Monday, November 24, 2008

BANGSA MELAYU

BANGSA BERBUDI KEPADA PENDATANG

Oleh: Mokhtar Petah

Sesungguhnya, jika dibanding bangsa Melayu dengan bangsa-bangsa lain di seluruh dunia, maka bangsa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu ini, adalah bangsa yang paling kuat mempertahankan daulatnya dan agama Ialam sebagai benteng perkasa jiwa dan imannya kepada Allah serta moralnya dalam masyarakat insaniyah. Semangat dan kekuata ruhani sedemikian tidak wujud pada bangsa-bangsa lain.
Bangsa Melayu ada kekuatannya.Tetapi kekuatannya tidak pada senjata semata-mata.. Kekuatanya pada semangat, ruhani yang berpegang kuat kepada agama Allah, iaitu agama Islam.
Bangsa Melayu menghormati orang lain. Menerima orang lain dan rela berugi kerana orang lain kerana pegangannya yang kuat kepada agama Islam. Islam mengajar bangsa Melayu bersaudara dengan semua manusia.
Wujudnya bangsa Melayu adalah kerana wujudnya orang Melayu.Sejahat mana, seburuk mana dan semaksiat mana orang Melayu, dia tidak meninggalkan agama Islam.Tidak mertad atau melompat kepada agama lain seperti agama Kristian, Hindu, Majusi atau menganut fahaman anti Allah atau mmenafikan kewujudan Allah.

KEHIDUPAN YANG MEWAH
Kalau ada orang Melayu yang menukar agamanya, maka perbuatannya itu di sebabkan jahilnya tentang Islam, bodohnya kerana tidak menghargai dirinya, buta hatinya kerana cintanya yang berpandukan seks semata dan bebalnya kerana tamakan harta benda atau kehidupan yang mewah.

Orang Melayu sedemikian tidak ada harga pada bangsa Melayu sebenarnya. Merujuk kepada Perlembagaan Malaysia; orang Melayu yang murtad, iaitu keluar dari agama Islam, maka dia tidak lagi berhak menggunakan bangsa Melayu.Ertinya, pada hakikatnya dia bukanlah individu berbangsa Melayu.
Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Dr Abdullah Badawi – Presiden UMNO, pada 5 Februari 2005, telah menyeru orang Melayu supaya ‘mengangkat mertabat keperibadian Melayu’ untuk menjadi satu bangsa yang berhemah tinggi.

BERAKAR DAN BERUMBI
Seruan beliau itu boleh kita menerimanya dengan jujur.Kerana seruan itu sebagai membaja atas kewujudan keperibadian orang Melayu yang telah berakar dan berumbi semenjak sekian lama.
Masalah ada atau tidak keperibadian orang Melayu, terletak pada siapa yang menilainya. Kalau orang-orang Kristian, Yahudi, Hindu dan pemeluk-pemeluk agama lain menilainya, maka mereka akan mengatakan orang Melayu lemah, malas dan tidak ada keperibadian yang mulia.
Orang-orang Inggris yang beragama Kristian telah menjajah bangsa Melayu di Semanjung Tanah Melayu sekian lama.Kerana mereka memusuhi agama Islam,maka mereka melemparkan tuduhan, menulis keburukan Orang Melayu untuk dijadikan pengetahuan umat manusia di seluruh dunia.

FALSAFAH BUDHA
Begitu juga orang-orang China beragama Majusi dan orang-orang India menganut agama Hindu dan mengikut- pengikut falsafah Budha, kerana ada kepentingan untuk hidup di bawah penjajah Inggeris atau kerana mencari makan di bawah kaum kapitalis yang membolot hasil mahsul atau habuan ekonomi dan rezeki di kalangan orang Melayu, maka mereka menyifatkan orang Melayu malas dan tidak bermoral.
Tetapi sepanjang masa Parti Komunis Malaysia membantu negara ini mencapai kemerdekaan. Bersama orang Melayu menentang penajajah Inggeris, tidak pernah pernah terluah dari mulut orang-orang China ahli parti itu kata-kata menghina atau mengatakan orang Melayu malas dan sebagainya.
Seorang pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) kawasan Perak Tengah dan Utara, Wah Seng, dalam ucapannya di kampung saya, kampung Ngor, Kuala Kangsar, pada tahun 1945, dia telah menyifatkan, orang Melayu adalah dari bangsa yang berhemah tinggi, kuat pertahankan agama Islam dan berani menentang penjajah.

