Tuesday, November 18, 2008

KISAH RUPA - RUPA

TIDAK KAHWIN

Emak bapa sampai macam naik puru bercakap, bersungut dan berleter kepada anak lelaki mereka yang tidak kahwin- kahwin hingga umurnya menjangkau 45 tahun.
Rupa-rupanya anak lelaki yang berpelajaran tinggi - Ph.D - itu takutkan
perempuan.

POLITIK WANG

Seorang guru sekolah, setiap hari dia marahkan murid - murid, dan ada waktunya sampai dia hendak memukul murid-muridnya itu.Bila ibu bapa siasat, rupa-rupanya dia sering bergaduh dengan isterinya, kerana dia kami terup Keling dan main nombor ekor.

MENGHAMPU

Seorang pegawai raji bekerja, di sebuah jabatan kerajaan hairan, mengapa pengrah jabatan itu tidak menyukainya dan walaupun dia menjalankan kerja dengan sempurna, tetapi pengarahitu masih tidak puas hati.
Pada satu hari, pegawai itu bertanya kepaa budak pejabatnya. Dari budak pejabat itu, dia mendapat tahu, rupa-nyanya pengerah itu suka kepada pegawai - pegawai yang membodeknya.

TAKUT KE MAKAH

Hal ini telah berlaku di Negeri Perak pada tahun 1960- an, seorang Orang Besar - kaya-, berusia hampir enam puluh tahun tidak pernah mengerjakan haji atau umrah ke Makah, tetapi ke London, Malboh dan New Dilhi seperti berulang mandi.
Bila disiasat oleh seorang ustaz, rupa-rupanya Orang Besar itu keturunan anak haram.Dia percaya kepada cakap-cakap orang tua-tua Melayu, kononnya anak haram atau keturunan anak haram, kalau tiba di Makah akan dikejar dan digigit oleh anjing.

JUBAH

Seorang lelaki - entah alim entah tidak -, saban hari dan saban malam kalaudia ke masjid atau ke mana, memakai jubah.Pada satu hari, pada ketika lelaki berjubah itu duduk - duduk atas bangku depan suarau, seorang kanaak-kanak nakal datang membawa buah limau purut dan duduk berhampiran dengannya.
Sejenak kemudian bermunyi macam anak kucing mengiu dari dalam jubal lelaki tersebut. Rupa - rupanaya dia berpenhyakit burut.

TERTIPU

Seorang jemaah haji kembali dari Makah. Dia bangga kerana dia telah membeli sebutir batu cincin besar di pasar tidak jauh dari Masji Haram.Penjual batu permata itu orang Indonesia. Dia memberitahu jemaah diambil di Jabala Uhud. Kalau sesiapa yang memakainya berkat dan akan jadi kaya.
Apabila jemaat itu menunjukan kepada kawan, kawannya brkata, "Saya pun ada batu cincinmacam ni ..., saya beli di Chaw kit." Rupa-rupanya dia kena tipu di Tanah Suci.

Pak Long

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.