Thursday, October 2, 2008

PESANAN

KITA SESAMA KITA

Haji Hadi bangga,
Nik Azik suka,
semua ahli PAS tepuk ria,
kerana Abdullah Ahmad Badawi,
berundur dengan paksa atau rela.

Anwar Ibrahim menggonggong azam,
Malaysia di bawah pimpinannya,
dia bergelar Perdana Menteri mulia,
suaranya bergema ke langit zaman.

Lim Kit Siang,
Karpal Singh dan Lim Eng Guan,
berhati curiga,
PAS junjung negara Islam.

Najib dalam delima,
Tengku Razaleigh Hamzah suara lantang,
suara naga,
rakan-rakannya berjalan semut.

Muhyiddin Yassin bakal Perdana Menteri,
Rakannya, Tengku Razaleigh Hamzah,
Penasihat mulia, Dr Mahathir Mohamad.

Orang kampung macam buluh lemang,
daun palas dan kelapa,
pulut dan nasi dihidang,
dedaun ke tepi jua.

Nasionalisma UMNO mulai pudar,
Islamisma PAS telah samar-samar,
Sosio-demokrasi memancar megah,
disanjung Melayu melebihi Islam.

Tanah Semenanjung,
oh, Tanah Semenanjung,
akan jadi Singapura?
bawah sosialisme,
kita tanpa bangsa tanpa raja.

"Melayu", lari kata Jawa,
Merempatkah cucu cicit Melayu,
di bumi sendiri,
Hilangkah Melayu dari dunia?
Ia, hilang Melayu dari dunia?

Mahathir, Abdullah, Najib, Muhyiddin,
Tengku Razaleigh Hamzah,
Anwar Ibrahim,
Haji Hadi dan Nik Aziz,
Kembalilah kepada petunjuk Tuhan.

Bersatu semua baka,
Hapus segala sengketa,
Kikis jiwa hamba,
Bersatu; Melayu kuat semula.

Kalian akan berdosa,
jadi penderita neraka,
kerana jahil diri sendiri,
Melayu hilang di dunia.

Mokhtar Petah
Pulau Sabang, Acheh

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.