AGAMA ISLAM
Katanya, “…bangsa yang mulia bukan kerana kekayaan, tetapi kuat memper- tahankan isme atau agama Islam atau isamnya, beresemangat tinggi menentang penjajah dan bersatu dalam apa jua keadaan.”
“Berpelajaran tinggi, kekayaan atau kemaakmuran, adalah kekuatan sampingan sahaja,”katanya.
Tetapi kebanyakan orang-orang Melayu yang mendapat pendidikan di sekolah-sekolah tajaan gereja dan badan dakwah Kristian dan lepasan institusi pelajaran tinggi di England, sering melemparkan tuduhan atau mengatakan orang Melayu Malas,tidak berdaya maju dan tidak tahu berterima kasih.
Pada tahun 1960-an saya telah menulis sebuah buku berjodol ‘Bangsa Melayu Menggugat dunia’. Sebaik-baik sahaja buku itu terbit dan beredar ke seluruh tanah air, ternyata buku itu dihargai oleh pihak-pihak tertentu dalam dan luar negara.

MENGKAJI SEJARAH
Seorang pensyarah dari Universiti Hawaii, Puan Barbara Andaya, telah datang menemui saya di Perak. Buku saya itu telah digunakan sebagai panduan untuk mengkaji sejarah Tanah Melayu yang bergelar Malaysia. Manakala Profesor Khoo Kai Kim dari Universiti Malaysia memohon kepada saya perkenankan seorang mahasiswanya dari Negeri Sembilan, menggunakan buku karya saya itu untuk bahan induk tesisnya.
Apabila saya mengikuti ucapan Dr Abdullah Badawi ‘Orang Melayu menjadi towering personlity’ pada Februari 2005, maka saya mencari kembali buku ‘Bangsa Melayu Menggugat Dunia’itu. Buku itu menjadi ‘pokok bertunjang dan batang berteras’ kepada buku ‘Tak Melayu Hilang Di dunia’ ini.
Artikel ini mengenai politik bangsa Melayu.Dalamnya wujud, garam masin, asam masam, cili pedas dan belacan sedap. Ertinya wujud kemelayuannya dan sesuai dengan falsafhnya, ‘aku makan garam dulu’, ‘ manusia kurang asam’, ‘siapa makan cili terasa pedasnya’, ‘bersambal belacan telunjuk berdiri’ dan ’ara masak burung menangis’..Falsafah ini tidak ada pada bangsa lain dari bangsa-bangsa antaranusa atau Nusantara ini.

ASAM GARAM
Dalam artikel ini saya ’asam garamkan’ dengan kepelbagaian faktor yang menyebabkan orang Melayu ketinggalan dan mundur di belakang, sehingga mereka berkeadaan seperti ‘ayam mati kelaparan dalam kapok padi’ atau ‘itik mati kehausan dalam kolam’ Misalnya, ada orang asing atau pendatang yang menyebabkan orang Melayu mundur. Ada orang Melayu yang berkedudukan menjadikan orang Melayu ketinggalan. Dan ada orang Melayu sendiri menjadi ‘makhluk perosak’ bangsanya sendiri dan agama Islam.
Artikelini, mungkin laksana ‘tiada rotak akar pun jadi’, akan dapat membantu mana-mana pihak yang berusaha atau berjuang untuk menjulang mertabah dan menjulang personaliti bangsa Melayu, supaya bangsa Melayu tidak lagi dipandang seperti seekor kambing yang mengebik kerana lehirnya terikat dan tertambat dalam hujan lebat.
Kepada pihak yang berjuang untuk menjulang personaliti bangsa Melayu, hendaknya tidak pula berfalsafah dan berpolitik ‘ikan limbat’ sekawan, iaitu pada zahirnya menolong kawan, tetapi pada hakikatnya, membunuh kawan dan mencari kesempatan dari kelemahan kawan.

MENGEJAR KEKAYAAN
Mungin ada sedikit ’rasa sembilu’ atau ’air garam titik ke luka’, iatu saya bertanya; seramai manakan orang-orang Melayu yang berjuang dalam UMNO hari ini mempunyai hati perjuangaan yang jujur kepda partinya, bangsanya dan negaranaya. Dan seramai mana pula yang hanya menggunakan parti politik Melayu itu untuK kepentingan peribadi, menempah nama, mengejar kekayaan atau walaupun telunjuik lurus kelingking berkait, nama kerana kepentingan peribadi, pemimpin yang tidak disukai pun pura-pura suka juga.
Akhirnya, saya menjulang kata; laksana pokok bertunjang dan batang berteras’ sesungguhnya’ jika bangsa Melayu mengabaikan agama Islam, maka bangsa Melayu akan menerima nasib sebagai mana bangsa-bangsa atau kaum-kaum yang terdahulu telah dihapuskan oleh Allah dari muka bumi ini.
Melayu tak akan hilang di dunia selagi Melayu berpegang teguh kepada agama Islam.Menggunakan Quran dan Sunnah untuk panduan hiudp dalam semua perkara dan bersatu padu sesama ummah.

