PERINTAH
Dan Kami turunkan kepada kamu (Muhammad s.a.w.) kitab
(Quran) dengan membawa kebenaran untuk mengesahkan benar-
nya kitab - kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya
(Quran) dan untuk memelihara dan mengawasinya. Maka ja-
lankanlah hukum (perintah) di antara mereka (ahli kitab)
dengan apa (hukum) yang diturunkan Allah (kepada kamu),
dan jangan kamu mengikut kehendak hawa nafsu mereka
(dengan menyelewng) dari apa yang telah datang kepada
kamu dari kebenaran.Bagi tiap - tiap umat yang di antara
kamu, kami jadikan (tetapkan) suatu syari'at dan jalan
agama (yang wajib diikuti oleh setia individu mukmin).
Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu
satu umat (yang bersatu dalam satu agama), tetapi Ia
hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa (hukum)
yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-
lumbalah kamu mengerjakan kebaikan (beriman dan beramal
soleh - mjengikut hukum Allah). Kepada Allah jualah tem-
pat kamu semua kembali, maka Ia akan memberitahu kamu
apa yang kamu berselisihan padanya (Quran dan hukum yang
diturunkan Allah).
Dan hendaklah kamu menjalankan hukum(perintah) di antara
mereka dengan apa (Quran dan hukum) yang diturunkan Allah
dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka (ahli kitab
dan orang kafir), dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak
memesongkan kamu dari sesuatu perintah yang diturunkan
Allah kepada kamu.Kemudian, jika mereka berpalinhg (tidak
mahu menerima hukum Allah),maka ketahuilah, hanya Allah
mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa
mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu
adalkah orang yang fasik.
Apakah mereka(ahli kita dan sebilangan orang Melayu),patut-
kah mereka berkehendakkan kepada hukum - hukum (undang-
undang)orang jahiliah? Pada hal - kepada mereka yang penuh
keyakinan -, tidak ada siapa yang boleh membuat hukum
(perintah dan undang-undang) yanhg lebik dari Allah.
- Al Maedah:48 - 50.
HADIS
SILATUR RAHIM
Rasul Allah, Muhammad s.a.w. telah bersabda:Siapa yang
mahukan rezekinya banyak (murah) dan dikenang bekas
(sejrah atau biografi)nya, maka hendaklah menghubung-
kan silatu rahim (sesama orang Islam dan manusia).
Perawi: Imam Muslim dan Imam Bukhari
PETUA
PEREMPUAN DAN AURAT
Perempuan yang suka membuka aurat ( terermasuk pusat, paha dan betis), dia adalah sahabat setia syaitan yang mengajaknya sama-sama masuk neraka.
Dan perempuan yang begitu; kalau gadis dan janda manandakan buas nafsunya.kalau isteri menandakan dia tidak mendapat kepuasan seks dengan suaminya, sebab itulah dia menayangkan auratnya kepada para lelaki lain. - ulama.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.