Sunday, November 16, 2008

KETUANAN MELAYU


MELAYU TERIMA PENDATANG SEBAGAI SAUDARA

Oleh: Puteri Bunga

Apa lagi orang Cina dan India di Malaysia mahu? Jangan bertindak di luar akhlak atau budi bahasa, hingga boleh dianggap oleh rakyat Negara ini dari orang Melayu; tuntutan dan ungkitan mereka itu seperti ‘kacang lupakan kulit’ atau ‘tidak mengenang budi.’

Jika tidak kerana baik orang Melayu sebagai pemilik atau ketuanan bagi Negara ini, pada masa proses kemerdekaan pada tahun 1957, datuk nenek orang Cina dan India Tanah Melayu telah di hantar pulang ke Negara masing-masing.

Kalau telah berlaku demikian, tentulah tidak ada orang Cina dan India hidup bertaraf rakyat Negara ini berkongsi kuasa dengan orang Melayu.

DATUK NENEK

Lihat kembali catatan sejarah pada zaman datuk nenek orang Cina dan India tinggal di Tanah Melayu pada zaman penjajah Inggeris; mereka tidak mendapat hak, sebaliknya sebilangan dari mereka (kecuali golongan kapitalis) telah menjadi kuli atau buruh ladang getah, landasan keretapi, jalan raya dan lombong bijih timah dan sebagainya.


Tiga orang India buruh ladang getah dan anak–anak mereka memungut biji–biji getah. – Gambar Arkib Negara Malaysia.

Sekarang, jika ada para politikus Cina dan India atau mereka yang tidak mencampuri mana-mana parti politik, mengungkit hak orang Melayu dan menuntut hak mereka sehingga seperti mengancam kedudukan Raja–Raja dan bangsa Melayu, maka mereka adalah pendurhaka yang tidak boleh diampun.

Untuk membuka mata dan pintu hati mereka yang mengungkit – dalam parti GERAKAN, MCA dan DAP, eloklah meneliti pengakuan pemimpin mereka, Tun Tan Siew Sin (MCA) dan Tun V.T.Sambathan berikut ini.

Tun Tan Siew Sin, dilaporkan dalam akhbar tempatan bertajuk Tun Tan Answers Critics on special Previleges pada 30 April 1969, telah berkata:

‘The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such extent that within 12 months of independence, 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession. The MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interest of other communities.”

Terjemahan:

Kemurahan hati orang Melayu melalui UMNO memudahkan undang-undang kerakyatan (kewarganegaraan) kepada orang pendatang (bukan Melayu) sepanjang tempoh 12 bulan sejak mencapai kemerdekaan..

90 peratus masih belum dapat warganegara walaupun sudah 100 tahun penjajah (penjajah Inggeris) menjajah di Tanah Melayu. Dalam persetujuan atas hak istimewa (orang Melayu) MCA dan MIC bersetuju untuk mengekalkan keistimewaan orang Melayu pada masa yang sama menjaga kepentingan kaum - kaum lain.”

Presiden MIC merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom, Tun V.T. Sambanthan di Dewan Rakyat, pada 1 Jun 1965:

“Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now what did the Malays do – since we are speaking on racial lines – what did the Malay leadership do? They had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship? If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indian have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here we found that the Malay leadership said, ‘We shall take them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens.’ And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousand of Indians, Chinese, Ceylonese and others became citizens…

As I said, it has been my great good fortune to have born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguards us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here.”

Terjemahan:

Kejayaan Pilihan Raya Umum 1955 kami telah mendapat kemenangan besar. Kemudian, dalam tempoh dua tahun kami telah mendapat kemerdekaan. Sepanjang tempoh itu, kami telah membincangkan mengenai kerakyatan (kewarganegaraan) dan perkara-perkara lain. Sekarang, apa yang orang Melayu buat – langkah atau tindakan-, bila kita membincangkan mengenai perkauman, apa pemimpin Melayu buat?

Mereka memperolehi kemenangan 88 peratus dalam Pilihan Raya. Apa yang mereka telah buat mengenai kerakyatan (kewarganegaraan)? Jika kita lihat sekitar Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati bangsa India tidak diterima di Ceylon, tidak diterima di Burma. Lihat saja saudara bangsa Cina kita, mereka tidak diterima di Thailand, di Vietnam, di Kemboja dan di semua daerah lain. Apa bantuan yang mereka dapat dari kerakyatan di tempat ini? Di Burma kita tahu, orang India dihantar pulang, Di Ceylon mereka dinafikan kerakyatan, begitu juga di Burma.

Saya tahu awak tahu, apa yang berlaku di Malaya. Di sini, kita dapati pemimpin Melayu berkata, “ Kami menerima mereka sebagai saudara kami sendiri, kita beri peluang pada mereka sepenuhnya untuk tinggal di negara ini, kami memberi mereka hak sebagai warganegara maka pada 1957, pada tahun itu, kami telah memberi pengecualian kelulusan bahasa dan beribu-ribu orang India, Cina, Ceylon dan lain-lain menjadi warganegara.

Saya akui, iaitu saya amat bertuah dilahirkan di negara ini. Di mana lagi kita boleh dapat bangsa yang bermurah hati, yang bersopan selain dari bangsa Melayu? Dimanakah kita boleh dapat layanan politik sebegini rupa kepada pendatang asing? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya tanya anda..Inilah kenyataan. Siapalah kamu untuk melindungi kita semua.

Saya hanya 10 peratus bangsa minoriti di sini. Tetapi saya gembira (bahagia) di sini.

HAK ISTIMEWA

Pada akhir–akhir ini, terdapat beberapa orang Cina dan India yang berpendidikan sekolah tinggi dan institusi pengajian tinggi di negara ini, dan luar negara, termasuk Taiwan, Hong Kong, Singapura, England dan Australia, begitu juga sebilangan orang India, sering mengungkit–ungkit hak istimewa orang Melayu.

Perbuatan mereka itu – ada kalanya sampai mempertikaikan agama Islam – ternampak kepada masyarakat umum yang cintakan perpaduan dan kedamaian, mereka itu seolah–olah mahu menimbulkan keadaan yang keruh di negara ini.

Sesungguhnya, tidak ada bangsa di dunia ini yang sabar, jika keturunan pendatang di negara mereka mengungkit–ungkit dan menojah biji mata mereka dengan jari.

Kerajaan Malaysia yang mempertahankan kekukuhan perpaduan dan keharmonian di kalangan rakyat, sayugia bertegas, iaitu sebelum

Api membakar rimba atau banjir melanda pantai.

Sesungguhnya, datuk nenek orang Melayu dulu telah berbaik dengan orang–orang dagang seperti falsafah, ‘kera di hutan disusui anak mati dalam buaya’, tidak akan rela kalau keturunan pendatang yang diakui rakyat Negara ini mencuba menjadikan orang Melayu kini dan akan datang ‘merempat di bumi sendiri’.

1 comment:

  1. kekanda Mokhtar Petah saya ucap kan terima kasih dan syabas atas rencana yang mencerminkan perasaan semua orang Melayu yang hati nya di guris olih okan bukan Mekayu yang lupakan murah hati dan tolak ansur orang Melayu.
    Semoga Orang Melayu sendiri ingat apa yang telah di beri itu dan pulak yang balas.
    Saya akan ingat dan akan meningatkan keluarga dan sahabat handai.
    arjuna waspada

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.