UMAT ISLAM
Mudah-mudahan orang Melayu sedar dan umat Islam sedar; yang manis itu selalunya racun dan yang pahit itu biasanya ubat. Maka UMNO tidak sekuat mana, PAS tidak segagah mana, sekiranya kedua-dua parti adik beradik itu terus berpecah belah. Yang paling baik lagi mulia; kembalilah kepada Allah dan rasul-Nya, iaitu bersatu padu.
Bangsa Melayu adalah umat manusia yang hidup di Dunia Melayu - Nusantara atau Melayu Raya, iaitu Bangsa Melayu – Polinesia di tanah besar Indochina –yang pada masa silam dikenali Champa dan kini Kamboja (Kampochea) dan meliputi Langkasuka atau wilayah-wilayah selatan Siam, Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawah, Berunei, Sumatera, Acheh,Tanah Jawa termasuk beribu-ribu buah pulau di Indonesia sekarang dan sampai ke kawasan Mendanau- Filipina.
Dari lisan orang-orang tua dan catatan-catan ahli-ahli sejarah atau pengembara-pengembara China, bahawa bangsa Melayu telah wujud sebekum Nabi Isa .a.s. dan mereka hidup tidak beragama, menganut kepercayaan kepada makhluk-makhluk ghaibsebagai tuhan atau agama-agama kecil yang terdapat di beberapa kaasan di Nusantara ini.

SEKITAR NUSANTARA
Apabila orang-orang India beragam Hindu menjajah sekitar Nusantara, maka ramai pula yang menganut agama Hindu. Mereka mengamalkan adapt resam orang-orang India yang beragama Hindu.
Pada abad ke -10, bangsa Melayu mereka telah menerima dan memeluk agama Islam yang didakwahkan oleh pedagang-pedagang Arab.Ada juga yang mengatakan oleh para sahabat Nabi Muhammad s.a.w. masa lawatan kerana merenyabarkan agama Islam ke negeri China, iatu dalam masa pemerintahan sahabat-sahabat Junjungan.
[1]
Orang-orng Khmer Islam, istilah yang, juga sejak beberapa dekad dahulu ,menunjukkan kepada orang Cam dan Melayu warganegaras Kembija beragama Islam (ortodoks Sunnah, Mazhab Syefie). Bilangan mereka adalah 150 orang pada tahun 1970.Orang Cam merupakan keturunan imigran adri abad ke 16 hingga ke 19, meningglakan negeri mereka (diVietnam Tengah sekrang)untuk berlindung di Kemboja. Di sini mereka mendiami khasnya kawasan – kawasan di tebing sungai Mekong dan Tonle’ Sap serta juga di Thbaung Khmum dan Kampot. Manakala orang Melayu pula, mereka keturunan imiran dari Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Indonesia sejak abad ke-14 dan 15 lagi. Orang Khmer Islam membentuk masyarakat agak tertutup, dan mempunyai adapt resam yang sangat bebeda dengan adapt resam orang Khmer.
[2]
(Saya tidak setuju kalimat ortodoks ditgunakan oleh penulis artikel di atas bagi orang-orang Islam yang menggunakan mazhab Syafie, kerana ortodoks bagi agama Kristian yang asal atau tidak bermazhab –mp)

MELAYU RAYA
Bangsa Melayu –Pollinesia mempunyai hubungann yang erat dengan bangsa Melayu di seluruh Nusantara atau Melayu Raya, terutama di Kelantan, Bruas atau Antaberanta, Manjong dan Hulu Perak.

Langkasuka atau wilayah-wilayah selatan Siam yang terdiri dari kawasan Yala meliputi Pataya, Nongchik dan Betong, Pattani termauk Jering, Taliban, dan Reman,Saiburi dan Legih.Sekarang terkenal dengan Pattani,Yalla dan Naratiwat.
Negara kota Langkasuka adalah merupakan kerajaan terbesar yang menguasai sekitar utara pantai timur Semenanjung. Ia telah didirikan oleh orang-orang Melayu sejajar dengan pertumbuhan awal tamadun di zaman prasejarah.
[3]

BERIBU PULAU
Semenanjung Tanah Melayu ialah, Perlis, Kedah, Kelantan, Terangganu, Pahang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor termasuk pulau Singapura dan Pulau Pinang.

