Tuesday, November 11, 2008

PAK LONG JAWAB


BUKA PAHA

Seoran gadis bekerja pelayan dalam coffee house, di sebuah hotel terkemuka dalam Bandaraya Kuala Lumpur bertanya: Apa hukumnya, dia dipaksa oleh majikan supaya memakai pakaian belah hingga nampak paha dan apa hukumnya hasil pendapatan saya itu?
Hukum muktamad: Haram kerana membuka aurat. Hasil pendapatan itu haram di makan kerana hasil itu dari perbuatan haram.

Mahasuswi bertanya: Dia ada kekasih dan tinggal jauh daripadanya. Pada tiap - tiap malam dia susah lena tidur kerana teringatkan kekasihnya.Tetapi tetapi tidak mengabaikan pelajarannya.
Jawapan: Sering menelefon kepadanya. Minta dia berdoa untuk kebaikan dan tumpukan lagi kepada pelajaran. Rindu satu suka dan duka. Penantian satu keresahan. Pertemuan satu pembaharuan dan penetap hati.

Seorang ahli parti politik bertanaya: Kini dia ahli sebuah parti politik kebangsaan, dia bercadang hendak keluar dari parti itu dan masuk parti yang berjuang kerana Islam dan Allah.
Jawapan: Keluar dan masuk ke dalam parti yang berjuang kerana Allah. Perbuatan itu jihad.




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.