Monday, October 27, 2008

SAJAK

MEREKA MELAYU

Anak Titiwangsa,
Ibrahim Haji Yaacok,
pemimpin KMM tahun 1930 - an,
berdiri dengan pengetahuan,
bersama kawan-kawan setia,
rancang Malaya merdeka,
Melayu mulia,
bangsa berdaula seluruh Nusantara.

Ustaz Abu Bakar Al Baqir,
murid tua Sheikh Abdullah Fahim,
pimpin parti Islam Hizbul Muslimin,
nekadnya suci,bwujud Negara Islam bumi ini,
Semua nasionalis Melayu kutuknya,
dia dihumban ke khemah tahanan penjajah,
para nasional fro Inggeris rayakan kemenangan,
Nasio- kapitalisme ganti Negara Islam,
Kini, Melayu menang dalam kecundang.

Ishak Haji Muhammad putera Gunung Tahan,
penanya tajam bergelar Pak Sako,
pejuang kemerdekaan daulat Melayu,
lebral fikirnya,
persamaan hak seluruh rakyat,
Negara, bangsa dan bahasa Melayu,
noktah, Islam agama negara.

Dr. Burhanuddin Helmi,
putera Negeri Perak,
Melayu Nusantara,
berjuang membebaskan bangsa,
tetapi, dikekang bangsanya sendiri,
deritanya dalam tawa,
suara bergema sekutah Melayu Raya,
bersatu semua baka,
Melayu bangsa mulia,
"Kalau sungguh bagai dikata,
badan dan nyawa saya serahkan," ikrarnya.

Ahmad Boestamam putera Melayu,
lahirnya di Behrang, Tanjung Malim,
Rakan perjuangan Ishak dan Burhanuddin,
API, padang datar pejuangannya,
penanya tajam membuka minda,
menentang penjajah di bumi ibunda,
namanya terpahat dalam sejarah bangsa.

Dato Onn pejuang nasionalis,
anak Johor dimurka Sultan,
perjuangannya berasas Melayu,
Nasional-kapital asas daulat bangsa,
Melayu menolaknya kerana dia Melayu,
lalu merajuk ke Kampung Baru,
'Kritik' medianya disuka kawan,
ditolak Tunku kerana bukan teman.

Tunku Abdul Rahman putra Kedah,
ibunya Siam, ayahandanya Melayu memerintah,
berjuang untuk Melayu,
pintunya dibuka bagi semua yang tiba,
lembut hatinya di pedaya rakan,
akibatnya buruk rugikan Melayu,
pada zamanya Melayu kecundang,
Melayu bernegara tetapi berdagang.

Ahmad Fuad bersama ramai rakan,
meninggalkan UMNO parti kebangsaan,
parti Islam, PAS diwujudkan,
nekadnya kukuh bentuk Negara Islam,
perlembagaan negara berpandukan Quran,
kukuhkan Melayu bangsa direda Tuhan,
Malang! Melayu juga menolak perjuangannya,
kerana dia Melayu perjuangkan Islam.

Tun Abdul Razak putera Pahang,
jujur hatinya gigih berjuang,
politiknya sejajar kapitalis terbilang,
ramai Melayu menerimanya berat,
FELDA diwujudkan timur dan barat,
menempatkan Melayu hidup melarat,
tersepit dicelah derita nan berat.

Hussein Onn waris pejuang Melayu,
kapitalis jua matlamatnya,
tolak addin dasar negara,
takut rakyat papa kedana,
menyambung perjuangan ayahanda,
perjuangan beras diteruskan,
tetapi usianya terbatas,
meninggalkan perjuangan belum selaras.

Dr.Mahathir Mohamad Putera Kedah,
campur darah Melayu dan India,
menentang Tunku rahmnat baginya,
menongkah ombak ke takhta negara,
Perdana Menteri keras perintahnya,
doktor ragamnya,bengkak dibedah,
patah cantas saja.
Kuat semangatnmya pintar fikirnya,
menentang Negara Islam hudud,
tika telah hilang kuasa,
sepanjang jalan berceloteh jua.

Abdullah Badawi putera Kepala Batas,
Quran dan hadis jadi panduan,
Islam amalan rakyat dan negara,
basmi rasuah racun negara,
semua veteran dalam partinya,
musuh tegar menghunjam kris dan lembing,
bersilat bersending mengelak durhaka,
mereka mendesaknya turun segera,
"Saya akan pergi, tetapi pergi,
tak akan kembali lagi,"katanya di batas waktu.

Ada Melayu ketawa berdekah-dekah,
mereka berjaya jatuhkan Pak Lah,
ramaiMelayu duka lara,
musuh bangsakah punya angkara,
pemimpin jujur dikutuk dicela,
termenun pengemis tua,
matanya kabur nampak jua,
yu kenyang kerana kapal pecah di muara.

Bumi Al Ma'unah --------------------------- Mokhtar Petah

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.