Sabah, Sarawak Berunie yang kerdudukannya dalam kawasan Kalimantan Indonesia sekarang.
Sumatera, Aceh, Tanah Jawa ,Bali dan beribu pulu termasuk dalam lingkungan Indonesia sekarang.
Mendanau – Filipina termasuk seluruh negara Filipina sekarang ini.Semua kawasan bangsa Melayu dalam lingkungan Nusantara atau Melayu Raya terdapat tumbuh- tumbuhan atau pokok-pokok seperti berikut:

1 - Padi (sawah dan bukit).

2 - Durian.

3 - Asam Gelugur.

4 - Petai.

5 - Jering.

6 - Keduak atau kerdas.

MAKANAN UTAMA
Semua individu Melayu memerlukan makanan utama, ialah padi –nasi – untuk mengenyangkan. Gandum, ubi kentang dan pisang hanya menjadi makanan sampingan sahaja.
Makan buah durian (kegemaran), petai, jering dan keduak atau kerdas (ulaman). Ada juga beberapa tempat di wilayah Selatan Siam dan Hulu Perak orang Melayu memakan buah jering yang masak untuk ’kudap’- makan pagi. Iaitu ditumbuk seperti ubi dan dimakan dengan isi kelapa yang telah dikukur.
Begitu juga, semua orang Melayu suka makan tempoyak (asam yang dibuat dari isis durian yang masak), belacan, pekasam, budu, pelara dan cencaluk.
[4]
MENERIMA DASAR
Sekurang-kurangnya semenjak awal tahun Masihi bangsa Melayu telah ditinindas atau dijajah oleh bangsa-bangsa dari luar, seperti Monggol,India-Hindu, Budha, Siam (berasal dari Wilayah Yunan), Pertugis, Belanda dan British,maka bangsa Melayu di Nusantara atau Melayu Raya terpaksa menerima dasar divided and ruls (pecah-pecah perintah) atau pembahagian kekuasaan penjajah-penjajah ke atas kawasan Nusantara atau Melayu Raya.
Pembahagian tersebut telah wujudlah nama-nama Selatan Siam yang tekenal dengan nama Pattani dan orang Pattani. Semenanjung Tanah Melayu, Kalimantan, Sumatera, Pulau Jawa dan beberapa nama lagi serta kawasan Sulu dan Mendanau –Filipina.
Selain daripada penjajah-penajajah India (Hindu dan Budha), Pertugis, Belanda, Inggeris (Kristian) dan Jepun, kaum-kaum dari kepulauan Melayu telah melakukan penjajahan dan penakulukan yang bersifat gerakan penyamun atau lanun dan akhirnya menegakkan ketua masinhg-masing menajdi raja pemerintah.

