Wednesday, November 5, 2008

QURAN

TAQWA KEPADA ALLAH

Hai orang - orang yang beriman, taqwalah kepada Allah (kesetiaan dan memprhambahakan diri dengan tulus), dan tiap - tiap diri memerhatikan (muhasabah diri) apa yang telah sediakan (amalan -amalan) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertqwalah kepada Allah, sesugguhnya Allah (mempunyai) pengetahuan yangmeliputi segala yang kamu amalkan.
ORANG FASIK

Dan kamu janganlah menjadi seperti mereka yang telah melupakan (perintah - perintah)Allah, lalu Allah menjadikan mereka itu melupakan (amalan - amalan yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka.
AHLI SYURGA

Tidalah sama (setaraf) ahli neraka dan ahli syurga; ahli syurga adalah orang - orang yang mendapat kemenangan.

GUNUG RUNTUH

Sekiranya Kami turunkan Al Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya kamu (Muhammad s.a.w.) melihat gunung itu runtuh (pecah belah) kerna takutkan Allah. Dan (ingatlah) misal - misal perbandingan ini kami kemukan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. - Al Hasyr: 18 - 21.

HADIS

PENYANYI

Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah bersabda: "Pada umat ini akan berlaku (siksaan berupa) pemusnahan,penggantian rupa dan pelemparan (kedalam azab)."
seorang lelaki dari kaum Muslimin bertanya: " Bilah pristiea itu akan berlaku?"
"Apabila penyanyi - penyanyi dan nyanyian - nyanyian telah terjadi dengan terang - terangan (nyanyian mengkhayal, merosak iman dan lucah) dan arak diminum orang (di mana - mana).
Perawi: Imam Tarmizi.

PETUA

ORANG TIDAK BOLEH DIHARAP

Petua ulama mujtahid (kaji selidik), individu atau pemimpin ini tidak boleh dipercayai kerana dia bukan orang Islam dan mukmin sejati, iaitu: a - Tidak kenal dirinya sendiri, b - Tidak kenal Allah dan tidak beriman kepada - Nya, c - Tiada ihsan kepada Allah (pada waktu beribadat) dan tidak ada rasa ihsan kepada manusia, d - Tidak beramanah, dan e - Tidak berakhlak mulia.

1 comment:

  1. Salam Tuan.

    Syabas!
    Cuma, bukankah lebih baik sekiranya tiga pupu gadis itu ditegur kerana sangat tidak sopan menegur orang sekasar itu?

    Seharusnya dia menegur cara baik dan memberi tunjuk ajar. Mungkin gadis itu bukan tidak tahu, cuma rasa tidak perlu adanya protokol apabila bersama keluarga. Saya pasti, gadis itu masih mentah lagi.

    Jika saya, saya akan terus keluar dan tinggalkan orang yang tidak tahu menghormati orang lain!

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.