ANAK WARIS BANGSA MULIA
Oleh: Mokhtar Petah
Mahu tidak mahu, di segi pandangan Islam, Melayu adalah satu bangsa yang baik, selagi tidak melepaskan diri dari Islam, berakhlak mulia, berani dan menyerahkan diri kepada Allah untuk kehidupan dunia dan akhirat.
Melayu menjadi bangsa yang baik bersama bangsa-bangsa lain yang baik, iaitu yang beragama makjizat yang dibawa oleh Rasul Allah, Muhammad s.a.w., itu Islam. Melayu bersama bangsa Arab, bangsa kulit putih dan bangsa kulit hitam di seluruh dunia ini yang mengaku dan beriman, bahawa Quran itu kitab suci Allah, Muhammad s.a.w. pesuruh Allah dan hari akhirat.
Allah telah mewahyukan pengakuan-Nya kepda Nabi Muhammad s.a.w. seperti dalam Quran:
Kamu semua (umat Muhammad s.a.w.) adalah
sebaik-baik umat manusia (kerana) kamu semua
menyuruh melakukan segala yang baik dan mme-
larang dari melakukan perkara-perkara yang
salah (buruk dan keji) serta kamu semua pula
beriman kepada Allah (dengan ikhlas).
(Ali Imran: 110)
Sekarang orang Melayu sedang berjuang mempertahankan Melayu. Menyatu - padukan Melayu dan meneruskan usaha supaya Melayu tidak hilang dari dunia ini, maka tidak boleh mengenepikan, bahawa kita mahukan Melayu yang baik bersama bangsa-bangsa yang baik di seluruh dunia ini.
Menjadi tanggungjawab semua orang Melayu - ummah - untuk mewujudkan Melayu yang baik seperti yang dijelaskan Allah dalam Quran. Untuk menjadikan Melayu bangsa yang baik, maka kita orang Melayu sendiri mestilah sanggup mewujudkan anak-anak Melayu yang baik, iaitu anak-anak yang dilahirkan dari sfarma yang baik,iaitu bukan sfarma yang dihasilkan dari makanan yang tidak baik atau haram. Ibu yang baik, rahim ibu yang baik disegi pandangan Islam, iaitu ibu yang solehah.
Allah telah memaklumkan kepada rasul-Nya Muhammad:
(Allah) mencipta manusia dari sebuku (kecil)
darah beku (sfarma.
Manusia pertama, Nabi Adam a.s. dicipta oleh Allah dari Tanah.Keturunan Nabi Adam sampai kepada kita orang Melayu dari bangsa Melayu, diciptan Allah dari sfarma - air mani lelaki yang bercampur dengan air mani peredmpuan.
Penentuan baik atau buruknya seseorang dari mana-mana bangsa itu, adalah dari sfarma bapa dan ibu.Sfarma yang baik, ialah dari lelaki dan perempuan yang baik tubuh badan dan fikiran, iaitu:
* Tidak berpenyakit seperti AIDS, Siplis dan sebagainya.
* Tidak minum arak atau menyalah-guna dadah.
* Tidak gila dan sebagainya.
Selain dari bapa dan ibu yang baik,makanan yang dimakan oleh mereka itu mestilah baik mengikut yang ditunjukkan oleh Allah dalam Quran, iaitu:
Mereka bertanya kepada kamu (Muhammad s.a.w.),
apakah (makanan) yang halal bagi mereka? Katakan:
Dihalalkan bagi mereka (memakan)makanan yang lazat
serta baik dan haiwan buruan yang ditangkap oleh)
binatang - binatang pemburu yang kamu telash ajar
(untuk berburu) mengikiut cara pelatih-pelatin bina -
tang pemburu. Kamu mengajar dan melatihnya (ada
peraturan berburu), sebagai mana yang diajar oleh
Allah kepada kamu.Oleh itu makanlah dari apa (haiwan)
yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama
Allah (pada ketika kamu melepaskan berburu), dan ber -
taqwalah kepada Allah (dengana memelihara diri dari
diharamkan oleh Allah). Sesungguhnya Allan amat cepat
hitungan-Nya. Al Maidah:4.
Jangan kamu sekalian makan dari(sembelihan haiwan-
haiwan yang halal) yang tidak disebut nama nama Allah
pada ketika menyembelihnya,kerana perbuatan itu, se-
sungguhnya perbuatan fasik (berdosa). Al An'am:121.
Makanan-makanan yang disebut di atas ini adalah haram di makan.Pada masa ini, kita orang Melayu - umat Islam (kerana dalam perniagaan bercampaur aduk orang Islam dan orang kafir) maka, kita telah tidak dapat mengetahui adakan daging haiwan - lembu, kambing,ayam dan sebagainya itu halal di makan. Disembelih dengan menyebut nama Allah atau tidak.Atau yang memotong haiwan itu orang-orang kafir.
Selain dari itu, pasar-pasar raya ada menjual daging babi dan daging haiwan yang dipotong oleh orang-orang kafir atau disembelih dengan tidak menyebut nama Allah, iaitu 'basmalah'.Pada waktu dijual daging-daging itu di tempatkan dalam tempat yang asing dari yang halal.Tetapi bila menyimpan pada waktu malam hingga ke pagi, masukkan bersama dengan daging halal dalam bilik hawa dingin yang sama.