GEROMBOLAN LANUN
Majapahi – Jawa telah menakluk beberapa kawasan di Nusantra, seperti Melaka,Manjong dan beberapa kawasan lagi.Orang-orang dari kawasan Minangkabau telah menjajah dan menakluk Negeri Sembila.Bugis yang pada peringkat awalnya bersiafat gerombolan lanun telah menjajah dan menakluk Johor dan Selangor.Achek memerintah Manjong dan sampai ke Sayung dan Kota Lama, Kuala Kangsar.
Orang-orang dari wilayah Selatan Siam atau Pattani menakluk Kelantan dan terangganu dan akhirnya mereka brkuasa di negeri-negeri di Pantai Timur.
Ada dua faktor serangan-serangan dan penaklukan oleh pihak-pihak di atasa itu, iaitu kerana menenatang kemasukan atau menghapuskan agama Hindu yang meresap di kalangan orang Melayu dan kerana mahumelindu kawasan -kawasan tersebut dari dikkuasai oleh penjajah-penjajah seperti Siam dan India.
KETURUNAN BUGIS
Pada masa ini, Raja-raja Melayu yang memerintah negeri di Semannjung Tanah Melayu, hanya negeri Pahang dari anak Melayu Pahang jati (mungkiin ada campuran darah kaum lain).Raja-Raja memerintah negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terangganu dari keturunan Melayu Pattani atau Selatan Thailand.Raja-raja memerintah negeri Perak dari keturunan Acheh (Sultan Idris Shah) Minangkabau (Sultan Azlan Shah).Selangor dan Johor dari ketuturunan Bugis. Negeri Sembilan dari keturunan Minangkabau.
Semenjak zaman prasejarah – Melayu Kamboja dan seluruh Melayu Raya atau Nusantara, orang-orang Melayu telah melaksanakan seperti yang disarankan oleh Dr Abdullah Badawi, iaitu towering Personality. Mereka telah menjulang personaliti Melayu sebagai pahlawan; mereka telah berperang dengan Siam(berasal dri Wilayah Yunan, China) yang telah mendirikan kerajaan Nanchao pada tahun 650M menjelang abad 9 M.
[5]
KEHIDUPAN DUNIA
Pada masa sebelum kedatangan penjajah Partugis,Belanda dan Inggeris, orang Melayu telah melaksana ajaran agama Islam bersifat hadharah(peradaban),iaitu mengamalkan urusan kehidupan dunia (duniawi)dan amalan untuk akhirat (Akhirawi).
Sekitar tahun 1920-an orang Melayu dari Nusantara atau Melayu Raya telah menuntut ilmu pengetahuan agama di Mekah, Madinah, Iraq, Syria, Mesir, Palestin, India – Pakistan dan Afghanistan.
Mereka menuntut dalam berbagai bidang ilmu, seperti politik atau syariyah, ilmu wahyu, bahasa Arab, tasawuf, astrologi (ilmu bintang-bintang), astronomi (ilmu falak), perubatan termasuk homeopati, pertanian, perniagaan dan sebgainya. Ertinhya mereka tidak menuntut ilmu untuk akhirat sahaja.
ARAB SAUDI
Di kalangan orang-orang Arab Saudi – Mekan dan Madinah mengenali orang Melayu dengan dua nama. Orang Melayu di sekitar Indonesia sekarang dan Filipina dikenbali dengan bernama al Jawi. Manakala orang-orang Melayu sekitar Kampochea, Langkasuka,Kelantan, Terangganu, Pahang,Perak, Kedah dan Perlis dikenali dengan nama Al Pattani.
Mereka yang telah menuntut di negara-negara tersebut sekembalinya ke tanah air sama ada bekerja dengan kerajaan atau bekerja sendiri, mereka telah mengembeling tenga dengan orang-orang Islam setempat mendirikan sekolah-sekolah agama atau pondok tempat belajar ilmu pengetahuan Islam.
Dengan perjuangan mereka itulah bangsa Melayu telah menjadi bangsa yang madani atau hadharah, iaitu betamadun dan berperadaban hingga pada masa ini.Di mana ada bumi di Nusantara atau Melayu Raya wujud orang Melayu dan orang Melayu yang beragama Islam terkenal dengan nama Pattani atau Jawi.
PERSONALITI MELAYU
Bangsa Melayu di Selatan Siam dan Semanjung Tanah Melayu termasuk Brunei, Sabah,Sarawak dan di Indonedia menjadi bangsa yang kuat dan terkenal kerana mereka beragama Islam.Ramai pula orang Melayu di Filipina dan Indonessia yang memeluk agama Kristian telah hilang indetiti atau personaliti Melayu mereka.
[6]
Pada zaman permulaan kedatangan Inggeris hingga Persekutuan Tanah Melayu di ambang kemerdekaan, masih ramai pemuda-pemuda Melayu dari masyarakat Melayu yang kuat bepegang kepada agama Islam, enggan belajar di sekolah Inggeris. Mereka menuntut pengetahuan agama Islam hingga ke peringkat universiti.
Keenganan belajar di sekolah Inggeris kerana para ulama Melayu mengetahu perana Yahudi melalui Free Masonary dan Inggeris menerusi pendakwah Kristian memujuk atau menarik pemuda pemudia Islam mengikut agama Kristian atau menhgamalkan ajaran Yahudi.

MENJADI KAFIR
Para ulama telah menenamkan ajaran, setiap pemuda pemudi Melayu tidak boleh menuntut di sekolah Inggeris sebeklum mereka belajar ilmu agama Islam, sekurang-kurang ilmu tahuhid dan fiqh. Kalau belajar di sekolah Inggeris dengan tidak belajar ilmu agama Islam lebih dahulu akan mengakibatkan pemuda –pemudi itu menjadi kafir atau Kristian.
Para
ulama Melayu amat arif tentang peranan pemimpin nasionalis Turki, Mustafa Kemal Atatork. Peranan beberapa tokoh nasionlis Arab Mesir yang terlibat dengan gerakan Free Masonary telah membentuk berbagai pertubuhan nasionalis dengan tujuan melemah atau men ghancurkana gerakan Islam di sana.
Di Semenanjung Tanah Melayu sekitar tahun 1930-an, terdapat ramai pemuda-pemuda Melayu yang belajar di sekolah-sekolah Inggris tajaan pihak badan-bandan Kristian dan kerajaan Inggeris termasuk
Malay College, Kuala Kangsar atau yang telah dihantar terus ke sekolah rendah atau menengah di England telah menjadi seperti orang Kristian. Mereka menghina bangsa Melayu, tidak mengasmbil berat akan ibadat sembahyang dan puasa dan mereka menjadi orang-orang yang kaki minum arak di kelabh-kelab anjura Free Masonary Yahudi.

