Tuesday, October 21, 2008

REBUT KUASA ANTABERANTA

Oleh: Mokhtar Petah

Al kisah, pada zaman silam, dalam negeri Perak tua, ada sebuah negeri kecil bernama Antaberanta, dalam kawasan pantai Indah, di Sungai Wang yang meliputi Beruas, Kubu Gajah, Terong, Dindings dan Pulau Pangkor yang makmur dan mewah.

Antaberanta bernaung di bawah kuasa Maharaja, beragama Hindu yang hidup di daerah Kelingga, India. Menteri Perdananya bernama Ngor dan penolongnya, Pengkor namanya. Mereka berasal dari Champa, dalam negara bernama Kampuchea.

Pada masa ini, ada sebuah kampung memakai nama Menteri Perdana, iaitu kampung Ngor, dalam daerah Kuala Kangsar Diraja. Al Maunah nama baru masyhur ke seluruh dunia. Peristiwa gempar, kononnya, anak-anak silat gayung mencuri senjata-senjata, millik Askar Wataniah Di Grik, dekat sempadan Thailand – Malaysia.

Ketuanya, bernama Amin anak Ghazali, cucu kepada Hussein Hurus, bomoh perempuan yang hendakkan bertubuh muda.

Nama Pengkor diabadikan pada sebuah pulau. Pulau Pangkor yang mesyhur namanya. Masih ada kubu dan kota Belanda. Tetapi di sana kurang Melayu, ramai Cina.

Menteri Perdana berpegang teguh pada falsafah Buddha. Semua manusia sama. Tidak ada kasta atau darjat berbeza. Hatinya baik dan kasihkan rakyat jelatan. Mungkar dan maksiat ditolaknya. Dia mahu menjadi seorang manusia mulia.

Dia tidak ada syak wasangka kepada sesiapa. Penolongnya, Pengkor dianggap setia dan jujur kepadanya. Sebagai saudara kandungnya seibu sebapa.

Tetapi Pengkor lain pula hatinya. Dia berbadan manusia berhati haiwan liar di rimba. Telunjuknya lurus berkait kelingkingnya. Wajahnya manis kepada ketuanya. Tetapi hatinya pahit atau masam seperti cuka atau racun berbisa. Dia berhajat merebut kuasa dari ketuanya. Kalau tidak dengan baik dengan cara paksa.

Tabiat Pengkor amat buruknya. Hidupnya mengejar perempuan; tak kira janda atau dara. Asal dahi licin dikebas semua.

Pengkor bersahabat baik dengan ketua lanun, di Pulau Sembilan. Sering merompak dan menjarah sampai ke Kuala Gula dan Kuala Kurau. Namanya, Tai Ping, lelaki Cina dari benua yang rakyatnya bermata sepet, makan nasi mengguna dua kayu dari rimba, terkenal dengan nama penyepit.

Rakan-rakan karib Pengkor tiga orang. Seorang lelaki bernama Jebong, pahlawan pancung tak bertanya. Rakan kedua bernama Gantang, hulubalang yang garang. Sepanjang hidup membunuh orang. Kentoi rakan ketiga, kerja membuat arak dari nira kelapa dan nipah hidup merata.

Angan-angan dan nafsu Pengkor, sering mendesaknya tidak bersabar, rampat kuasa dengan segera, deri ketua berhati mulia.

“Kalau aku jadi Menteri Perdana, aku berkuasa, jadi kaya raya, aku milik dunia ...,” suara hati Pengkor pada ketika dia tidur-tidur jaga.

Pada satu malam gelap gelita, Pengkor bersama rakan-rakan setianya, Jebong. Gantang dan kentoi telah datang ke rumah Menteri Perdana. Masing membawa senjata. Keris Champa belok tujuh, badik dan lawi awam elok bersepu dan lembing dan pedang tajam sungguh.

Pintu kayu rumah Menteri Perdana, diketuk-ketup perlahan bunyinya, oleh Pengkor yang berhati durhaka.

“Orang datang, sayang,” kata isteri jelita Menteri Perdana.

“Orang, tetamu kita agaknya,” sahut Menteri Perdana.

Isteri melangkah ke dapur hendak menjerang air untuk tetamu, suami ke pintu depan menyambut tetamu di muka pintu. Akan disambut dengan mesra. Begitu mulia hati Menteri Perdana.

