Hai anak -anak Adam! Pakailah perhiasan (pakaian yang menutup aurat dan baik dan tidak) kalian pada setiap waktu sembahyang di masjid, dan makan dan minumlah dan (tetapi) jangan melampaui batasan; sesunguhnya Allah tidak menyukai orang - orang yang melampau batasan.Katakan, siapakah yang melarang (memakai) perhiasan Allah dan (memakan) rezeki yang baik yang diadakan-Nya? Katakan: Semua itu (nikmat - nikmat) untuk orang - orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang - orang yang beriman sahaja pada hari kiamat. Demikianlah Kami jelaskan ayat - ayat (keterangan) Kami satu persatu bagi mereka yang (mahu) mengetahui.
Katakan, sesungguhnya Allah hanya mengharamkan perbuatan yang keji, sama ada yang terang atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa, dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang hak (benar) dan (diharamkan-Nya) kamu memperpersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya), dan (diharamkannya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.
Dan bagi tiap -tiap umat ada tempoh (yang telahditetapkan Allah), maka, apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka mengemudiankan atau mendahulukan.
- Al A'araf: 31 - 34.
HADIS
SUTERA
Rasulullah Muhammad s.a.w. telah bersabda: telah diharamkan memakai sutera an emas bagi orang -orang lelaki dari umatku dan dihalalkan bagi perempuan -perempuan mereka.
Perawi: At Tirmizi.
Huzaifah r.a. telah berkata: Nabi s.a.w. telah melarang kami meminum air dalam wadah (piala) dari emas dan perak atau makan (makanan) di dalamnya. Dan juga memakai sutera yang nipis dan tebal dan (melarang) kami duduk di atasnya.
Perawi: Imam Bukhari.
PETUA
LUPA
Petua ulama Melayu: Jika anda lupakan sesuatu (dimana kita meletakkannya) seperti anak kunci, jam, cincin dan sebagainya, ikhtiarkan; ambil air sembahyang dan sembahyang sunat. Insya Allah anda teringat semula.

No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.