ZAMAN PENJAJAHAN
Di antara kelab-kelab anjuran Free Masonary Yahudi, ialah kelab-kelab golf, Lion Club dan Rotary Club.
Semua raja-raja Melayu dalam zaman penjajahan Inggeris terlibat dengan kelab-kelan anjuran Free Masonary, bahkan menjadi orang-orang penting gerakan Yahudi dan Free Masonary.[7]
Hampir semua orang-orang lepasan serkolah Inggeris dan universiti-universiti dari England dan menjadi penting dalam United Malay National Organization (UMNO) semenjak tahun 1946 hingga awal kemerdekaan negara menjadi ahli-ahli kelab-kelab tersebut dan tidak ada pantang larang meminum arak.
HUBUNGAN PERDAGANGAN
Perkara ‘minum arak’ ini menjadi salah satu dari banyak penyebab para ulama dalam UMNO,di antaranya Haji Ahmad Fuad bin Hassan, Haji Ahmad bin Abdul Malil,Haji Hussein Che Dol, Haji Hassan Marbuk menubuhkan UMNO pada tahun 1951.[8]
Dari tahun 1920-an hingga 1930-an terdapat orang-orang dari Pattani dan Jawi menganggotai lembaga Masjidul Haram.
Orang-orang Melayu Nusantara atau Melayu raya telah maju dalam ekonomi –perusahaan, perdagangan, politik dan sosial (tidak segagah atau semasyhur bangsa-bangsa yang telah maju di dunia) dan mempunyai hubungan perdagangan dan pelayaran ke negara-negara Arab, Parsi dan sebagainya.
ULAMA ISLAM
Pengaruh ajaran duniawiyah dan akhirawi oleh ulama Islam Selatan Siam,Kelantan dan Terangganu, maka hingga hari ini orang-orang di rantau itu dan negeri Kelantan dan Terangganu memilkiki kemahiran dalam bidang pertukangan – tukang emas dan perak,alat kelengkapan rumah tanggan, tembaga hingga membina peraku dan kapal kecil.
Kemerusutan bangsa Melayu di seluruih Nusantara atau Melayu Raya disebabkan beberapa faktor, di antaranya penajajah, pendatang dan orang-orang menafiq kebangsaan dan politik.
Bangsa Melayu akan ditimpa berbgai-bagai keburukan dan kemusnahan, jika masih diteruskan amalan berkongsi raya – orang-orang Islam turut menyambut peryaan agama-agama lain,seperti Hindu, Kristian dan sebagainya. Begitu juga jika diwujudkan ikatan atau persatuan antara agama di Malaysia.
SESAMA MANUSIA
Umat Islam dituntut berbaik-baik atau hubungan baik sesamA manusia dengan orang-orang yang beragama lain dari Islam, tetapi ada sebab-sebab mudarat kalau agama Islam disatukan dengan agama-agama lain dalam sebuah organisasi. Allah telah berfirman yang maksudnya:

Dan aku tidak akan menyembah apa yang kamu telah sembah. Dan kamu tidak akan menyembah Dia yang aku sembah. Untuk kamu agama kamu, dan untuk aku agama aku.[9]

