti duniawi juga muncul untuk mengekalkan perhubungan rapat dengan rakyat dan bertanggungjawab atas syariah.”
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah telah bertitah,bahawa dari 900 buah takhta dalam dunia ini (sejak zaman silam), bilang itu telah turun kepada 240 buah dan pada abad ke dua puluh hanaya tinggal 40 buah, (sekarang) jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka berpindahlah takhta ke muzium sejarah dan budya.
(habis).
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.