Sumber dari sebuah pertubuhan orang India Islam di Kuala Lumpur, memberitahu kepada saya, bahawa terdapat sebilangan restoran nasi kandar membeli ayam potong yang dibekalkan oleh peniga - peniaga yang terdiri daripada orang - orang India yang beragama Hindu.
Demikian juga ada kelab-kelab ekselusif yang menghidang lauk pauk - ayam, tidak sembelih secara Islam, iaitu 'ayam kepak tengkuk' di kelab-kelab dan di makan oleh orang-orang Islam.
Firman Allah dalam Quran:
Makanlah (makanan) yang halal dan yang baik
dari rezeki yang dikurniakan oleh Allah
kepada kamu semua. Dan bertaqwalah kepada
Allah yang kepada - Nya kamu telah beriman
- Al Maidah:88.
Kita mestilah sedar, rezeki yang halal itu adalkah selain dari benda yang kita dapat melihat, seperti benda, tumbuhan, haiwan, unggas dan sebagainya.Tetapi menurut firman Allah di atas, bahawa rezeki itu mestilah baik. Ertinya kita mesti makan rezeki yang halal dan baik. Boleh makan daging ayam atau daging haiwan yang telah disembelih, tetapi tidak baik memakan dagingnya yang telah busuk dan telah berulat atau mengandungi kuman.
Haiwan dan sebgainya yang wujud sifat genyi, tidak baik dan sebagainya, seperti cacing dan lintah adalah rezeki yang tidak baik.Tidak elok diperniagakan oleh orang Islam yang mahukan rezeki yang baik.
Adapun rezeki atau makanan yang haram itu ada pula yang kita tidak nampak dengan nyata, tetapi berlaku hukum atasnya haram. Diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya.
Rezeki-rezeki yang diharamkan oleh Allah itu, seperti:
1 - Rezeki dari hasil makan suap atau rasuah.
2 - Rezeki dari hasil penipuan terhadap individu,pertubuhanm
masyarakat dan negara.
3 - Rezeki dari hasil zina, pelacuran termasuk yang hampir dengan
pelacuran, iaitu hasil dari lakonan lelaki dan prempuan yang sah
nikah dalam filem, drama dan sebagainya dan begitu juga hasil
dari suara wanita.Suara wanita adalah aurat.Haram hukumnya
diperdengarkan (lagu dan sebarang bacaan yang memaksyukkan)
kepada orang atau orang-orang yang sahah nikah dengannya.
4 - Rezeki dsri hasil salah guna harta anak yatim dan harta pusaka.
5 - Rezekiu dari hasil curi dan samun.
6 - Rezeki dari hasil arak dan dadah.
7 - Rezeki dari hasil judi,riba dan sebagainya.
Makanan-makanan haram yang tersebut di atas ini jika dimakan oleh anak-anak kita akan mengakibatkan mereka menjadi manusia atau orang Melayu tidak baik, di antaranaya:
1 - Mendurhaka kepada ibu bapa.
2 - Melawan guru.
3 - Minum arak, berjudi dan berzina.
4 - Berilmu, dengan ilmu merosakkan (fasad) manusia dan alam.
5 - Tamak atau haloba.
6 - Sepanjang hidup takbur dan menyalahkan orang lain.
7 - Tidak berminat sembahyang, puasa dan sebgainya.
8 - Fikiran lebih merep kepada haiwan nesbah mencari habuan.
9 - Sukar menerima ilmu pengetahuan yang baik.
10- Sukar menghafal ayat-ayat Quran.
Maka, untuk membentuk individu Melayu yang baik dan bangsa Melayu yang baik, wajiblah bagi kita mengelakkan dari memakan rezeki yang haram seperti yang saya telah jelaskan di atas.
Kita tidak sahaja memerlukan bangsa Melayu yang baik dalam masyarakat semua bangsa yang baik menurut Allah, tetapi kita mahu anak Melayu dan individu Melayu yang baik, iaitu yang tidak menjadi mangsa daripada ibu bapa mereka yang tidak baik atau melakukan perbuatan yanhg dilarang oleh Allah.
Apa guna Melayu kalau Melayu tak baik pada pandangan Islam.Apa guna bangsa Melayu kalau bangsa Melayu menolak segala arahan dan perintah Allah dan Islam.Allah telah mengakui, bahawa bangsa Arab atau bansa Ajam (lain dari Arab) tidak baik di sisi-Nya, melaikan individu atau mereka yang taqwa (taat, kasih, mengikut arahan dan perintah-Nya dan berserah kepadanya).
Kesimpulannyan, sesiapa yang hendak berkongres, berseminar, berbincang dan sebgianya, hendaklah mengutamakan 'jalan dan hukum Allah' dan sejauh mana Melayu berpegang kepada hukum Allah.
Kita mahu Melayu yang baik dalam masyarakat dan bangsa Melayu yang baik serta dalam semua bangsa yang baik mengikut kehendak Allah.Tidak ada gunanya Melayu di dunia ini kalau menolak hukum Yang Maha Kuasa itu.
Allah telah menegaskan dalam Quran, bahawa mana-mana umat atau bangsa yang mendurhaka kepadanya telah dihapuskan atau dilenyapkan dari bumi ini.
Adakah bangsa Melayu akan jadi demikian jua.
(Habis)
Nota: Saya meminta sesiapa sahaja mengkritik atau mempertikaikan tulisan saya ini ataupun dengan ikhlas menyetujuinya.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.