Apabila agama Islam duduk dalam sebuah organisasi dengan agama-agama lain, maka kedudukan sebagai sebuah agama yang besar,mulia dan menerima panduan dari Allah akan menjadi sebuah agama kecil dan terpaksa tunduk kepada demokrasi yang diciptakan oleh manusia.
MEMOTONG WAYA
Pada tahun 1060-an, apabila Menteri Kewangan,Tan Sew Sing telah menyarankan supaya diwujudkan frunt agama di Malaysia, dalam ucapan saya di hadapan lebih seribu orang Islam termasuk lebih tiga puluh orang ulama dalam majlis menyambut Mauludir Rasul di Masjid Bagan Tiang, Parit Buntar, saya telah membangkang penubuhan frunt agama-agama itu.Tetapi ucapan saya diganggu oleh sekumpulan pemuda UMNO dengan memotong wayar pembesar suara dan saya terpaksa di kawal oleh beberapa orang termasuk kadi Kerian, kerana mereka hendak memukul saya.
Dengan wujudnya organisasi agama itu nanti (telah dilarang oleh Perdana Menteri,Dr Abdullah Badawi), sekali lagi orang Melayu bertolak beransur akan maruah dirinya. Dulu dengan hasil mahsul dalam bumi ini, kemudian dengan negara ini dan sekarang dengan agama – iman dan meruah atau perseonalaiti sebagai orang Islam dan Melayu pula.
Contoh yang paling dekat lagi nyata, iaitu dua buah parti politik, PAP di Singapura (lepas terbentuk Malaysia ahli-ahli DAP di Tanah Semenanjung keluar dari PAP dan telah menubuhkan DAP), parti GERAKAN di Malaysia. Dua parti politik itu dipelopori oleh orang-orang Melayu (ramai orang Melayu), tetapi akhirnya orang Melayu tinggal beberapa orang sahaja dan yang ramai orang-orang dari kaum lain.
KERA DI HUTAN
Kalau hendak kenal orang Melayu, lihat pada budi bahasanya; menghormati tetamu atau pendatang asing sehingga wujud falasah ‘kera di hutan di susui’ atau ‘ dagang lalu ditanakkan, anak mati kelaparan dalam buaian’
[10].
Pendatang asing yang telah menumpang di Nusantara atau Melayu Raya ini semenjak belum kedatangan penjajah Pertugis, Belanda dan Inggeris lagi, adalah terdiri dari saudagar-saudagar dan pekerja mereka, mubaligh agama Islam, Hindu dan sebagainya.Dan ramai juga terdiri dari mereka yang berhijarah untuk mencari makan ataua melarikan diri darfi kesempitan hdiup di tanah air mereka sendiri.
Pada masa penjajah Inggeris, ramai pendatang-pendatang dari China untuk berusaha sebagai pelombonga dan bekerja dalam syarikat-syarikat lombong. Manakala orang-orang dari India di bawa oleh Inggeris untuk menjadi buruh dalam sector perladangan,membina jalan raya, membina landasan kereta api, buruh dalam bandar dan sebagainya.
MENJADI BURUH

Ramai orang-orang India yang telah dipejabar besar Kelingga kerana kesalahan berbaga-bagai jenayah telah dibawa oleh Inggeris ke Tanah Melayu untuk menjadi buruh. Mereka itulah yang digelar ‘Keling’ oleh orang-orang mereka sendiri di Pulau Pinang.
Orang-orang India di negara mereka yang mementingkan kasta atau darjat, memandang pendatang- pendatang India di Tanah Melayu dan keturunan mereka sebagai orang-orang yang rendah darjat.
Selain dari orang-orang China dan India yang berhijrah ke Nusantara atau Melayu Raya,maka terdapat pula orang-orang Arab. Meraka telah berhijrah dari Yaman,Mesir dan Afrika, iaitu dari Habasyah. Kebanyakan orang-orang Arab dari Mesir yang bergelar ‘as sagaf’ telah berhijrah ke Singapura. Kebanyakan orang-orang Arab dari Mesir yang bergelar ‘as sagaf’ berhijrah ke Singapura. Mereka menjalankan perniagaan dalam bidang kewangan dan hartanah.
ASKAR UPAHAN
Manakala orang-orang Arab dari Yaman telah berhijrah ke Nusantara dengan dua cara, pertama kerna berniaga sambil berdakwah dan kedua menjadi askar upahan kerajaan Johor.
Kebanyakan orang-orang lelaki Arab telah berkahwin dengan perempuan-perempun-perempuan Melayu. Orang-orang Arab dari Mesir dan kawasan-kawasan sekitarnya mengembangkan gelaran ‘as sagaf’ dan ‘al Kaf’ dan ‘ Albar’ di hujung nama mereka.
Orang-orang Arab dri Hadharal maut,Yaman telah mengembangkankan keturunan bergelar, ‘al Attas’, ‘al Haddad’, ‘as Sahab’, dan beberapa gelaran lagi.
KETURUNAN ARAB
Manakala orang-orang Afrika dari Yaman juga meninggalkan gelaran, ‘al Habshi’.
Orang-orang Melayu yang bergelar, yang bererti ‘tuan’ pada awal nama mereka dengan di hjung nama mereka ada gelaran ‘al Haddad’ misalnya, maka mereka itu adalah keturunan Arab dan yang prempuannya bergelar ‘Syarifah’ pada akhir nama.Manakala orang-orang Melayu yang bergelar ‘Sayid’.
pada awal nama tetapi tidak ada sebarang gelaran pada akhir nama, mereka itu tidak dari keturunan Arab.Mereka itu terdapat dari penduduk-penduduk di tepi sungai, seperti sungai Perak, sungai Muar dan sungai Pahang.Gelaran itu diberi oleh pengembara-pengembara atau pendakwah-pendakwa yang menggunakan jalan sungai pada masa silam.
[11]
INDIA MUSLIM
Manakala orang-orang India Muslim yang bergelar ‘Sayid’ pada pangkal nama mereka, iaitu kerana mereka dilahirkan pada malam Jumaat.
Ramai orang-orang Melayu yang bergelar Sayyid mendakawa diri mereka keturunan Nabi Muhammad s.a.w., tetapi dakwaan mereka itu tidak benar,kerana Junnjungan tidak mempunyai putera.Lagi pula orang-orang Arab yang berhijrar ke Nusantara tidak dari bangsa Arab kaum Quraisy.

