Thursday, October 16, 2008

QURAN

ISTERI ITU LADANG

Perempuan-perempuan (isteri-isteri) kamu itu adalah ladang
kamu, oleh itu usahakanlah ladang kamu itu bagaimana kamu
sukai dan buatlah kebaikan untuk diri kamu. Dan takwalah ke-
kepada Allah.Dan sampaikan berita gembira (ini) untuk mereka
yang beriman (kepada Allah). - Al Baqarah:223.

Penjelasan: Dalam satu riwaya, pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., bahawa orang-orang
Yahudi percaya jika mencampuri isteri di luar kebiasaan (iaitu itu tidak iku faraj tetapi
ikut belakang atau dubur), anak yang dilahirkan olehisteri itu akan bermata juling, maka, Allah
telah menurunkan wahyu-Nya kepada Nabi Muhammad s.a.w. seperti di atas -Al
Baqarah:223. Dari Imam Bukhari, Imam Muslim, Abu Daud dan Tarmizi.
Satu riwayat lagi, bahawa Syedina Omar telah mengadap Nabi Muhammad s.a.w. lalu berkata
kepada Junjungan: "Ya Rasulullah, celakalah saya."
"Apa yang menyebabkan kamu jadi celaka?" Nabi MUhammad s.a.w. bertanya.
Syedian Umar menjawab: "Pada malam tadi, saya telah bersetubuh dengan isteri saya dari
belakang."
Mendengar perkataan sahabat itu, Junjungan diam sejenak. Kemudian Allah telah
mewahyukan firman-Nya Al Baqarah:223.
Ada riwayat-rwayat lain mengenai masalah ini. Sila baca buku Lubanun Nuqul fi Asbabun
Nuzul, oleh:Iman Jalaludidin.As Sayuti.

HADIS
REDA

Bahawa Allah redakan umat kamu tiga perkara, dan Allah
membenci umat kamu tiga berpara. Allah reda kamu me-
nyembah-Nya dan tidak menyengutui-Nya dengan sesuatu.
Berpegang teguh dengan tali Allah,tidakberpecah belah.Dan
hendaklah kamu memberi nasihat kepada orang yang
dijadikan Allah untuk mengedalikan sesuatu urusan.
Yang dibenci, banyak bercakap, banyak bertanya/ minta-
minta dan boros harta benda.
Perawi: Imam Ahmad.


PETUA
DAYUS
Petua ulama: Di antara lelaki yang dayus, ialah lelaki yang takut kepada
isterinya (ikut telunjuk isteri), lelaki yang dayus kerana mengikut telunjuk
isterinya tidak layak menjadi pemimpin rakyat dan negara.Kalau diangkat
dia menajdi pemimpin, negara itu tidak diredai Allah dan akan terjerumus
kepada kebinasaannya.








No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.