RAJA-RAJA MELAYU DALAM BAHAYA
Oleh:
Peralihan kuasa antara Perdana Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalan beliau, Dato’ Seri Najib Tun Razak, pada Mac tahun depan dan disambut meriah oleh sebahagian dari ahli-ahli UMNO, akan menjuruskan kedudukan Raja-raja Melayu ke dalam bahaya.
Bahaya yang akan menimpa Raja-raja Melayu nanti akan mengakibatkan bangsa Melayu kehilangan nama dan daulat di negara ini kerana ‘ada Raja ada rakyat dan rakyat bernaung di bawah Raja’.
Raja-Raja Melayu sedang menghadapi bahaya yang memungkin mereka – Yang Dipertuan Agong kehilangan daulat di negara ini dan Raja-Raja termasuk Yamtuan Negeri Sembilan terlucut daulat dari negeri masing masing akibat dari rakyat tidak memerlukan mereka lagi.
Kata-kata ‘rakyat tidak perlu’, ialah rakyat yang duduk dalam sebuah atau beberapa buah parti politik yang menjunjung dasar sosio-demokrasi akan memerintah negara ini selepas pilihan raya umum ke–13 (jika UMNO dan Barisan Nasional lumpuh) meminda, mengubah atau memansuhkan Perlembagaan Negara yang ada sekarang ini.
Dalam Perlembagaan Negara yang ada sekarang, wujud tiga perkara penting yang tidak boleh dianjak-anjak selagi Perlembagaan itu tidak dipinda, diubah atau dimansuhkan, iaitu agama Islam, bangsa Melayu dan Raja Melayu.
Parti–parti politik yang menggunakan dasar sosio-demokrasi – bersimbolkan keadilan rakyat, ialah Parti Tindakan Democracy (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berideologikan Islam telah merelakan diri bersekongkong dengan parti-parti tersebut.
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada masa berjawatan Ketua Hakim Negara telah bertitah, bahawa jika rakyat tidak memerlukan Raja, maka semua mahkota Raja akan disimpan dalam muzium budaya.
Konsep atau dasar sosio-demokrasi sama dengan konsep komunis, iaitu menolak ketuan satu bangsa termasuk bangsa yang asli dan mewujudkan satu bangsa baru, agama termasuk agama Islam dan kedaulatan Raja berdaulat atas sesebuah pemerintah.
Dalam political sceince ( ilmu sains politik), sosio adalah sama dengan sosial (masyarakat) – masyarakat yang tidak berpegang kepada sebarang agama dan pendeknya menolak kewujudan Allah dan keimanan kepada Allah, tetapi dengan rela membenarkan rakyat menganut berbagai agama.
Sebarang agama termasuk agama Islam tidak dibenarkan menjadi dasar negara. Pemerintahan sosialisme mengutamaan kebendaan. Pendeknya sosialisme dinisbahkan adik kepada komunisme.
‘Socialism is the least specific of all the isme used in political discourse, partly because may subsume anarchism, syndicalism, anda komunism and may even shade across the ideological continuumof include neolebralism. This genial ambilgulty of the sosialist label also help to account for its political prominence throughout recorded history; most societies and most ideologies have had a socialist bias.’ –
Totto James Anderson, Introduction To Political science, 1957,
Tokyo – Sydney, McGraw Hill Kogakusha, Ltd, hlm. 95.
Singapura adalah negara di rantau ini yang memerintah mengikut dasar partinya, Petir atau PAP, iaitu sosio-demokrasi. Bangsa Melayu di Singapura terpinggir dan sedang menghadapi kepupusan termasuk kepercayaan beragama Islam.
Dato Seri Anwar Ibrahim lepasan MCKK dan Universiti Malaya, pada masa remaja dan awal dewasanya memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) adalah seorang tokoh penting dalam perjuangan umat Islam untuk menegakkan Negara Islam, tetapi setelah menjalani brain wash dalam kem tahanan politik, setelah keluar meneruskan perjuangannya untuk merebut kuasa, beliau telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berpegang keepada dasar sosio-demokrasi.
PAS yang telah berjuang sejak tahun 1951 untuk menegakkan Negara Islam – Baldatun tayyibah wa Rabbun Ghafur dan mahu mengamalkan hudud perundangan Islam, tetapi kini, kerana mahukan kuasa, telah memaksakan dirinya bersekongkol dengan parti-parti politik yang memegang pada dasar sosio-demokrasi dan laungan Negara Islam dan Hudud tidak kedengaran lagi.
DAP yang membawa obor sosio-demokrasi bersama PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat telah berjaya menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional yang kapitalis amalan mereka di Pulau Pinang dan berjaya memerintah negeri tersebut,
Demikian juga dengan pengaruh Pakatan Rakyat, Negeri Selangor, Perak dan Kedah telah diperintah oleh pakatan tersebut – MB Selangor, orang Melayu dari PKR dan Perak dan Kedah MB masing-masing terdiri dari orang Melayu dari PAS.
Mungkin silap, tetapi kalangan PAS benar, iaitu pada masa ini kita ketagih atau kempunan mendengar suara laungan atau ratib ‘Negara Islam’ dan ‘hudud’ dari Presiden PAS, Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Perak dan Menteri Besar Kedah. Hatta Mat Sabu yang pada masa lalu suaranya ibarat guruh melaungkan Negara Islam dan hudud telah tidak kedengaran lagi.
