JIHAD
Katakan (hai Muhammad): Jika bapa bapa kamu, dan
anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan iste-
ri-isteri kamu (atau suami- suami) kamu, dan kaum
keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan,
dan perniagaan yang kamu bimabangkan akan merosot,
d a n rumah-rumah temoat tinggal yang kamu sukai, -
(jika semuanya itu)menjadi perkara-peraka yang kamu
cintailebih dari Allah Allah dan rasul-Nya dan jihad
pada untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah
mendatangkan keputusan-Nya (azab sangsara), kerana
Allah tidak akan mengurniakan petunjuk kepada orang-
orang yang fasik (derhaka).- At Taubah: 24.
HADIS
PANJANG UMUR
Sebaik-baik manusia ialah mereka yang dikurniakan
panjang umur, dan umur yang panjang itu digunakan
(oleh mereka) untuk mengamalkan kebaikan sebanyak-
banyaknya dan sejahat-jahat manusia yang dikuarnia-
kan umur panjang tetapi mereka menggunakan umur
panjang itu untuk melakukan kejahatan dana kerosa-
kan semata.
Perawi:Imam Ahmnad dan Imam Turmuzi.
PETUA
SENTIASA GEMBIRA
Sepuluh perkara yang membolehkan seseorang lelaki itu sentisaa rasa gembira dan sempurna hidupnya, iaitu: 1 - Percayakan diri sendiri, 2 - iman dan sempurna akidahnya kepada Allah, 3 - tidak tinggal sembahyang lima waktu dan sentiasa wirid nama Allah dan selawatkan rasul-nya, 4 - sentiasa bersyaukur kepada Allah dan memada dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah, 5 - Rasa cinta kepada semua manusia,6 - tidak ada perasaan hasad atau dengki dalam hatinya, 7 - Alam maya ini menjadi universiti baginya, 8 - beristeri lebih dari satu; jika tubuh badan sihat,ada pengetahuan, sempurna akal dn fikiran dan ada kemampuan (tanpa kebenaran isteri),9 - tidak takut mati dan tidak khuatir meninggal dunia dan 10, mencintai wanita-wanita cantik.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.