Sebaik-baik sahaja pintu dibuka, Pengkor melangkah masuk bersama senjata. Diikut oleh rakan-rakannya yang setia. Lalu duduk menghadap Menteri Perdana. Semua senjata diletak tepi paha, sebagai mengugut atau menayang kuasa.

“Dato, hamba datang ada hajat,” suara Pengkor membelah malam.

“Apa hajat, besar benarkah hingga bertamu malam?” Ngor bertanya hatinya tak tenteram.

“ ...haja, ia, besar ..., hamba mau Dato serah kuasa kepada hamba,” kata Pengkor dengan garang.

“Apa, Dato, apa benar maksud begitu?” tanya Menteri Perdana dalam keliru.

“ Ia, hamba tetap begitu, kalau bantah buruk padahnya,” tengking Penolong Menteri Perdana.

“Sudahkah Dato fikira masak-masah, rakyat kita setuju atau tidak, atau Dato salah kehendak, nanti negeri porak peranda pulak?” Menteri Perdana bertanya suaranya serak.

“Peduli apa pada rakayat, aku menuntut hak, serah kuasa atau menerima padah,” tengking Penolong Menteri Perdana lagi.

Menteri Perdana diam. Ada gigil menggegar tubuhnya tidak tenteram. Hatinya tidak menyangka rakannya berhati masam. Ada jahat, zalim dan kejam.

“Pilih, serah kuasa ... kau akan dibunuh, mayatmu akan kami campak ke laut sana,” jerkah Pengkor dan dua biji matanya merah menyala.

Tumbuk ladan dan keris tujuh lok diletak di hadapan Menteri Perdana. Satuk arahan yang mesti dipatuhinya. Jika sayang kuasa badannya akan bercerai dari nyawa. Tinggal isteri dan anak-anak tercinta.

“Tak bolehkah Dato bertempoh seminggu dua,” kata Ngor merendah suara.

“Tak ada tempoh pada hamba, kalau bertempoh Dato hilang nyawa ..., kalau ikut kehendak hamba, Dato selama bersana keluarga,” bentak Pengkor berlagak durhaka.

“Apa hendak hamba kata, kalau Dato putus begitu, Ambillah kuasa dari hamba, Datuk bergelar Menteri Perdana,” kata Menteri Perdana merendah diri.

“Bagus, esok pagi, belum tengah hari, pukul canang, tiup nafiri, umumkan kepada Rakyat jelatan sekalian, kuasa Dato beralih sudah, kepada hamba Menteri Perdana.

Menteri Perdana diam. Sedih. Pilu. Bukan kerana kuasa berpindah ke tangan kawan durhaka, tetapi kerana ingatkan rakyat jelata. Kepada mereka tidak dihebah bicara, minta persetujuan dengan budi bahasa.

Arkian. Pada petang besoknya, bekas Menteri Perdana, bersama isteri dan keluarga berhanyut dalam perahu memipir pantai, menuju ke Kuala Muda. Hendak ke Pulau Langkawi hajatnya. Kalau tidak menjadi nelayan dan hidup sebagai ulama Buddha.

Beratus rakyat jelata berdiri di pantai, tangan masing-masing melampai, air mata luruh berderai. Lalu Ngor melambai kepada mereka. Dalam hatinya menyanyi sedih berselimut duka.

Hai teman tua dan muda,

Usah diduka peninggalan hamba,

Inilah kesudahan pada hamba,

Hai kawan-kawan tersayang,

Hendakku bawa perahuku sempit,

Hendakku tingglkan tak sampai hati.

Lama kemudian, Pengkor Menteri Perdana, gagal memerintah negeri dan rakyat jelata. Negeri mundur dan rakyat ramai berhijrah ke merata-rata,mencari rezeki menyambung hayat di dunia.

Antaraberanta menjadi murung. Kerana Menteri Perdana salah hitung. Hingga kini Antaberanta hilang sudah. Namanya terkenal dalam sejarah. Kisahnya sukar dilupa penulis sejarah. Dikenang selalu di setiap daerah. Jika dikenang sedih amat dan pipi basah dik air mata dan jiwa resah gelisah.

(habis)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.