Akibat akan menimpa UMNO, jika UMNO masih berpegang kepada kapitalis dan menentang kehendak umat Islam untuk menegakkan Negara Islam, pada pilihan raya ke – parti politik Melayu itu akan pupus dan tidak akan berjaya menubuhkan kerajaan peringkat pusat dan negeri-negeri.
Apabila UMNO lumpuh, PAS telah bertukar menjadi parti Abdullah ibnu Ubai dan parti-parti yang sosio-demokrasi sifatnya memerintah, Raja-raja Melayu terpaksa meninggalkan istana masing-masing, semua mahkota akan dipindahkan ke muzium dan mereka akan menjadi rakyat biasa,
Pada masa itu ketuanan Melayu akan tidak ada lagi. Mungkin beberapa orang dari para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional terpaksa wirid menyesal tidak berkesudahan dalam tahanan politik atau penjara.
Saya melihat, kalau UMNO mahu selamat, bangsa Melayu tidak menghadapi kepupusan dan Raja-raja Melayu tidak terpaksa menarik terompah kayu di kaki lima, maka UMNO mestilah melangir atau membersihkan dirinya dan mengubah corak dalam Perhimpunan Agungnya yang mendatang ini.
Di antara yang perlu diubah dan diwujudkan, ialah:
UMNO meminda perlembagaan, iaitu menjadikan sebuah parti politik Melayu dan berdasarkan Islam.
Membuka pintu kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk menjadi ahlinya, sesuai dengan Perlembagaan ‘rakyat Malaysia yang beragama Islam adalah Melayu’.
Memilih pemimpin dari tokoh-tokoh yang ada pengetahuan akademik dan tinggi pengetahuan agama Islam.
Manakala Majlis Raja-raja Melayu perlu melakukan pembedahan dan mengubah corak dari yang ada sekarang kepada cara baru, di antaranya:
Majlis Raja-raja Melayu tidak hanya menjadi dead table, sekadar menganugerahkan bintang kebesaran, mengikut nasihat Perdana Menteri dan berkekedudukan ‘the kings is kings’, tetapi mesitilah menjadi badan yang menerima nasihat dan Perdana Menteri dan memberi nasihat kepada Perdana Menteri.
Majlis Raja-raja Melayu tidak boleh berpolitik, tetapi berhak melihat, mengawas dan sebagaikan akan politik dan corak politik negara ini. Misalnya amalan politik negara ini sama ada berlawanan atau tidak dengan agama Islam yang menjadi agama rasmi negara dan mengambil langkah menghalang sebarang amalan politik yang boleh memporak perandakan agama Islam dan umat Islam sesuai dengan taraf dan kedudukan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing dan Yang Dipertuan Agong bagi agama Islam di negara.
Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan satu sistem, iaitu Raja-Raja Melayu tidak menjadi simbolik kerajaan satu pemerintah, tetapi mereka mestilah turun padang, mendekati rakyat jelata dan mengambil tahu akan kehidupan rakyat jelata.
Majlis Raja–raja menggunakan Quran sebagai dasar dan petunjuk dalam sebarang urusan kerajaan. Menentang segala fahaman politik yang berlawanan dengan Islam.
Mungkin tulisan saya ini dipandang ringan oleh setiap individu politik yang masih leka dengan kedudukan, tetapi jika direnung kebelakang, iaitu kepada sejarah kejatuhan raja-raja di negara-negara dunia, kelumpuhan kerajaan-kerajaan Islam di mana adalah disebabkan rakyat bangun dengan simbol ‘keadilan’ – keadilan sosial yang berpandukan komunisme dan sosialisme hasil dari kreatif otak Karl Marx.
Pada masa ini ramai dari orang Melayu (termasuk) ahli UMNO dan PAS) yang menerima apa sahaja fahaman dan janji asalkan mereka boleh mendapat nikmat, walaupun nikmat itu memungkin mereka menjadi seperti semut dengan gula dan mereka teralpa yang ‘semut mati kerana gula’.
Mungkin ramai orang politik yang sedar yakin, bahawa setelah peralihan kuasa Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak pada Mac tahun depan, parti politik Melayu itu akan menghadapi kehakisan ahli-ahlinya yang Islamik yang selama ini menjadi pengikut tegar Abdullah Ahmad Badawi.
Mereka itu tidak akan berdiri di belakang Najib Tun Razak, Mereka akan meninggalkan UMNO dan berdiri dalam PAS atau berkopromi dengan Dato Seri Anwar Ibrahim yang masih ada cita-cita untuk menjadi pemimpin UMNO.
Tidak mustahil Anwar Ibrahim akan kembali ke dalam UMNO semula, kerana beliau sedar kedudukan beliau dalam PKR tidak akan selamanya. Beliau akan menerima nasib seperti wartawan A.Samad Ismail dan beberapa orang Melayu pengasas Parti Tindakan Rakyat Singapura (PETIR) yang kemudiannya tenggelam atau tersingkir.
Sebagai mana Tengku Razaleigh Hamzah, Dato Seri Dr. Rais Yatim dan beberapa orang lagi dalam yang keluar dari UMNO dan bertapak dalam Parti Semangat 46 yang kemudiannya kembali kepada UMNO, maka begitulah tidak mustahil Anwar Ibrahim akan kembali ke dalam UMNO.
Percayalah, dalam arena politik tidak ada kawan yang kekal sepanjang jalan dan tidak ada musuh yang kekal sepanjang zaman.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.