LANGKAH kERAJAAN SELANGOR DISANJUNG
Putrajaya - kalangan ulama, budayawan Melayu dan penulis Islam menyanjung langkah Kerajaan Selangor tidak membenarkan pertunjukan sua heboh oloh TV3, di mana-mana bahagian negeri itu kerana pertunjukan itu brlawanan dengan budaya dan maruah umat Islam.
Langkah itu telah diumumkan oleh anggtoa Exco Kerajaan Selangor, Dato Hasaan Ali kepada media kelmarin.
Kalangan ulama menyifatkan lebih 50% gelagat muda mudi dalam sua heboh yang diadakan dibeberapa buah negeri, di negara ini memprlihatkan kerendahan moral dan berlawanan dengan Islam yang melarang wanita mendedahkan aurat.
Budayawan Melayu,Azmi Muhammad Khir mengakui rancangan sua hebo itu tidak mendatangkan sebarang faedah kepada orang Melayu dan kebudayaan Melayu.
"Saya lihat pertunjukan itu hanya untuk mencari keuntungan bagi pihak yang mengajurkan dan memberi peluang pendapatan kepada para pesertanya sahaja,"katanya.
Penulis Islam yang hanya memberi namanya Ibnu Khaldun, telah memuji Kerajaan Selangor kerana bertindak selaras dengan hukum Uslanm dan maruah orang Melayu yang berkebudayaan.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.