BERTAQWA
Hai orang-orang yang beriman! Jika kamu semua bertawqa
(taat, kasih dan menyerah diri dengan jujur) kepada
Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu semua petunjuk
yang membezakan antara yang benar dengan yang salah,
dan menghapuskan kesalahan kamu semua serta mengampunkan
(semua dosa)kamu sekalian. Dan Allah mempunyai limpah
kurnia yang besar. - Al Anfal:29.
HADIS
ORANG TERANIAYA
Rasulullah Muhammad s.a.w. telah bersabda: Doa orang-orang
yang teraniaya (dengan perbuatan, perkataan dan sebagainya)
itu mustajab, dan jika dia melakukan kejahatan (maksiat de-
ngan zina), maka kejahatannya menjadi tanggungannya sendiri.
Perawi:Abu Hurairah.
PETUA
PEMIMPIN
Sesiapa yang mahu menjadi pemimpin manusia dan bangsanya, mestilah ada pada dirinya seperti berikut ini:
1 - Tidak tinggal sembahyang lima waktu dan amalkan sembahyang sunat.
2 - Berpengetahuan luas dalam semua bidang, terutama bidang keislaman.
3 - Tidak pernah membunuh orang atau bersyubhat dengan perbuatan itu.
4 - Sabar dan tawakal kepada Allah.
5 - Terima caci dan kutuk manusia dengan tenang dan menyerahkan kepadsa
Allah.
6 - Sentiasa ihsan dan adil.
7 - Tidak menerima dan memberi rasuah.
8 - Mengenepikan kepentingan diri sendiri dan keluarga dari hak
pemerintah.
9 - Tidak ada amalan pilih kasih dalam keluarga dan rakyat.
10- Tidak melawan ibu dan bapa.
Jika pada dirinya tidak ada 10 perkarea ini, maka negara yang diupimpinnya sukar mendapat keredaan dari Allah.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.