Orang-orang Melayu yang tidak ada campur darah dengan darah orang bukan Melayu mempunyai budi bahasa yang lemah lembut. Seorang bekas penutut agasma di Palestin, ahli politik dari UMNO, calon UMNO julung kali kalah di tangan calon PAS, kawasan Parlimen, Kerian, dan beksas Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Allahyarham Haji Sulaiman Palestin dalam percakapan dengan penulis di rumahnya pada tahun 1990-an, bahawa untuk mengenali orang Melayu,ialah:
1 - Berbudi bahasa.
2 - Suka menolong orang lain.
3 - Menghormati tetamu.
4 - Tidak bercakap besar takbur.
5 - Kuat berpegang kepada agama Islam.
Kerana mempunyai keperibadian seperti di atas inilah, wujud falsafah di kalangan bangsa Melayu, di
antaranya:
1 - Dagang lalau ditanakkan atau kera di hutan disusui, anak mati kelapan dalam buaian.
2 - Berat sama dipikul ringan sama di jinjing atau hati gajah sama dilapah dan hati nyamuk sama diciciah.
3 - Sedap pulut santan binasa, sedap mulut badan
binasa atau ukur baju di badan sendiri.
4 - ‘Buat kerana Allah’atau ‘Sedangkan Allah
ampunbkan hamba-Nya’ atau ‘Bagai nabi sayang
umat’.
Dua pemipin bukan Melayu, Tun San Sew Sin (MCA) dan Tun V.T. Sambantan(MIC), pada tahun selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemedekaan pada 31 Ogos 1957 telahmengkui akan baik budi orang Melayu dengan merelakan orang – orang keturunan pendatang – Cina, India dan Sylon menjadi rakyat negara ini.


[1] Keterangan dari Dr Burhanuddin Helmi, Haji Sulong Selatan Thailand dan percakapan penulis
dengan beberapa orang tua Melayu dari Kamboja
.
[2]
Mak Phoeun – P.B. Lafonr, Semenanjung Indochina, Kuala Lumpur,DBP,1996,hl.40.
[3]
Mohd.Zamberi A.Malek, Umat Islam Patani Sejarah Dan Politik, Shah Alam,Hizbi,1993, hl.1
[4]
Menurut bekas Yang Dipertuan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan PAS, Dr Burhanuddin Helmi, bahawa orang Melayu yang tidak gemar memakan, kecuali padi-nasi, petai, jering, kedua, tempoyak, belacan, pekasam, budu dan pelara, adalah mereka yang mempunuai selera yang terpengaruh dengan makanan-makanan barat, India dan bangsa-bangsa lain.
5]
MohdhZamberi A.Malik, Umat Islam Patani Sejarah Dan Politik,Shah Alam,Hizbi,1993,hl.15.
[6]
Percak[apan penulis dnengan Hamka dan Ssheikh Tahir Jalaluddin dik Kujala Kangsar
pada tahun 1960-an.
7]
Penulis dimaklumkan oleh Sultan Perak, almarhum Sultan Yusuf, Tunku Abdul Rahman,Tun Abdul
Razak bin Dato’ Hussein, Datuk Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab bikn Tok Muda Abdul Aziz.
[8]
Haji Ahmad Fuad, Datuk Haji Ahmad Badawi dan Haji Hussein Che Dol memberitahu penulis pada tahun 1954.
[9]
Al Kafirun:4,5,6.[10] Ahli lembaga Muzium Singapura, Raja Razman – adikong kepada Sultan Perak, Sultan Yussuf Izzuddin Shah.
[11]
Pendapat demikian telah diberi kepda penulis oleh ulama, Sheikh Haji Nawawi (Perak), Sheikh
Tahir Jalaluddin (Johor), Fadlullah Shuhami (Singapura), Ibrahim Aqibi (Pulau Pinang) dan Hassan
Bandung (Indonesia).

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.