Friday, October 17, 2008

QURAN

KEHENDAK AGAMA ALLAH

Dan orang-orang yang berusaha bersungguh-sungguh
kerana memenuhi kehendak agama Kami (Islam) ,
sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-
jalan Kami(yang menjadikan mereka gembira dan
mendapat keredaan Allah) . Sesungguhnya pertolongan
dan bantuan) Allah adalah berserta mereka yang berusaha
memperbaiki amalan (kemasyarakatan politik, ekonomi
dan urusan kehidupan) mereka. - Al 'Ankabut: 69.

HADIS
TUKANG RAMAL

Sesiapa yang datang kepada tukang ramal (nujum) , lalu
menanyakan sesuatu yang ghaib (misalnya tentang nasib
diri, jodoh, nombor ekor dan masa depannya), kemudian
dia percaya kepada ramalan itu, maka tidak diterima
(oleh Allah) solatnya selama empat puluh hari.
Perawi: Imam Muslim.

PETUA

BELA PELESIT

Kalau hendak mengetahui seseorang perempuan tua
membela pelesit atau tidak, apabila dia datang ke
rumah kita, sebelum dia masuk ke rumah,ambil kacip
dan kangkangkan, dan etakkan di atas lantai di muka
pintu. Kalau dia enggan masuk ke rumah itu, dia adalah
orang yang membela musuh Allah dan musuh manusia
itu.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.