Dihiaskan (diperindahkan) semua manusia; kesukaan
kepada sesuatu yang diingini oleh nafsu mereka, iaitu
perempuan - perempuan, anak - anak dan harta benda yang
banyak berpikul - pikul, dari emas, perak, kuda peliharaan
yang bertanda lagi terlatih dan haiwan - haiwan ternakan
serta kebun (ladang). Semua itu kesenangan di dunia. Dan
(ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang paling
baik (iaitu syurga).
HADIS
LARANG MINUM
Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah bersabda: Aku melarang
kamu semua meminum air dalam uncang kulit unta, bejana,
lubang kayu (atau gelok), bekas cat dan tempayan besar yang
tidak bertutup, minumlah minuman dalam tempat yang bertu-
tup.
Perawi: Imam Muslim, Iman Abu Daun dan Nasaee.
PETUA
BERANI
Kalau mahu hidup bebas dalam dunia ini, mestilah ada keyakinan pada diri sendiri, iman yang kukuh kepada Allah, pengetahuan yang banyak, pengalaman yang luas, berani kerana benar dan memandang semua manusia (walau apa tingkatan mereka) sebagai kawan.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.