AMANAH
Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menyerahkan segala
jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak mnerimanya), dan
apabila kamu menjalankan perintah di antara manusia, perintah-
lah dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang
sebaik - baiknya kepada kamu (Muhammad s.a.w.). Sesungguh-
Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
Hai orang - orang yang beriman, taatlah kamu sekalian kepada
Allah dan taat kepada Rasul Allah dan kepada (orang yang
memerintah yang tidak melakukn fasik dan durhaka kepada
Allah) dari kalangan kamu semua. Kemudian jika berlaku
perselisihan dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kapada (kitab - iaitu Quran) Allah dan
(Sunnah) Rasul - Nya, jika kamu semua beriman kepada Allah
dan hari akhirat. Yang demikian itu adalah lebih baik (bagi
kamu semua) dan lebih elok pula kesudahannya. An Nisa: 58,
59.
HADIS
PINTAR BRBICARA
Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah bersabda: Saya hanyalah
manusia biasa, sedang kamu semua mengadukan perkara (kes)
kepada saya, boleh jadi sebahagian dari kamu sekalian l e b i h
pintar berhujjah (berbiacara) daripada yang lain, lalu saya me-
mutuskan bedasarkan apa yang saya dengar. Oleh itu, siapa
yang saya putuskan dengan mendapatkan hak saudaranya,
maka janganlah (kamu sekalian) menerimanya, kerana apa
yang saya putuskan itu, adalah bererti sepotong dari api neraka.
Perawi: Ummu Salamah dan Jamaah.
PETUA
ORANG BARAN
Jika sahabat kita seorang yang panas baran, apabila dia naik baran, kalau boleh tengkingkan
dia agar perasaan barannya menurun, kalau tidak sanggup berbuat begitu, berdiam diri atau meninggalkannya sambil membaca ayat Quran, Innallaha maas sobirin.Insya Allah lama kelamaan panas baranya akan hilang.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.